Syiah dan Sunni, kedua-duanya telah tersalah faham atau dengan sengajanya, tersalah faham, apakah yang dimaksudkan dengan menjadi Syiah. Kita selalunya mengambarkan Syiah sebagai salah satu kumpulan dalam Islam, yang salah maksudnya dari perkataan itu sendiri, kerana kumpulan dalam Islam bermaksud sekumpulan orang yang mengambil sesuatu dari Islam dan meninggalkan yang lainnya. Semua kumpulan hari ini mempercayai bahawa mereka bukanlah satu kumpulan dalam Islam, tetapi mereka ialah Islam yang sebenar itu sendiri.

Masyarakat Syiah

Apakah yang di maksudkan dengan perkataan Syiah? Bahasa Arab ialah satu bahasa sangat complicated dan Al Quran sendiri telah menggunakan perkataan Syiah di pelbagai tempat dalam konteks yang berbeza. Mari kita melihat sendiri contoh ini di dalam Quran yang merupakan pembeza antara Haq dan Batil.

إِنَّ الَّذِينَ فَرَّقُواْ دِينَهُمْ وَكَانُواْ شِيَعًا لَّسْتَ مِنْهُمْ فِي شَيْءٍ إِنَّمَا أَمْرُهُمْ إِلَى اللّهِ ثُمَّ يُنَبِّئُهُم بِمَا كَانُواْ يَفْعَلُونَ
Bahawasanya orang-orang yang mencerai-beraikan ugama mereka (dengan perselisihan-perselisihan yang berdasarkan hawa nafsu), dan mereka menjadi berpuak-puak, tiadalah engkau terkait sedikitpun dalam (perbuatan) mereka. Sesungguhnya perkara mereka hanya terserah kepada Allah. Kemudian Ia akan menerangkan kepada mereka (pada hari kiamat kelak), apa yang telah mereka lakukan (dan membalasnya).
Quran [6:159]

Oleh itu Syiah di dalam bahasa Arab bermaksud kumpulan atau puak dalam satu agama, yang jelas sesuatu yang di larang oleh Allah swt. Bagaimanapun bahasa Arab mempunyai berbagai meksud yang berbeza. Syiah yang diikuti oleh orng ramai hari ini tidak membawa maksud puak atau kumpulan, tetapi membawa maksud pengikut.

وَإِنَّ مِن شِيعَتِهِ لَإِبْرَاهِيمَ
Dan sesungguhnya di antara orang-orang yang mengikuti Nabi Nuh ialah Nabi Ibrahim..
Quran [37:83]

وَدَخَلَ الْمَدِينَةَ عَلَى حِينِ غَفْلَةٍ مِّنْ أَهْلِهَا فَوَجَدَ فِيهَا رَجُلَيْنِ يَقْتَتِلَانِ هَذَا مِن شِيعَتِهِ وَهَذَا مِنْ عَدُوِّهِ فَاسْتَغَاثَهُ الَّذِي مِن شِيعَتِهِ عَلَى الَّذِي مِنْ عَدُوِّهِ فَوَكَزَهُ مُوسَى فَقَضَى عَلَيْهِ قَالَ هَذَا مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ عَدُوٌّ مُّضِلٌّ مُّبِينٌ
Dan masuklah ia ke bandar (Mesir) dalam masa penduduknya tidak menyedarinya, lalu didapatinya di situ dua orang lelaki sedang berkelahi, – seorang dari golongannya sendiri dan yang seorang lagi dari pihak musuhnya. Maka orang yang dari golongannya meminta tolong kepadanya melawan orang yang dari pihak musuhnya;
Quran [28:15]

Masyarakat Syiah menyanjungi Ulama

Kita dapat fahami di sini bahawa Ibrahim ialah Syiah kepada Nuh, atau dalam kata lain, Ibrahim mengikuti jalan Nuh. Kes yang sama juga dapat kita lihat dalam pergaduhan antara Syiah Musa dan syiah musuh beliau. Syiah Musa tergolong dalam pengikut Musa. Kamu juga pasti mendapati bahawa Syiah Musa hanya meminta pertolongan dari Musa sahaja, dan Musa memilih untuk membantu Syiah beliau sahaja. Faham?

Jadi perkataan Syiah, secara bahasanya bermaksud pengikut. Kamu boleh menjadi Syiah bapa kamu, atau Syiah imam masjid atau mufti, dan ia langsung tidak ada kena mengena dengan agama. Persoalan yang penting ialah samada kamu ialah Syiah Muhammad atau tidak. Syiah kepada Rasulullah di gelar sebagai Muslimin.

Bagaimanapun kita mempunyai berbagai kumpulan pada hari ini, contohnya Syiah, Sunni dan Wahabi, dan persoalan yang sama masih timbul,iaitu, siapakah yang di gelar Syiah dan siapa pula pengasasnya.

