Imam Khomeini dan Persatuan Islam

“Hari ini, keamanan dunia adalah sedemikian rupa sehingga semua negara berada di bawah pengaruh politik negara kuasa besar, mereka memantau kawalan di semua negara dan mempunyai skim untuk mengalahkan setiap kumpulan yang menentang mereka. Hasil kerja mereka yang kerap dapat kita sedari ialah menyebarkan perselisihan di antara saudara-saudara seagama Islam.

Muslim harus berjaga, umat Islam harus sentiasa waspada bahawa jika berlaku perselisihan antara Sunni dan Syiah bersaudara, ini berbahaya bagi kita semua, ini berbahaya bagi semua Muslim. Mereka yang menabur fitnah bukanlah dari kalangan Sunni atau Syiah, tetapi mereka adalah agen-agen dari negara kuasa besar dan bekerja untuk mereka.

Mereka yang berusaha untuk menyebabkan perselisihan di antara kami, saudara-saudara Sunni dan Syiah adalah orang-orang yang bersubahat untuk musuh-musuh Islam dan menginginkan kemenangan musuh-musuh Islam ke atas kaum Muslim. Mereka adalah penyokong Amerika dan beberapa penyokong Kesatuan Soviet.

Saya berharap bahawa dengan mempertimbangkan ajaran Islam ini – iaitu bahawa semua muslim adalah bersaudara – semua negara-negara Islam akan menang di dalam usaha mereka melawan kuasa-kuasa jahat ini dan berjaya dalam mewujudkan semua tata cara Islam.

Muslim adalah bersaudara dan tidak akan dipisahkan melalui propaganda yang ditaja oleh elemen-elemen korup. Sumber dari masalah ini – bahawa Syi’ah harus berada pada satu sisi dan Sunni di sisi lain – adalah satu sisi kebodohan dan di sisi lain ianyaadalah sebuah propaganda asing untuk memecahbelahkan umat Islam.

Jika perasaan persaudaraan antara umat Islam datang ke permukaan di antara semua negara-negara Islam,maka ia akan menjadi sebuah kekuatan besar yang tidak ada kekuatan global yang akan mampu mengatasinya.

Saudara-saudara Syi’ah dan Sunni harus mengelak dari setiap jenis pertikaian. Hari ini, perpecahan di antara kita hanya akan menguntungkan orang-orang yang tidak mengikuti Shi’iah atau Hanafi. Mereka tidak mahu ini atau itu ada, dan tahu cara untuk menabur perselisihan antara anda dan kami. Kita harus memikirkan bahawa kita semua adalah Muslim dan kita semua percaya dalam Al-Quran; kita semua mempercayai dalam Tauhid dan harus bekerja untuk melayani kehendak Al-Quran dan tauhid pada Allah swt. “