Kita sebagai manusia biasa, mempunyai satu sifat semulajadi untuk tunduk kepada satu kuasa yang lebih hebat dari kita, dari sesuatu yang kita boleh mendapat manfaat daripadanya, dan dari sesuatu yang tidak kita fahami.Sepanjang sejarah, kita mengetahui bahawa manusia telah menyembah matahari, bintang, planet, api, pokok, kubur, dan manusia lain sendiri.

Sejak sejarah diketahui, Allah swt telah menghantar ramai nabi-nabi untuk membimbing manusia(dari Adam ke Muhammad), dengan perubahan masa, kemajuan akal manusia juga turut berubah, apa yang di sangkakan suatu ketika dahulu sebagai bebola api gergasi, terapung di angkasa setiap hari, kini ia dikenali sebagi matahari, sejenis bintang, memberi manfaat kepada manusia dalam betuk tenaga cahaya dan haba.

Ilmu sains mula menguasai minda manusia. Sesuatu yang pada satu ketika tidak dapat di fahami mula di fahami. Para nabi masih memberi penjelasan yang sama tentang Tuhan, dan akhirnya pada satu ketika, intelek manusia mula bertemu dengan penjelasan itu.

Big bang terjadi dan bangsa manusia berubah.  Tetapi untuk setiap kejadian perlu ada sebabnya, dan bangsa manusia mula memikirkan teori yang di bawa oleh para nabi, iaitu  Tuhan sentiasa wujud, yang sentiasa ada sejak konsep “di mana” dan “bila” masih belum wujud. Dia mencipta ruang dan masa, maka oleh sebab itu, Dia bebas dari dimensi itu. Dia meenyebabkan Big Bang dan mencipta kita. Dia sentiasa ada, sentiasa melihat kita, mengetahui segalanya dan akan membangkitkan kita sekali lagi untuk menyoal amal yang kita lakukan di dunia ini.

Tuhan ini ialah sesuatu yang lebih agung dan tidak dapat dibandingkan dengan sesuatu apa pun, sesuatu yang memberkati kita dengan manfaat yang besar, dan sesuatu yang tidak dapat kita fahami. Bagaimanapun, oleh kerana bangsa manusia telah menguasai segalanya(kononnya dalam bidang ilmu), dan Tuhan ini tidak dapat dikuasai dan difahami, maka ramai diantara kita enggan menerima teori ini. Ramai diantara kita bertukar menyembah sains. Malangnya, ramai diantara kita masih melakukan perkara yang sama seperti yang dilakukan oleh nenek moyang kita ribuan tahun dahulu, menyembah sesuatu yang di kuasai.(manusia terdahulu hanya menyembah sesuatu yang dapat mereka nampak,fahami malah membinanya. cth, pokok,berhala, manusia dll)

Apa yang lebih malang ialah walaupun kita sendiri, penyembah Tuhan yang satu, masih lagi tidak menerima sepenuhnya apa yang di baw oleh Nabi Muhammad (sawa)

Muhammad(sawa) telah memperkenalkan kita kepada Tuhan yang tiada sekutunya, dan walaupun kita memberi kesaksian yang sama, kita masih memberikan tuhan kita sekutu dalam segala kerjaNya .

“Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya”.
Quran [3:27]

Dan (ingatlah) berapa banyak binatang yang tidak membawa rezekinya bersama, Allah jualah yang memberi rezeki kepadanya dan kepada kamu; dan Dia lah jua Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
Quran [29:60]

Kita tidak perlu bercakap tentang golongan-golongan yang jahil, yang mendakwa para wali,orang-orang suci mereka menentukan hidup dan mati serta memberi rezeki, di zaman sekarang, di mana terdapatnya peningkatan tahap mentaliti dan pendidikan, golongan-golongan ini “menyembah” bos-bos mereka di pejabat. “Kalau tidak kerana bos aku, maka aku tidak akan mendapat kerja, kalau bukan kerana dia, aku tidak akan mendapat kenaikan pangkat,bonus dan ganjaran. Kesetiaan ku bukanlah pada kerja, tetapi pada bos ku, yang menyediakan jalan untuk karier ku. ” Bukankah kita selalu terlepas kewajiban agama dan keluarga kerana kerja kita? maka fikirkanlah, di mana kita meletakkan tuhan kita di dalam kehidupan seharian masing-masing.