Bagi mereka yang tidak mengetahui atau bagi mereka yang berasa seronok menyebarkan pembohongan, kejahatan dan rasa benci, mereka mendakwa bahawa:

Sejak dari zaman dahulu, iaitu zaman awal Syiah, para ulama Syiah menyatakan bahawa Syiah diasaskan oleh si Yahudi, Abdullah Ibnu Saba’. Allamah Majlisi berkata: ” Sesetengah ulama mendakwa bahawa Ibn Saba ialah seorang yahudi yang menerima Islam dan mula menyuarakan pendapat beliau tentang Wilayat Imam Ali. Semasa beliau masih lagi menganut agama yahudi, beliau menyuarakan pendapat yang melampau tentang Yusha ibn Nun telah dilantik oleh Allah swt untuk menggantikan Nabi Musa, dan oleh itu, beliau juga menyuarakan pendapat yang sama dalam kes Ali kepada Rasulullah (sawa). Beliau adalah orang yang pertama memegang kepercayaan Imamah, dan beliau secara terbuka mengkritik 3 khalifah pertama serta mengkafirkan mereka. Maka, dapatlah dikatakan permulaan Syiah ialah berdasarkan agama Yahudi.
jamiat.org.za

Samada berdasarkan kebodohan atau kejahilan, mereka ini mendakwa Wilayat Ali ibn Abu Thalib telah di cipta oleh seorang yahudi bernama Abdullah Ibn Saba’. Mereka yang mengetahui peristiwa Ghadir, dan mereka yang memahami Al Quran tidak akan menyuarakan dakwaan yang salah ini:

Sesungguhnya Wali kamu hanyalah Allah, dan RasulNya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah).
Quran [5:55]

Adalah diriwayatkan dari Ammar Yassir bahawa seorang peminta sedekah datang kepada Ali dan berdiri di sebelah beliau. Ali sedang rukuk di dalam solat. Beliau seterusnya mengeluarkan cincin beliau dan memberikan kepda peminta sedekah itu. Kemudian Ali memberitahu peristiwa ini kepada Nabi (sawa), dan pada ketika itulah ayat (5:55) di turunkan.

Klik di bawah untuk rujukan Sunni yang di scan:
The Ghadir Declaration, by Dr Muhammad Tahir ul Qadri, pages 48-49

Imam Ali ialah satu-satunya orang yang memberi zakat ketika rukuk di zaman Nabi(sawa).
Musnad Ahmad Ibn Hanbal, v5, p38
Tafsir al-Kashshaf, by Al-Zamakhshari, v1, p505, 649
Tafsir al-Bayan, by Ibn Jarir al-Tabari, v6, p186, 288-289.

Oleh itu entiti pertama yang mengisytiharkan Wilayat Imam Ali ialah Quran sendiri, bukan seorang Yahudi. Entiti kedua yang mengisytiharkan perkara ini ialah Nabi Muhammad(sawa) sendiri di Ghadir dan bukannya Yahudi.

Berkenaan dengan pembohongan mitos Ibn Saba’:

Dr. Ali al Wardi, seorang professor sejarah di Universiti Baghdad, Ilmuan sunni, menyatakan bahawa: Benarkah Ibn Saba benar-benar wujud atau hanyalah watak khayalan? Bagi mereka yang mengkaji sejarah Islam dan dan mendapat kesimpulan yang tepat, ini ialah soalan yang tidak dapat dielakkan. Ibn Saba telah didakwa mengapikan perpecahan, tetapi orang ini langsung tidak wujud. Seluruh cerita ini ialah penambahan dari dakwaan oleh pihak Quraish ketika permulaan awal misi kenabian Muhammad(sawa), yang baginda mendapat ilmu dari hamba Kristian bernama Jabr dan berdakwah berdasarkan arahan yang diberikan oleh beliau.
Hayat Muhammad, By Dr. Haykal p. 136

“Telah menjadi satu fakta bahawa tiada seorang pun ahli sejarah yang menyebut nama Ibn al Sawda(Ibn Saba) menyertai perang Siffin  bersama pengikut beliau menunjukkan seluruh hikayat Abdullah Ibnu Saba ialah satu pemalsuan yang tidak berasas. Ia adalah salat satu pembohongan yang dicipta semasa konflik antara Syiah dan kumpulan Islam lain semakin memuncak. Untuk membakar lagi permusuhan ini, musuh-musuh Syiah cuba memasukkan elemen-elemen Yahudi kedalam asal usul kumpulan ini. JIka riwayat tentang Abdullah Ibnu Saba ialah satu fakta yang kuat di dalam sejarah, maka beliau, bersama kelicikan beliau pasti tidak akan terlepas dari menyertai perang Siffin. Saya hanya mampu memikirkan hanya satu sahaja sebab mengapa beliau tidak muncul di dalam perang Siffin, ini kerana beliau ialah satu watak rekaan, yang diimpikan oleh musuh-musuh Syiah dalam usaha mereka memburukkan kumpulan ini.
al-Fitnat al-Kubra, Dr. Taha Hussain, Vol. II, p.90

