10 Sahabat Dijamin Syurga-Kebenarannya

Ya syarikal Quran

Mungkin banyak dari saudara-saudara Ahlusunnah yang sering mendengar akan adanya hadis yang menyatakan jaminan Rasulullah terhadap 10 sahabat beliau untuk masuk syurga. Anehnya, hadis yang terkenal itu selain tidak diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim, juga tidak pernah dijadikan hujah khalifah pertama dan kedua dalam pemilihan mereka sebagai khalifah. Padahal jika hadis Rasul itu memang benar adanya maka itu juga dapat dijadikan penguat akan sahnya kekhalifahan mereka. Sebelum kita mengkaji dengan lebih dalam tentang hadis ini, adalah lebih elok jika kita mengkaji hujah saudara Sunni kita tentang jaminan syurga oleh Allah kepada para sahabat.

Saudara Sunni membaca ayat Quran berikut bagi menyokong hujah mereka atas adanya khabar gembira dari Allah ke atas para sahabat.

“Tiadalah sama di antara kamu orang yang menafkahkan(hartanya) dan berperang sebelum penaklukan kota(Makkah dengan orang yang lainnya. Mereka itu lebih besar darjatnya dari orang yang menafkahkan hartanya dan berperang setelah penaklukan. Tetapi masing-masingnya itu Allah telah menjanjikan pahala yang baik baginya. Allah mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan.” (57:10)

Mereka mengatakan melalui ayat ini, Allah telah, secara umumnya, menjanjikan syurga kepada para sahabat. Walaubagaimanapun, terdapat satu lagi kumpulan para sahabat yang lebih istimewa, kerana diberikan berita gembira ini dari mulut Rasulullah saaw sendiri. Mereka inilah yang digelar Ashara Mubashara bil Jannah. 10 yang dijamin syurga.

(http://www.lastprophet.info/en/the-ashara-mubashara-the-ten-companions-promised-/companions-given-the-good-tidings-of-paradise-ashara-mubashara.html)

Walaubagaimanapun, membuat kesimpulan dengan hanya mendasarkan kepada ayat yang umum, jelas hanya boleh dilakukan oleh orang yang tidak pernah membaca atau merenungi ayat-ayat quran yang ditujukan oleh Allah kepada para sahabat dalam artikel saya sebelum ini. Contohnya : “Muhammad itu tidak lebih dari seorang Rasul, seperti Rasul-rasul sebelumnya. Jika Rasul itu mati atau terbunuh, adakah kamu akan kembali menjadi kafir? …..Tetapi Allah akan memberi ganjaran kepada mereka yang berterima kasih.(3:144)

Ayat ini menyebut, Allah akan memberi ganjaran kepada orang-orang yang bersyukur, yang juga membawa maksud orang-orang yang mematuhi segala suruhan Rasulullah saaw, taat dan dedikasi pada ajaran dan suruhan baginda. Mereka yang menafkahkan harta serta berperang di jalan Allah sudah semestinya adalah dari kumpulan orang-orang yang berterima kasih ini. Oleh itu, selama mana seseorang sahabat itu hidup dalam keadaan ini dan mati dalam keadaan yang serupa, maka sudah pasti, berita gembira Allah untuknya. Walaubagaimanapun, jika dia kemudiannya memusnahkan segala kebikan yang pernah di buatnya, maka, perkara yang serupa tidak boleh dikatakan padanya.

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu meninggikan suara mu lebih dari suara nabi..kerana takut akan menghapuskan amalan sedang kamu tiada sedar”(49:2)

Barangsiapa yang kebaikannya masih berada di dalam diri, maka dia akan selamat. Allah swt akan menghakimi dan mengadili semua mengikut amal yang baik atau buruk yang telah dilakukan semasa di dunia, oleh itu dengan mengatakan semua para sahabat dijanjikan syurga telah melakukan satu ketidakadilan pada Al Quran sendiri.

Saudara dari Ahlul Sunnah mengatakan bahawa Allah telah menjanjikan syurga kepada sahabat-sahabat ini, dan mengkritik sahabat ini adalah satu dosa. Manakala Syiah pula mengatakan semua orang, termasuk para sahabat akan dihakimi dan diadili oleh Allah swt di hari pembalasan dan mendapat balasan yang setimpal dengan amal perbuatan mereka di dunia, serta Rasulullah tidak menjanjikan syurga kepada mana-mana sahabat. Mana-mana mereka yang mengingkari suruhan Allah, Rasul dan Ahlul Bait baginda, haruslah kita mengasingkan diri dari mereka.