Muhammad (sawa) memperkenalkan kita dengan Tuhan yang Maha Kuasa, Maha Melihat, Maha Mengetahui, Maha Mendengar.

Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika kamu sembunyikan apa yang ada dalam dada kamu atau kamu melahirkannya, nescaya Allah mengetahuinya; dan Ia mengetahui segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Quran [3:29]

Tidakkah mereka mengetahui bahawa Allah sentiasa mengetahui apa yang mereka rahsiakan serta apa yang mereka bisikkan, dan bahawasanya Allah Maha Mengetahui akan perkara-perkara yang ghaib?
Quran [9:78]

Tetapi hakikatnya, apabila kita bersendirian, kita menganggap seolah-olah tiada siapa mendengar dan melihat kita

Kita menganggap kita pintar, cerdas dan bijaksana semasa kita merancang  untuk menjatuhkan seseorang, semasa kita mengumpat dan melakukan kerosakan tersembunyi. Tuhan kita menjadi bisu dan pekak semasa kita mencaci maki antara satu sama lain, begitu juga ketika kita menipu Tuhan dengan ibadat kita,yang kononnya untuk menunjukkan cinta dan taat kita kepadaNya padahal semua itu hanyalah untuk santapan mata masyarakat demi menaikkan kedudukan di mata mereka.

Muhammad (sawa) memperkenalkan kita dengan Tuhan yang memiliki segala sesuatu yang wujud, langit dan bumi, serta mengampunkan sesiapa sahaja yang Dia kehendaki.

Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau kamu memyembunyikannya, nescaya Allah akan menghitung dan menyatakannya kepada kamu. Kemudian Ia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Quran [2:284]

Kita bernasib baik, kerana kita “memiliki’ syurga dan neraka.

Kita hanya memerlukan beberapa saat untuk mengisytiharkan orang lain sebagai kafir. Kita menentukan di dunia ini siapa yang pergi ke neraka atau syurga. “oleh kerana kita berdebat dan berbeza pendapat, maka kamu akan ke neraka, kerana aku yang menentukan”. “Tuhan kami sentiasa menghargai segala perbuatan kami, Tuhan kami tidak akan ‘biased’ keatas kami. Tidak kira apa yang kita lakukan, kita sentisa betul dan benar(dari kaca mata sendiri), dan orang lainlah yang salah dan perlu untuk membetulkan tindakan mereka.”

Muhammad (SAW) gave us a God who told us to follow the Prophet (SAW). Muhammad(sawa) memberikan kita Tuhan yang menyuruh kit mengikuti Rasulullah(sawa)

Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Katakanlah (wahai Muhammad): “Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Oleh itu, jika kamu berpaling (menderhaka), maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir.
Quran [3:31-32]

Bagaimanapun, kita tidak terlibat dengan ayat di atas dan kita boleh mengikuti sesiapa yang kita kehendaki.

Kita mengikut ibubapa kita, guru kita, sahabat kita, Mullah, ulama dan fanatik, imam masjid, Mufti dan Ayatullah malah para sahabat(ra). Malah kita mengikuti semua orang kecuali Rasulullah (sawa). Tuhan Muhammad memberi kita Al Quran, walaubagaimanapun, kita lebih berminat kepada Ahadith dan cerita-cerita dari mulut orang lain.

Muhammad memperkenalkan kita kepada Tuhan yang Pemurah, Maha Pengasih dan Maha Adil. Muhammad juga memperkenalkan kepada kita Tuhan yang disayangi dan ditakuti dalam masa yang sama.

Iaitu beberapa darjat kelebihan daripadaNya, dan keampunan serta rahmat belas kasihan. Dan (ingatlah) adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Quran [4:96]

(Azab seksa) yang demikian itu ialah disebabkan perbuatan yang – telah dilakukan oleh tangan kamu sendiri. Dan (ingatlah),sesungguhnya Allah tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hambanya.
Quran [3:182]

Sesungguhnya orang-orang yang takut (melanggar hukum) Tuhannya semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab Tuhan, mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar.
Quran [67:12]

Khabarkanlah kepada hamba-hambaKu (wahai Muhammad), bahawa Akulah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani (bagi mereka yang bertaubat dan beramal soleh).
Quran [15:49-50]

Tuhan kita hanya mengenal kasih sayang.  Maka oleh kerana itu, Dia akan sentiasa mengampunkan segala dosa kita tidak kira samada kita bertaubat atau tidak. Disebabkan kita ialah orang Islam, kita bersolat, berpuasa dan menunaikan Haji, maka Allah swt terpaksa menghantar kita ke syurga tanpa sebarang Hisab. Malah, kemungkinan besar syurga itu dicipta oleh orang-orang seperti kita, yang dosa-dosanya telah diampunkan, dan oleh kerana itu kita bebas untuk membunuh berzina,mencuri, merompak dan lain-lain.