Dr. Taha Hussain, yang juga merupakan ilmuan Mesir, menyambung;

Mengikut pendapat saya, mereka yang cuba menekankan cerita tentang Abdullah Ibnu Saba, telah melakukan jenayah terhadap sejarah dan menyakiti diri mereka sendiri. Perkara pertama yang dapat kita perhatikan ialah nama Ibn Saba sama sekali tidak dibincangkan semasa pemberontakan terhadap Usman. Ibn Saad tidak langsung menyebut nama Ibn Saba semasa beliau membincangkan mengenai Usman dan pemberontakan ke atas beliau. Juga di dalam buku tulisan al Baladhuri, “Ansab Al Ashraf”, iaitu sebuah buku yang sangat penting dan terperinci dalam membincangkan pemberontakan ke atas Usman, nama Abdullah Ibn Saba langsung tiada disebutkan. Apa yang dapat kita lihat ialah, Tabari ialah orang pertama yang melaporkan hal ini dari Sayf, yang kemudiannya para sejarawan lain melaporkan perkara ini dari Tabari. Sejarah Ibnu Saba tidak lain hanyalah satu mitos, dan hanyalah rekaan sesetengah sejarawan, kerana ia bercanggah dengan dokumen-dokumen sejarah yang lain. Fakta yang sebenar ialah konflik antara Sunni dan Syiah mempunyai berbagai segi, dan setiap pihak mempertahankan diri mereka dan menyalahkan pihak lain dengan apa sahaja cara yang mungkin.
http://www.geocities.com/ahlulbayt14/ibnsaba.html

Saya rasa ini sudah cukup untuk menutup penipuan mitos ibnu Saba.

Jadi, persoalan sekarang, dari manakah dan sejak bila asalnya Syiah? Sebelum menjawab soalan ini, adalah penting bagi kita terlebih dahulu memahami, apa maksud sebenar Syiah.

Syiah, yang selalu kita panggil dengan nama-nama seperti Ithna Ashari atau Imamiah ialah pengikut atau penyokong Maula Ali yang setia mengikut beliau dan keturunan beliau yang telah di pilih Allah swt sebagai pemimpin Islam. Kami tidak menyayangi, memandang tinggi dan menyokong Ali hanya kerana kami mahu atau suka-suka.

Hadis ini diriwayatkan oleh Shu’ba dengn isnad yang sama. Amir bin Saad bin Abi Waqas, meriwayatkan dari bapanya, Muawiyah Ibn Abu Sufyan telah melantik sebagai Saad gabenor dan berkata: Apa yang menghalang kamu dari mencaci Abu Turab? Lalu Saad menjawab: Aku mendengar 3 perkara yang dikatakan oleh Rasulullah tentang Ali, yang menyebabkan aku tidak akan mencaci beliau, dan 3 perkara itu, jika salah satu darinya ada padaku, ia adalah lebih berharga bagiku berbanding unta merah. Aku mendengar Rasulullah (sawa) berkata kepada Ali sebelum baginda meninggalkan Ali untuk perang Tabuk, Ali berkata kepada baginda: Ya Rasulullah, adakah kamu akan meninggalkan aku dengan wanita dan kanak-kanak? Rasulullah bersabda: Tidakkah kamu berpuas hati dengan kedudukan mu kepada ku ialah seperti kedudukan Harun kepada Musa, kecuali tiada lagi Nabi setelah ku. Dan aku mendenganr Rasulullah bersabda di Perang Khaibar: Akan aku berikan panji ini kepada orang yang menyayangi Allah dan RasulNya serta Allah dan Rasulnya turut menyayangi beliau. Kami(perawi) menunggu dengan perasaan berdebar semasa Rasulullah bersabda: Panggilkan Ali. Beliau dipanggil dan ketika itu beliau sedang mengidap penyakit mata,. Baginda menyapukan air liur kepada mata Ali dan menyerahkan panji kepada beliau, dan Allah memberikan beliau kemenangan. Kejadian ketig ialah ketika ayat Mubahila diturunkan, Rasulullah memanggil Ali Fatimah, Hassan dan Hussain dan berkata, “Ya Allah, mereka ialah keluarga ku.”
Sahih Muslim, Book 31, Hadith 5915

Sepanjang sejarah Islam, terdapat banyak kejadian yang menunjukkan Ali adalah istimewa di sisi Rasulullah (sawa). Beliau diberi panji ketika Khaibar, pernikahan dengan anak perempuan Rasulullah, wira di Badar, Uhud dan Khandaq. Beliau ialah penjaga Madinah ketika ketiadaan Baginda ke Tabuk, dan beliau telah diamanahkan dengan harta kaum Kuffar pa malam Hijrah. Tambahan lagi Imam Ali termasuk di dalam Ayat Tathir, Ahlul Bait dan penyertaan beliau di dalam Mubahila memberikan beliau kelebihan berbanding sahabat yang lain.