Mari kita kembali semula kepada kes kita iaitu Ashra Mubashra, bukan sahaja hadis yang sangat-sangat mencurigakan ini tidak langsung diriwayatkan dari 2 buku utama Sunni iaitu Bukhari dan Muslim, malah ia diriwayatkan di dalam Tarmizi, Abu Dawud dan Ibnu Majah dengan beberapa percanggahan.

  1. Said bin Zaid berkata: Aku bersaksi, aku mendengar Rasulullah bersabda: 10 orang berada di dalam syurga: Nabi di dalam syurga, Abu Bakr di dalam syurga, Thalhah di dalam syurga, Umar berada di dalam syurga, Uthman berada di dalam syurga, Saad bin Malik berada di dalam syurga, dan Abdul Rahman berada di dalam syurga. Kalau kamu mahu aku akan khabarkan yang ke sepuluh? Mereka menjawab: “siapakah dia?”. Baginda menjawab: “Said bin Zaid.”

Sunan Abu Dawud

  1. Abdul Rahman Bin Auf berkata: Nabi bersabda: Abu Bakr di dalam syurga, Umar di dalam syurga, Uthman di dalam syurga, Ali di dalam syurga, Thalhah di dalam syurga, Zubair di dalam syurga, Abdul Rahman di dalam syurga, Saad bin Abi Waqas di dalam syurga, Said bin Zaid di dalam syurga dan Abu Ubaidah di dalam syurga. Al Tarmizi, Hadis 3747
  1. Said Bin Zaid berkata, 10 orang berada di dalam syurga, Abu Bakr, Umar, Uthman, Ali, Al Zubair, Thalhah, Abu Ubaidah, AbdulRahman dan Saad Abi Waqas. Mereka bertanya, siapa yang ke sepuluh? Dia menjawab: Kamu bersumpah atas nama Allah, Abu Al Anwar berada di dalam syurga.” Tarmizi memberi komentar bahawa Abu Al Anwar ialah Said bin Zaid.

Dari pada hadis-hadis di atas dapatlah disimpulkan bahawa 10 yang dijanjikan syurga oleh Rasulullah itu ialah:

  1. Prophet Muhammad (SAW)
  2. Abu Bakr
  3. Umer
  4. Uthman
  5. Ali ibn Abu Talib
  6. Talha
  7. Zubair bin al-Awwam
  8. Saad bin Abi Waqas
  9. Saeed bin Zaid
  10. Abdul Rahman ibn Awf
  11. Saad bin Malik
  12. Abu `Ubaida bin al-Jarrah

Selain dari apa yang saya kata bahawa hadis ini tidak di jumpai di dalam buku hadis utama Sunni, iaitu Bukhari dan Muslim, hadis-hadis ini juga mencabar para pemilik akal yang berfikir:

  • Mereka bersusah payah untuk menghadkan bilangan hanya kepada sepuluh orang, kadang kala mereka meletakkan Saad ibn Abi Waqas, dan kadangkala mereka meletakkan Saad ibn Malik.
  • Versi hadis yang pertama tidak meletakkan Ali dan juga Abu Ubaidah, tidak lupa juga pada Rasulullah yang tidak tersenarai di dalamnya.
  • Hadis yang pertama dan ketiga jelas ialah hadis yang serupa, dari orang yang sama, tetapi seorang disingkirkan dan seorang lagi di tambah dan hanya 7 orang sahaja yang diriwayatkan di dalam Abu Daud.
  • Menyenaraikan Nabi di dalam kumpulan ini membuktikan pemalsuan hadis ini, adakah logik apabila sahabat-sahabat baginda masuk syurga tetapi dirinya ditinggalkan? Baginda tidak perlu menjelaskan hal ini kerana ia sudah termaktub.
  • Kedua-dua perawi ini menceritakan hadis tentang diri mereka sendiri. Keduanya menyenaraikan diri mereka sebagai antara yang di janjikan syurga. Mengikut Islam, apabila seseorang itu memuji orang lain dengan memuji diri sendiri, maka ia tidak akan di endahkan. Juga apabila seseorang itu memberi kesaksian untuk orang lain walhal dalam masa yang sama, mendapat faedah darinya, kesaksiannya akan ditolak.
  • Sejarah menunjukkan kebanyakan dari 10 orang yang dijamin syurga ini, tidak layak mendapat ganjaran sebesar ini, sementara dalam masa yang sama, menyingkirkan ramai lagi para sahabat yang alim, dan tetap pada pendirian mereka sehingga mereka meninggal dunia. Bukhari sendiri langsung tidak meletakkan ruangan khas untuk kemuliaan Abdul Rahman Ibn Awf dan Saad ibn Zaid, sedangkan dia meletakkan kemuliaan untuk Muawiyah, dan 1 hadis untuk Khalid ibn Al Walid.
  • Secara faktanya, Saad bin Malik langsung tidak di kategorikan sebagai 10 sahabat yang paling di hormati Sunni.