Muhammad (sawa) memperkenalkan kepada kita Tuhan mengatasi segalanya, di mana imaginasi kita tidak dapat memahami bentuk jasmani atau rohaniNya, lokasiNya dan sifatNya.

“Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan“Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya
Quran [112:3-4]

Ia tidak dapat dilihat dan diliputi oleh penglihatan mata, sedang Ia dapat melihat (dan mengetahui hakikat) segala penglihatan (mata), dan Dia lah Yang Maha Halus (melayan hamba-hambaNya dengan belas kasihan), lagi Maha Mendalam pengetahuanNya.
Quran [6:103]

Oleh kerana kita adalah manusia yang mempunyai intelek yang tinggi dan kita telah dapat menakluki tuhan-tuhan pada masa yang lalu, maka kita juga cuba menakluki Tuhan Muhammad(sawa). Kita mempercayai(sesetengah kaum Muslimin) bahawa Dia mempunyai tangan, kaki seperti contohnya dalam hadis di bawah:

Anas bin Malik meriwayatkan Rasulullah bersabda: Neraka akan terus berkata: Masih adakah lagi, sehingga Allah, yang Maha Agung dan Tinggi, meletakkan kakiNya ke dalam neraka, lalu ia berkata: Cukup, cukup, demi maruah Mu, dan sesetengah bahagiannya akan dekat antara satu sama lain.
Sahih Muslim Book 040, Number 6823

Malah, kita mampu melihat Tuhan kita yang mampu berubah bentuk dan menghadkan diriNya dalam sempadan yang terhad, contohnya seperti hadis di bawah:

Di riwayatkan dari Abu Hurairah: sesetengah orang berkata, “Ya Rasulullah! Bolehkah kita melihat tuhan kita di Hari Kebangkitan?”………. Baginda menjawab, “Kamu akan melihatnya di Hari Kebangkitan, begitu juga Allah akan menghimpunkan semua manusia dan berkata, ” Barangsiapa yang menyembah sesuatu benda akan mengikuti benda itu. Jika dia pernah menyembah matahari, akan mengikutinya, yang menyembah bulan akan mengikutinya dan yang menyembah tuhan yang batil akan mengikuti mereka, dan kemudiannya hanya umat ini(muslim) akan tinggal, termasuklah para munafik. Allah akan datang kepada mereka dalam bentuk yang lain dari yang mereka ketahui dan berfirman: “Akulah Tuhan kamu.” Mereka akan berkata: “Tiada ragu lagi, kamulah Tuhan kamu.”
Sahih Bukhari Volume 8, Book 76, Number 577

Muhammad (sawa) memperkenalkan kepada kita Tuhan yang tidak mempunyai apa-apa melainkan kebaikan kepada kita.

Apa jua kebaikan (nikmat kesenangan) yang engkau dapati maka ia adalah dari Allah; dan apa jua bencana yang menimpamu maka ia adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri. Dan Kami telah mengutus engkau (wahai Muhammad) kepada seluruh umat manusia sebagai seorang Rasul (yang membawa rahmat). Dan cukuplah Allah menjadi saksi (yang membuktikan kebenaran hakikat ini).
Quran [4:79]

Tuhan kita telah memberikan banyak masalah kepada diri kita semasa kita masih hidup. Kita miskin, lapar, sesat, sedih dan menderita hanya kerana Dia. Dia menghantar gempa bumi kepada kita, menyusahkan kita dengan pengebom berani mati, merosakkan masa depan kita melalui pengangguran, dan menaikkan pemimpin yang jahat keatas kita.

Sebagai seorang Muslim, Rasul telah membuatkan kita faham apa sebenarnya sifat Tuhan, akan tetapi sebagai makhluk yang berakal, kita sentiasa ingin melebihiNya dan mencipta Tuhan yang mengikuti keinginan kita. Kita cuba untuk menandingi Khaliq al Haqiqi(Pencipta yang Haq), yang juga merupakan pencipta kepada realiti kita, yang mencipta kita serta kemampuan untuk kita memahami.