Kita tidak akan membincangkan kemuliaan Ali di sini, kerana ia terlampau banyak dan bermula dari jamuan Bani Hasyim sehinnga pengebumian jasad baginda. Oleh itu, ia akan di muatkan di dalam artikel lain.

Benih Syiah telah di tanam oleh Nabi Muhammad sendiri, semasa hidup baginda. Berdasarkan hadis, Umm Salamah pernah meriwayatkan Rasulullah bersabda:

Ali bersama kebenaran dan Quran, dan kebenaran serta Quran juga bersama Ali. Keduanya tidak akan terpisah sehingga mereka bertemu dengan ku di Kawtsar.
al-Bahrani’s Ghâyat al-marâm wa-hujjat al-hisâm, page 539

Al Bahrani mengira hadis ini diriwayatkan sebanyak 15 dari versi Sunni dan sebelas dari versi Syiah.

Di dalam versi lain, terdapat pertambahan dalam hadis ini:
Dan kebenaran mengikuti Ali walau ke arah mana beliau pergi”
Tafsir al-Kabir, by Fakhr al-Din al-Razi, Commentary of “al-Bismillah”

Begitu juga di dalam Sahih Tarmiz, diriwayatkan:

Rasulullah bersabda: Ya Allah, rahmatilah Ali. Ya Allah, jadikanlah kebenaran sentiasa bersama Ali di semua keadaan.

Sahih al-Tirmidhi, volume 5, page 297

Oleh itu, jika kebenaran bersama Ali Ibnu Abu Thalib, maka apa sahaja yang diucaokan oleh Ali akan menjadi kebenaran, apa sahaja yang beliau lakukan akan menjadikan kebenaran, kerana Ali tidak berpaling ke arah kebenaran, malah kebenaran sendiri yang berpaling ke arah Ali! Oleh itu, setelah kewafatan Nabi, bukankah kita harus mengikut kebenaran?

Dan kebanyakan mereka, tidak menurut melainkan sesuatu sangkaan sahaja, (padahal) sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan.
Quran [10:36]

Berlakunya yang demikian, kerana sesungguhnya orang-orang yang kafir menurut perkara yang salah, dan sesungguhnya orang-orang yang beriman menurut perkara yang benar dari Tuhan mereka. Demikianlah Allah menerangkan kepada umat manusia akan sifat dan akibat bawaan mereka masing-masing.
Quran [47:3]

Oleh itu mengikuti Ali Ibn Abu Thalib ialah seperti mengikuti kebenaran itu sendiri, seperti yang telah disaksikan oleh Nabi(sawa) yang kebenaran itu bersama Ali dalam keadaan bagaimanapun.

Juga kita perlu untuk mengakui fakta yang mengatakan bahawa hadis ini terdapat di dalam sihah Sittah Sunni, dan di persetujui bersama oleh Syiah dan Sunni. Bagaimanapun, terdapat satu lagi hadis, yang selalu di sebut oleh Sunni sebagai Sahih, bagaimanapun dari pihak Syiah, kami mempunyai sebab yang kukuh untuk meragui kebenarannya, tetapi katakanlah kami bersetuju bahawa hadis yang berbunyi seperti ini benar:

Rasulullah bersabda: Para sahabatku ialah seperti bintang-bintang, sesiapa sahaja yang kamu ikuti, kamu pasti akan terpimpin(ke jalan kebenaran)
Al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa, p. 160.

Oleh kerana mengikuti mana-mana para sahabat akan memimpin kita ke jalan kebenaran selepas kewafatan nabi, maka bukankah mengikuti Imam Ali akan memimpin kita ke jalan kebenaran, atas dasar ilmu, sifat mulia dan keberanian beliau yang tiada tandingan.

Jadi, mengikuti Ali, atau menjadi Syiah kepada Ali ialah satu suruhan Nabi sendiri yang secara terbuka mengisytiharkan kepimpinan Ali di Ghadir Khum.

“Kepada siapa yang aku ialah Maulanya, maka Ali juga ialah maula kepada nya. Ya Allah, bantulah orang yang membantunya dan bermusuhlah dengan orang yang bermusuh dengannya.”

InsyaAllah saya akan menulis artikel tentang peristiwa Ghadir di masa hadapan.