InsyaAllah, dalam post saya yang seterusnya, akan saya isukan tajuk tentang hadis, agar kita dapat menilai hadis mana yang patut kita terima dan hadis mana yang kita patut tolak. Bagaimanapun secara ringkasnya, hadis yang bercanggah dengan Quran, sejarah dan logik, adalah hadis yang selayakknya di di tolak mentah-mentah.

Sebelum saya meneruskan, saya ingin bertanya kepada saudara-saudara Sunni saya tentang apa yang mereka dapat fahami dari hadis ini.

  • Orang-orang ini akan masuk syurga setelah dihisab amal mereka, atau secara ringkas, segala amal mereka sehingga mereka mati mendapat keredhaan Illahi.
  • Orang-orang ini akan masuk syurga tanpa dihisab segala amal mereka, atau secara ringkasnya, tidak kira apa amalan dan pengkhiatan yang telah mereka lakukan, Allah swt akan membenarkan mereka ke dalam syurga.
  • Orang-orang ini akan masuk ke syurga setelah menjalani hukuman atas dosa mereka di dunia(jika ada).

Masuk syurga tanpa hisab

Jikalau kamu mempercayai bahawa mereka akan masuk ke syurga tanpa hisab, ini bermakna kamu mengecualikan mereka dari keadilan Allah, dan memberikan sifat maksum kepada mereka.

“Kami letakkan neraca yang adil pada hari kiamat, maka tiadalah teraniaya seseorang sedikit pun. Jika usahanya seberat biji sawi, niscaya kami hadirkan juga. Cukuplah Kami memperhitungkannya.” (21:47)

“Allah menciptkan langit dan bumi dengan kebenaran dan supaya dibalas tiap-tiap orang menurut usahanya masing-masing, sedang mereka itu tidak teraniaya.” (45:22)

Masuk syurga selepas hisab

Jikalau kamu mempercayai mereka semua akan masuk ke dalam syurga selepas hisab, maka kamu harus mengandaikan bahawa di dalam amalan mereka, tiada amalan buruk, kerana Rasulullah telah menjanjikan syurga kepada mereka. Sekali lagi kamu memberi sifat maksum kepada mereka. Beban kini beralih kepada kamu untuk membuktikan kepada kami bahawa orang-orang ini memang maksum dan tidak melakukan sebarang dosa kepada Allah, rasulullah dan Ahlul Baitnya.

Masuk syurga setelah balasan

Jika kamu mempercayai bahawa mereka akan masuk syurga setelah di hukum berdasarkan amalan mereka, maka hadis ini menjadi sia-sia, kerana semua orang lain juga akan di adili dengan cara serupa.

Terdapat beberapa perkara yang menyebabkan hadis-hadis ini diragui. Kami mempercayai bahawa hadis ini direka dan dipalsukan bagi mengangkat kedudukan para musuh Imam Ali as, dan juga keluarga Rasulullah saaw.

Seseorang yang berfikiran waras dan rasional akan mendapati, tanpa syarat, adalah sangat tidak logik untuk seseorang yang tidak maksum, dan terdedah kepada kebarangkalian untuk membuat dosa dijanjikan syurga, dan mendapat immuniti dari api neraka. Seseorang yang terdedah kepada dosa adalah sangat tidak boleh di jangka. Jika seseorang yang tidak maksum dijanjikan syurga, maka dia akan mempunyai satu sifat kemahuan untuk melakukan dosa kerana dia menganggap semua dosa beliau tidak akan dihisab di hadapan Allah swt. Jadi adalah tidak logik bagi Rasulullah untuk menjanjikan perkara sedemikian kepada para sahabatnya.

Jika hadis ini benar, mengapa Uthman tidak menggunakan hujah ini keatas orang-orang yang menganggap halal untuk membunuh beliau? Tidak juga mana-mana para sahabat memprotes tindakan membunuh seseorang yang telah dijanjikan syurga walau sebanyak mana kejahatan dan ketidakadilan yang telah beliau lakukan. Malah, adalah haram bagi mereka untuk mendiamkan diri mereka dalam hal ini. Jelaslah bahawa hadis ini telah dipalsukan pada kemudian hari.

Selain itu, apakah yang membuatkan kamu, wahai saudaraku dari Ahlul Sunnah, yakin bahawa 10 orang ini dijanjikan syurga? Thalhah dan Zubair menentang Imam Ali dalam perang Jamal yang mengakibatkan kematian ribuan Muslim, dan ketiga mereka akan berada di dalam syurga? Sejarah telah menunjukkan bahawa sesiapa sahaja yang menentang Imam Ali semuanya berada di jalan yang salah, tidak kira sama kaum musyrikin Mekah, Yahudi Khaibar, isteri Rasulullah atau Muawiyah. Malah Rasulullah sendiri telah bersabda secara berulang-ulang, bahawa sesiapa yang menentang Imam Ali adalah munafik, atau sesiapa yang menentang Ali bererti menentang Rasulullah, yang juga bererti menentang Allah swt!!