Oleh kerana kita ingin meringankan dosa-dosa kita, kita telah mencipta Tuhan seperti mana yang kita mahukan, iaitu Tuhan yang menyayangi kita untuk semua fitnah yang telah kita lakukan di muka bumi ini.

Kebenarannya, pendapat kita tidak akan mengubah fakta. Allah itu satu, yang memberi nyawa dan kematian. Dia ialah Tuhan atau Al-Lah(maksud bahasa). Dia mempunyai nama-nama yang terbaik dan sifat-sifat yang terbaik. Dia ialah sesuatu untuk di takuti, tetapi dalam masa yang sama layak untuk di sembah.

  • Allah ialah satu-satunya Lashareek(tiada sekutu). Dia menciptakan segalanya. Dia mencipta kita dan rezeki kita.  Seperti yang di katakan oleh Imam Zainal Abidin, susu ibu telah pun berada di dada seorang ibu, walaupun anak itu masih belum di lahirkan untuk meminumnya. Imam Zainal Abidin meneruskan, seorang anak yang lemah dan tidak terdaya diberikan rezeki oleh Allah di dalam rahim ibunya, jadi kenapa manusia menyangka Allah tidak memberinya rezeki apabila seseorang itu sudah diberikan kekuatan?
  • Ilmu dan pengetahuan ialah hak Allah swt. Dia memberikannya kepada sesiapa yang disukaiNya, seberapa banyak yang disukaiNya. Bukan sahaja Dia, malah para malaikat yang mencatatkan amalan kita juga turut mengetahui niat tersembunyi kita, melainkan Allah swt mahukan ia tersembunyi dari catatan malaikat. Kesudahan sesuatu tindakan bukanlah di tangan kita, apa yang ada di tangan kita ialah keikhlasan niat kita.
  • Langit dicipta oleh Allah. Dia boleh melakukan apa yang disukaiNya, dan siapakah yang mempunyai kekuatan serta kemampuan untuk menghalangNya? Bolehkah kamu menghalang Allah dari menghantar seseorang ke neraka, atau bolehkah kamu memaksa Allah untuk menghalang seseorang dari memasuki syurga? Ya, Dia menerima syafaat oleh kesayanganNya tetapi itu juga bergantung kepada ketentuanNya. Ya, Allah Maha Adil, tetapi ini juga kerana Dia menentukannya. Oleh itu mengapa apabila kita mengkritik seseorang, kita mempercayai bahawa dia akan di hantar ke neraka kerana kejahatannya. Mungkin, tetapi jika Allah memaafkannya, apa yang boleh kita lakukan? Adalah lebih baik untuk kita menyedari mana yang baik atau buruk, mendekatkan diri dengan kebaikan serta menjauhkan diri dari kejahatan. Syurga dan Neraka ialah urusan Allah dan lebih baik kita tinggalkan perkara ini kepada keadilanNya.
  • Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar.
    Quran [4:48]

    Selepas Syirik, perkara yang Allah swt benci ialah mencipta perpecahan di dalam ummah dan membuat fitnah

    Hendaklah kamu (wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu) sentiasa rujuk kembali kepada Allah (dengan mengerjakan amal-amal bakti) serta bertaqwalah kamu kepadaNya; dan kerjakanlah sembahyang dengan betul sempurna; dan janganlah kamu menjadi dari mana-mana golongan orang musyrik 
    Iaitu orang-orang yang menjadikan fahaman ugama mereka berselisihan mengikut kecenderungan masing-masing
    serta mereka pula menjadi berpuak-puak; tiap-tiap puak bergembira dengan apa yang ada padanya (dari fahaman dan amalan yang terpesong itu)
    Quran [30:31-32]

    Kemudian apabila ia pergi (dengan mendapat hajatnya), berusahalah ia di bumi, untuk melakukan bencana padanya, dan membinasakan tanaman-tanaman dan keturunan (binatang ternak dan manusia; sedang Allah tidak suka kepada bencana kerosakan.
    Dan apabila dikatakan kepadanya: “Bertaqwalah engkau kepada Allah” timbulah kesombongannya dengan (meneruskan) dosa (yang dilakukannya itu). Oleh itu padanlah ia (menerima balasan azab) neraka jahannam dan demi sesungguhnya, (neraka jahannam itu) adalah seburuk-buruk tempat tinggal.
    Quran [2:205-206]

    Kita Muslim melakukan syirik setiap hari(secara tidak langsung, sperti dalam kes yang saya sebutkan di atas). Kita juga terbahagi kepada puak-puak yang menuduh puak lai n sebagai kafir, dan kita juga mencipta fitnah ajaran munafik, bida’ah di dalam agama serta menyakiti kaum muslimin yang lain.