Saya tidak akan berhujah tentang apa maksud maula di sini, kerana ia memerlukan artikel lain untuk menerangkan sekaligus kejadian tersebut. Apa sahaja maksudnya samada khalifah, Imam atau ketua, atau sekadar membawa maksud sahabat, Sunni bersetuju bahawa bersahabat dengan Ali bermakna bersahabat dengan Nabi dan bermusuh dengan Ali bermakna bermusuh dengan Nabi. Katakan kita mengambil maksud yang diakui oleh Sunni iaitu maula bermaksud sahabat, seseorang itu sepatutnya menyayangi sahabatnya, sentiasa membantu sahabatnya, sentiasa menyokong sahabat kita, dan mengasingkan diri dari musuh-musuh yang menyakiti sahabat kita.

Jika Muslim itu ialah Syiah kepada Muhammad, maka kami Syiah kepada Ali juga ialah Muslim kerana mengikuti perintah Muhammad yang mengasaskan sendiri Syiah ini.

Siapakah Syiah yang pertama? Syiah yang dimaksudkan disini ialah Syiah kepada Ali. Syiah yang pertama ialah para sahabat Nabi yang memberi baiah kepada Imam Ali selepas kewafatan Nabi.

Diriwayatkan dari Ibnu Abbas: Dan tiada ragu lagi selepas kewafatan Nabi, kami telah di fahamkan kaum Ansar tidak bersetuju dengan kami, dan berkumpul saqifah bani Saadah. Ali dan Zubair serta sesiapa sahaja yang bersama mereka menentang kami sementara kaum Muhajirin bersama Abu Bakr.
Sahih Bukhari, Volume 8, Book 82, Hadith 817

Sekumpulan sahabat menentang perlantikan Abu Bakr dan memihak kepada Imam Ali. Mereka ialah Talhah, Zubair, Ammar, Salman, Miqdad, Abu Dzarr, Ibnu Abbas, Saad Ibnu Abu Waqas dll. Mereka ialah Syiah pertama dan terawal Imam Ali.

Berikut ialah senarai para sahabat yang selepas kewafatan Nabi, menjadi Syiah kepada Ali, dan mereka tidak memberi baiah kepada Abu Bakr sehingga Imam Ali sendiri memberinya(seoerti yang di dakwa oleh Sunni. Mereka juga bersama beliau dalam semua perang dan kontroversi yang lain ;

  • Abu Dharr al-Ghifari
  • Ammar ibn Yasir
  • Muhammad ibn Abi Bakr
  • Abdullah ibn Budayl
  • Asbagh ibn Nubatah
  • Uways al-Qarni
  • Uthman ibn Hunaif
  • Khuzayma ibn Thabit
  • Malik al-Ashtar
  • Sa’sa’ah ibn Suhan
  • Maytham al-Tammar
  • Abdullah ibn `Abbas
  • al-Harith al-A’war al-Hamdani
  • Mikhnaf ibn Sulaym
  • Miqdad ibn Aswad
  • Habib ibn Mazahir
  • Zayd ibn Suhan
  • Adi ibn Hatim
  • Amr ibn al-Humq al-Khaza’i
  • Abu al-Aswad al-Du’ali
  • Sulayman ibn Surad
  • Salman the Persian
  • Kumayl ibn Ziyad
  • Hisham ibn ‘Utbah
  • Hujr ibn Adi
  • Abdullah ibn Hashim
  • Jundab ibn Abdullah

Ini hanyalah senarai pendek dari para sahabat mulia yang pertama menjadi Syiah kepada Ali. Perlu juga untuk di beritahu bahawa sesetengah dari mereka telah dilahirkan selepas kewafatan Nabi, tetapi ialah anak kepada para sahabat, contohnya Muhammad Ibnu Abu Bakr

Selepas kewafatan Nabi, Maula Ali menyenyapkan diri dari arena politik, dan begitu juga dengan Syiah beliau. bagaimanapun, Imam meneruskan tanggungjawab beliau sebagai Imam lantikan Allah swt, dalam menyebarkan mesej Muhammad (sawa) dan sumber Sunnah yang asli bagi umat Islam yang mengakui kedudukan beliau.

Kekacauan politik di zaman Usman bermula dengan kebangkitan politik Syiah. Syiah Ali, yang juga merupakan para sahabat Nabi, seperti Ammar dan Abu Dzar, mula menyuarakan penentangan mereka terhadap ketidakadilan sosial, sert pengagihan kekayaan di bawah Khalifah Usman. Usman seterusnya menghukum Abu Dzar buang negeri ke daerah Ar-Rabadhah, di mana Imam Ali memberi komentarnya seperti berikut:

Wahai Abu Dzarr! Kamu menunjukkan kemarahan kamu atas nama Allah, kerana kamu mempunyai harapan keatasNya. Masyarakat takut kepada mu dalam hal kesenangan duniawi mereka manakala kamu risaukan mereka kerana iman kamu. Maka tinggalkanlah apa yang mereka takutkan dari kamu dan lepaskanlah kerisauan kamu keatas mereka. Betapa mereka memerlukan perkara yang kamu minta mereka jauhkan dan betapa tulinya kamu keatas perkara yang mereka nafikan kepada kamui. Tidak lama lagi kamu akan mengetahui siapa yang mendapat keuntungan di akhirat dan siapa yang akan dicemburui di sana. Walaupun langit dan bumi ini tertutup untuk individu tertentu dan beliau takut kepada Allah, maka Allah akan membuka langit dan bumi untuk beliau. Hanya kebenaran dapat menarik kamu sementara kabatilan menjauhi kamu. Jika kamu menerima tarikan duniawi mereka, pasti mereka menyayangi kamu, dan pasti mereka akan melindungi kamu jika kamu berkongsi dengan mereka
Nahjul Balaga, Khutbah130, Diberi semasa Abu Dharr di buang negeri ke ar-Rabadhah

Ammar Yassir juga turut merasai kekejaman mereka apabila dipukul sehingga patah tulang rusuk beliau.

Oleh kerana Abu Dzar dibuang negeri dan kehormatannya di jatuhkan, oleh kerana Abdullah ibn Mas’ud dipukul tanpa belas, oleh kerana patahnya rusuk Ammar ibn Yassir, dan oleh kerana rancangan untuk membunuh Muhammad Ibn Abu Bakr, Bani Ghiffar, Bani Hudhayl, Bani Makhzum dan Bani Taym semuanya menyimpan dendam dan kemarahan(terhadap pentadbiran Usman)Muslim dari bandar-bdanar lain juga penuh dengan aduan terhadap pegawai-pegawai Usman yang terlampau mabuk dengan kekayaan dan kemewahan, yang melakukan sesuka hati mereka dan memusnahkan sesiapa yang mereka mahu.
Al-Baladhuri, Ansab, V, 98, 101

Pada ketika itu, tiada apa yang mebuatkan ku terkejut kecuali segerombolan orang ramai menuju kearah ku dari setiap arah seperti dubuk-dubuk, sehinggakan Hassan dan Hussain dihimpit dan pakaian di bahuku dikoyak. Setelah aku mengambil tampuk pemerintahan, satu kumpulan memisahkan dirinya dan satu lagi menderhaka, manakala yang lain bertindak salah dalam perbuatan mereka.

Nahjul Balaga, Semon 3, Sermon of Ash-Shiqshiqiyyah

Mereka yang memberi perjanjian taat setia kepada Imam Ali secara politik dan teknikalnya boleh dipanggil Syiah, bagaimanapun ketaatan mereka tidak boleh dibandingkan dengan para sahabat Nabi yang memihak kepada Imam Ali sejak hari pertama, yang juga termasuk Talhah dan Zubair, yang kemudiannya menderhaka kepada Imam Ali dalam perang Jamal.

Orang-orang yang menentang Aisyah dan Muawiyah di dalam pasukan Imam Ali, secara politiknya dikenali sebagai Syiah Ali. Kufah, pusat pemerintahan Imam Ali, juga dipenuhi dengan Syiah beliau kerana sokongan mereka kepada Imam Ali.

Malangnya, Syiah bukanlah satu agama atau satu kumpulan dari agama. Ia adalah nama yang diberikan kepada orang-orang yang menyokong dan mengikuti Ali. Menjadi seorang Syiah tidak menjadikan seseorang itu wali atau malaikat.

Muawiyah menerima cadangan kedua dari Amr-beliau menyuruh pengawalnya memacakkan Quran di atas lembing mereka dan menyorak, “Hukum tuhan akan menentukan keputusan di antara kita.” Ini bermakna kedua pihak akan berhenti bertempur dan menentukan penyelesaian konflik melalui Undang-undang Islam. Muawiyah dan Amr pada mulanya tidak menyangka pasukan Imam Ali akan menerima cadangan ini, tetapi mereka pasti akan menyebabkan perselisihan di dalam pasukan Imam Ali dan melemahkan kesatuan mereka. Bagaimanapun, rancangan mereka terlebih berjaya apabila seluruh pasukan Imam Ali mula ikut bersorak bersama pasukan Muawiyah. Ali menekan pasukannya untuk meneruskan pertempuran dan berkata bahawa ini tidak lain hanyalah tipu helah Muawiyah, malangnya tidak diendahkan oleh tenteranya. Malah, ramai dari pahlawan terbaik Ali ialah orang yang paling mahukan penghakiman ini dijalankan. Imam Ali dan Asytar menghabiskan masa yang banyak berhujah dengan orang-orang mereka, tetapi gagal mengubah fikiran mereka. Ada juga tentera Ali yang hilang sabar dengan Asytar dan memukul beliau dengan sebat serta memanggil beliau pengila perang. Mereka juga mengugut untuk menghantar ImamAli sebagai tawanan kepada Muawiyah jika tidak menerima penghakiman ini. Dalam keadaan ini, Muawiyah telah berjaya melemahkan Imam Ali dengan tentera beliau sendiri , dan Imam Ali terpaksa menerima majlis Tahkim ini.

http://en.wikipedia.org/wiki/Battle_of_Siffin

Kemudian, dapat kita saksikan, sekumpulan tentera Imam Ali, Syiah beliau, memberontak terhadap Imam Ali ketika Siffin, dan sejarah menyaksikan beberapa peristiwa berkaitan menyusul.