Adakah kamu mempercayai bahawa pembunuh dan yang dibunuh keduanya akan berada di dalam syurga, walaupun mereka semasa hidupnya, melancarkan perang antara satu sama lain, yang turut mengorbankan diri mereka bersama ribuan lagi Muslim lain?

Jika hadis ini benar, maka ia adalah wahyu untuk Rasulullah, kerana setiap perkataan yang keluar dari mulut Rasulullah adalah wahyu(53:3-4), dan sekaligus bermakna bahawa Allah swt telah mengetahui apa yang bakal dilakukan oleh mereka, dan redha dengan tindakan mereka. Tetapi akal kami yang sentiasa mendasarkan kepada pemikiran logika, gagal untuk memahami bagaimana Allah swt redha dengan tindakan mereka yang memanggil Rasulullah nyanyuk, yang menafikan hak anak baginda, membuat bid’ah di dalam agama dll.

Namun, ternyata hadis itu memiliki ‘tanda tanya besar’ yang mengakibatkan kita meragukan kebenarannya. Hadis itu memiliki dua sandaran (sanad) yang kedua-duanya tidak dapat dipercaya.

Sanad pertama hadis itu kembali kepada peribadi yang bernama Humaid bin Abdurrahman bin Auf, di mana kononnya Umaid menukilkan hadis tersebut dari ayahnya sendiri, Abdurrahman. Padahal sewaktu ayahnya meninggal, Humaid masih berusia kanak-kanak, 10 tahun. (Tahdzib at-Tahdzib 3/40)

Sanad kedua kembali kepada peribadi Abdullah bin Dzalim dimana keperibadiannya sangat ditentang oleh para ulama ilmu hadis Ahlusunnah sendiri, seperti: Bukhari, Ibnu ‘Adi, Aqili dan selainnya. (Tahdzib at-Tahdzib 5/236, adz-Dzu’afaa’ al-Kabir 2/267, al-Kamil fi adz-Dzu’afaa’ 4/223)

Jika hadis itu tidak dapat di sahihkan maka masihkah kita akan menggembar-gemburkan keutamaan 10 sahabat itu sebagai “yang mendapat jaminan masuk sorga” (‘asyrah mubassyariin bil jannah) oleh Allah melalui lisan suci Rasulullah? Pada zaman siapakah dan atas perintah siapakah hadis itu dibuat? Silahkan teliti kembali untuk membuka hakikat pemalsuan hadis atas nama Rasulullah itu…!

Sunni mengatakan di antara ciri-ciri ashra mubashra ialah:

  1. Menjadi antara muslim yang terawal
  2. Berjasa besar kepada Rasulullah dan perjuangan Islam
  3. Berhijrah
  4. Menyertai Perang Badar
  5. Baiyah pada Nabi di Hudaibiyah

Jika apa yang dikatakan adalah benar, maka bolehkah terangkan apakah sumbangan yang telah mereka lakukan? Jika mereka berhijrah, senarai nama mereka juga dapat dilihat di dalam senarai nama yang meninggalkan Rasulullah di medan perang, jika mereka menyertai perang Badar, mereka juga menyertai perang sesama diri mereka, jika mereka member perjanjian taat setia kepada Nabi, mereka juga meragui kenabian baginda, semasa mereka mengatakan beginda nyanyuk. Jika terdapat banyak hadis tentang kemuliaan mereka, maka Allah swt bercakap mengenai kemuliaan Ahlul Bait, jadi bagaimana boleh kita mengatakan bahawa orang-orang yang menentang Ahlul Bait ini diberikan taraf yang serupa oleh Allah?

Allah swt tidak menjanjikan 10 orang ini syurga, Dia menjanjikan kepada semuanya seperti di dalam ayat

“Sesiapa yang mengerjakan sesuatu perbuatan jahat maka ia tidak dibalas melainkan dengan kejahatan yang sebanding dengannya; dan sesiapa yang mengerjakan amal soleh – dari lelaki atau perempuan – sedang ia beriman, maka mereka itu akan masuk Syurga; mereka beroleh rezeki di dalam Syurga itu dengan tidak dihitung.(40:40)

Jikalau kita mengikuti syarat seperti di dalam ayat ini, Allah swt pasti mengapul janjinya. Wallahu’alam

Allahumma Solli ‘ala Muhammad wa aali Muhammad.

Rujukan artikel ini di ambil dari www.sdol.org