  • Allah swt telah memberi kita deria, makanan, tempat berteduh, keluarga, badan yang sempurna. Terdapat ribuan cara kamu boleh mati dengan mudahnya, tetapi Dia membiarkan kamu hidup. Siapa yang boleh menghilangkan dahaga kamu jika seluruh air di dunia ini tidak boleh menghilangkan dahaga kamu”
    Katakanlah (wahai Muhammad): “Bagaimana fikiran kamu, jika Allah melenyapkan pendengaran serta penglihatan kamu, dan Ia pula memeteraikan atas hati kamu? Siapakah Tuhan selain Allah yang berkuasa mengembalikannya kepada kamu?” Lihatlah bagaimana Kami berulang-ulang menerangkan tanda-tanda kebesaran Kami (dengan berbagai cara), dalam pada itu, mereka tetap juga berpaling – ingkar.
    Katakanlah:” Bagaimana fikiran kamu, jika datang kepada kamu azab Allah dengan tiba-tiba, atau dengan terang-terang (setelah diperlihatkan tanda-tanda yang menunjukkan kedatangannya), siapakah yang akan binasa, selain dari kaum yang zalim?”.
    Quran [6:46-47]

    Kita menjamah makanan dan minuman yang terbaik. Kita mempunyai keinginan dan cara untuk memuaskannya. Jadi mengapa kita memuji Allah dan mensyukuriNya hanya ketika kita dalam kesusahan?

    Setelah itu ia ditelan oleh ikan besar, sedang ia berhak ditempelak.
    Maka kalaulah ia bukan dari orang-orang yang sentiasa mengingati Allah (dengan zikir dan tasbih),
    Tentulah ia akan tinggal di dalam perut ikan itu hingga ke hari manusia dibangkitkan keluar dari kubur.
    Quran [37:142-144]

    Sebanyak inilah Allah swt menyukai sesuatu pujian dan ingatan yang ikhlas, terutamanya ketika kita berasa gembira. malah ia menjadi sebab Nabi Yunus diselamatkan

  • Kita berdoa setiap hari, dan kita berasa risau tentang hal-hal duniawi. Doa apakah yang kita ucapkan yang tidak dapat melenyapkan kerisauan kita? Samada kita tidak mempercayai lidah dan hati kita ketika kita berdoa, atau kita tidak mempercayai Allah swt. Jika kita menyerahkan segalanya kepada Allah, yang sentiasa mahukan kebaikan kepada kita, kenapa kita masih risau?

Rasul-rasul mereka berkata kepada mereka: “Kami ini tidak lain hanyalah manusia seperti kamu juga, tetapi Allah melimpahkan kurniaNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya; dan kami tiadalah berkuasa membawa kepada kamu sebarang bukti (mukjizat) melainkan dengan izin Allah. Dan dengan yang demikian maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman berserah diri.
“Dan mengapa pula kami tidak berserah diri kepada Allah padahal Ia telah menunjukkan jalan untuk tiap-tiap seorang dari kami menjalaninya? Dan demi sesungguhnya, kami akan bersabar terhadap segala perbuatan kamu menyakiti kami. Dan dengan yang demikian, maka kepada Allah jualah hendaknya berserah diri orang-orang yang mahu berserah”.

Quran [14:11-12]

: Sebagai seorang Mukmin, kita sepatutnya tidak risau atas segalanya jika kita berserah diri kepada Allah swt, kerana kerisauan itu akan menjadi kufur. Apabila Imam Hussain meninggalkan Madinah, beliau mendapat pelbagai jenis pendapat untuk tidakan beliau selanjutnya, Beliau menerima semua pendapat itu sebagai tanda ihsan, bagaimanapun mengingatkan mereka semua tentang Tawakalnya pada Allah swt, dan memahami bahawa hasil terakhir adalah di tangan Allah swt. Malah pada hari Asyura, Imam berdoa:

Ya Allah, aku meletakkan kepercayaan ku kepada Mu di semua kesulitan. Kau adalah harapan ku ketika kesusahan. Kau ialah pemegang amanah ku dan pemberi dalam setiap urusan ku, tidak mengira walau seberapa banyak hati menjadi lemah, strategi gagal, ditinggalkan sahabat dan sambutan kemenangan para musuh. Aku menerimanya di bawah kerajaanMu. Aku mengadu kepada Muhanya lah kerana kemahuanku kepada Mu dan bukan sebab lain. Berikan aku kelapangan, jauhkan bencana kerana Kau ialah Tuan kepada semua rezeki, Pemilik kepada segala kebaikan dan destinasi terulung kepada semua kemahuan.
Maqtal al Hussain – Account by Abu Makhnaf, Chapter 8 – Morning of Ashura

Malah, kunci kepada kepuasan peribadi terletak kepada Tawakal,atau berserah diri kepada Allah. Jika semuanya berada di tanganNya dan perintahNya, maka jangn buka sedikit pun ruang untuk kerisauan kecuali jika kamu engkar kepada Allah dan RasulNya.

  • Imam Ali berkata nahawa sesiapa yang mengenal Allah sebenar-benarnya, ialah orang yang takut padaNya dengan sebenar-benarnya. Hisab adalah satu proses yang sangat ketat, dan manusia tidak akan mampu meberikan segala yang telah mereka lakukan di dunia ini. Nikmat Allah dan rahmatNya tidak dapat dihitung. Adakah kamu menyangka manusia mapu berhdapan dengan Allah berseorangan, tanpa pemberian syafaat? Imam Zainal Abidin berkata setelah seseorang melakukan dosa, mereka bertaubat dengan cara tunduk pada Allah sehingga tulang belakangnya terselisih, makan tanah dan menangis dengan banyaknya sehingga dia menjadi buta serta memohon kemaafan sehingga hilang  suaranya dan mati dalam keadaan ini, jika Allah memaafkannya, ia bukan kerana orang ini layak mendapat kemaafan, ia hanyalah kerana Allah maha Pengampun.

Seseorang yang dilahirkan buta, tidak akan merasai mimpi secara visual. Sebabnya kerana dia tidak pernah melihat harimau, maka dia tidak dapat membina bentuknya di dalam ingatannya. Maka bolehkah kita memahami Allah ketika Dia mencipta segalanya dan telah pun wujud sebelum perkataan “apa” wujud? Kita di hadkan oleh dimensi. Kita dilahirkan buta maka kita tidak dpat memahami apakah itu Allah.

Muhammad ibn Al Hassan meriwayatkan: Aku bertanya kepada Imam Abul Hassan, ” Apakah ilmu yang minimum tentang Allah?” Imam berkata: “Untuk menerima bahawa tiada Tuhan selainNya, dan tiada yang sama sepertiNya dan Dia kekal, sentiasa wujud dan tiada yang serupa dengannya.”
Al Kafi, H 224, Ch. 4, h 1

Mengapa bercanggah tentang bentukNya, lokasiNya sedangkan kita mengetahui Dia wujud? Dengan rahmatnya, Dia telah memimpin kita, dan memberi kita peluang untuk mengingatiNya.

Adakah mungkin untuk kita menyebut Allah tanpa menyebut Muhammad, yang mana Allah swt telah pilih sebagai Wali di sisiNya, di mana ketaatan pada baginda bermaksud ketaatan pada Allah swt sendiri.

Adakah mungkin untuk menyebut Muhammad tanpa menyebut Ahlul Bait baginda yang dirahmati, yang mana, jika tidak disebutkan di dalam solawat, mencacatkan solawat itu, yang mana zakat haram di bayar kepada mereka, yang mana telah di pilih untuk Mubahila dan disucikan oleh Allah swt.

Remember, the purpose of our creation and existence is to worship Allah, the one on whom all depends. Ingatlah, tujuan kita dicipta ialah untuk menyembah Allah, as Somad

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.
Quran [51:56]

Apakah maknanya kehidupan ini tanpa mencapai tujuan kita dicipta?

. Seperti yang dikatakan oleh Imam Ali, Allah swt layak untuk disembah dam diabdikan diri kita kepadaNya. Oleh itu mulakan setiap hari dengan nama Allah, yang maha pemurah lagi maha pengasihani. dan ingatlah pengakhiran kita, yang mana sama tidak mengira rajam rakyat, kaya dan miskin, iaitu KUBUR.

Allah swt sentiasa bersama kita, ingatlah.