Selepas syahidnya Imam Ali, penyokong setia Imam Ali di Kufah memberi baiah kepada Imam Hasan. Imam Hassan kemudiannya menandatangani perjanjian damai dengan Muawiyah dan menarik diri dari kedudukan politik agar dapat mengelakkan lebih banyak pertumpahan darah.

Selepas syahidnya Imam Hassan, Syiah Ali menjemput Imam Hussain ke Kufah yang ingin menguatkan sokongan mereka terhadap Imam. Setelah Imam Hussain meninggalkan Madinah dan memulakan perjalanan mereka menuju Kufah bersama Syiah beliau yang paling setia serta keluarga terdekat, Yaazid ibn Muawiyah(LA) menukar kepimpinan Kufah yang sekaligus menukar suasana kota itu.

Ubaidillah ibn Ziyad(LA) telah dilantik sebagai gabenor Kufah untuk mematikan populariti dan kecintaan penduduk Kufah kepada Imam Hussain yang merupaka Syiah Ahlul Bait.

Ibn Ziyad(LA) telah mengarahkan penangkapan Muslim Ibn Aqeel dari Iraq, dan membunuh beliau jika beliau bertindak balas, sementara mereka yang memberikan baiah kepada beliau diugut, dihukum dan dibunuh jika mereka tidak menarik semula baiah mereka. Ibn Ziyad membunuh Muslim ibn Aqeel dengan kejam untuk menjadikan beliau sebagai contoh kepada mereka yang mengaku sebagai Syiah Hussain. Ramai penyokong Imam Hussain yang dipukul, dibelasah, termasuk seorang Syiah terkenal, Mukhtar, yang bakal mengetuai revolusi terhadap Yazid.

Setelah berjaya memenjarakan Syiah-syiah hardcore di Kufah dan pemintasan Imam Hussain di Karbala, yang hanya beberapa batu dari Kufah, Ibn Ziyad telah berjaya menakutkan penduduk Kufah. Syiah yang tidak dipenjarakan berasa takut akan nyawa mereka dan keluarga mereka dan telah gagal untuk membantu cucunda Rasulullah(sawa) dari pembantaian Karbala.

Akibatnya Imam Hussain telah berjaya memperoleh syahid beserta 72 Syiah beliau, yang juga merupakan ahli keluarga beliau.  Setahun selepas itu, setelah Syiah2 yang dipenjarakan telah dibebaskan, dan mereka yang tidak menghulurkan bantuan kerana ketakutan, mula berfikir semula tindakan mereka yang tidak membantu Imam mereka. Ini membawa kepada beberapa pemberontakan kecil terhadap dinasti Umayyah di seluruh Empayar Islam.

Setahun selepas peristiwa Karbala, 3000 Syiah yang setia memulakan pergerakan mereka sebagai menuntut bela atas Imam Hussain.

Kematian Imam Hussain memberi kesan dan impak yang besar di dalam agama, sert meninggalkan rasa bersalah yang teramat dalam kepada Syiah, seterusnya memberi nafas dan gaya baru terhadap pergerakan Syiah. Tragedi yang menimpa cucunda Rasulullah membakar semangat keagamaan dan moral, terutamanya kepada pengikut2 beliau dari Kufah yang begitu menginginkan kedatangan beliau ke Kufah untuk membinbing mereka ke jalan yang benar. Tetapi apabila Imam Hussain datang ke Iraq, mereka tidak mahu atau tidak dapat membantu beliau di saat-saat keperluan beliau. Bagaimanapun, selepas itu, mereka mula sedar  yang ketidakmampuan mereka atau kelemahan mereka, telah menjadi sebab utama untuk tragedi itu. Satu perasaan penyesalan dan taubat muncul di dalam hati mereka, membuka semula kesedaran agama terhadap diri mereka. Bagi mereka, demi mendapat keampunan Tuhan serta memadamkan kejahilan mereka, mereka perlu membuat sebuah pengorbanan yang sama dengan Hussain. Mereka mempercayai hanya dengan menggadaikan nyawa mereka demi menuntut bela terhadap Hussain sahaja dapat membuktikan taubat mereka atas kesalahan mereka. Sejak itu mereka dikenali dengan nama Tawwabun, dan dikenali di dalam sejarah Islam dengan nama ini.

Pergerakan ini telah terbukti sebagai salah satu langkah penting dalam pemantapan Islam Syiah. Pergerakan ini dipimpin oleh 5 orang kanan Ali yang tertua dan paling dipercayai, diikuti oleh ratusan Syiah-Syiah Kufah yang bersedia menggadaikan nyawa mereka. Tiada dari mereka yang berada dibawah umur 60 tahun. Faktor usia ini harus diambil kira sebagai mengambarkan kematangan beragama dan sikap mereka. 5 orang ini ialah Sulaiman b. Surad al Khuza’i, al Musayyab b. Najaba al Fazari, Abdullah b. Saad b. Nufayl al Azdi, Abdullah b. Walin at Tami dan Rifa b. Shaddad al Bajali, yang sentiasa mengetuai segala aktiviti Syiah di Kufah dan sangat dihormati kerana kesetiaan dan keberanian mereka demi Ahlul Bait. Begitu juga dengan ratusan yang menyertai pergerakan ini, dikenali sebagai orang-orang yang terpilih dari Syiah Ali.
Tabari, II, p. 498;
Baladhuri, V, pp.204 f.

Golongan Tawwabun ini ialah kumpulan Syiah yang pertama menyuarakan penentangan terhadap kekejaman Bani Ummaiyah.

Setelah 3000 Tawwabun sampai kepada perkampungan Qarqisiya, iaitu sebuah perkampungan dalam perjalanan ke perbatasan Syria, mereka telah disambut dan menerima layanan mesra dari ketua perkampungan itu, Zufar b. Al Harith, yang memberitahu mereka Ubaidillah ibn Ziyad bersama 30000 orang tenteranya telah samapai ke Ayn Al Warda. Zufar memberi Sulaiman banyak nasihat, bekalan dan maklumat tentang Ubaidillah serta panglima lain yang menyertai beliau. Zufar juga memberitahu Sulaiman bahawa beliau dan orang-orang beliau akan ikut bertempur dengan Sulaiman jika pasukan Sulaiman tinggal di Qarsiqiya dan menjadikan perkampungan ini sebagai pangkalan. Bagaimanapun ini tidak dipersetujui oleh Sulaiman. Golongan Tawwabun menuju ke Ain al Warda dan bertempur dengan pasukan Syria dengan gagah sekali, sambil menjerit, “Syurga, syurga untuk Turabi!” Pertempuran itu berlanjutan selama 3 hari, dan Tawwabun berlawana dengan kegagahan, keberanian dan keazaman yang tiada tandingannya, sehingga mereka memperoleh syahid. Satu-satunya pemimpin mereka yang masih hidup, Rifa’a b Shaddad, menasihatkan mereka yang masih hidup agar pulang.
Mas’udi, Muruj, III, p.94. “Turabites”
‘Ayn al-Warda in Baladhuri, V, pp.210

masyarakat Syiah menghormati wanita.

Selepas pergerakan Tawwabun, 3 tahun selepas peristiwa Karbala, Al Mukhtar ibn Abi Ubaid At Thaqafi memimpin satu lagi pemberontakan Syiah terhadap Ummayah yang lebih bersifat politik dari ketenteraan. Bagaimanapun, beliau juga mendapat syahid setahun kemudian.

Dan apabila Imam-Imam datang silih berganti, Syiah lebih menumpukan kepada aktiviti politik, dengan cara menyuarakan penentangan terhadap khalifah-khalifah yang kejam dan diktator. Ini juga merupakan sebab utama mereka selalu menjadi sasaran pembunuhan. Tidak dilupakan, ini juga ialah penyebab kepada mengapa terdapatnya banyak kubur-kubur Ahlul Bait serta pengikut mereka bertebaran di serata Iran, Iraq, Saudi dan Syria, yang menunjukkan kekejaman ke atas mereka yang dibunuh, didera dan di buang negeri semasa era Ummayah dan Abbasiyyah.

Hari ni, kita dapat melihat Syiah sebagai orang-orang yang ‘mendakwa’ mereka iala pencinta dan pengikut Rasulullah dan Ahlul Bait baginda serta memegang kuat doktrin Imamah. Kamu tidak boleh memanggil Syiah sebagai satu agama atau satu puak di dalam Islam. kerana Syiah ialah satu sifat, ia adalah satu kafiyat atau pemikiran, dimana cinta kepada Rasulullah dan Ahlul Bait baginda adalah lebih utama dari segala sesuatu, di mana JIhad al Akbar sangat-sangat di tekankan.

Jika  kamu mengambil Quran dan Ahlul Bait serta berhati-hati dalam tanggungjawab kamu terhadap mereka, maka kamu ialah Syiah.

Pada suatu hari, Rasulullah berdiri untuk memberi khutbah di Ghadir khum…..Aku meninggalkan kalian 2 perkara berat: yang pertama ialah Al Quran di mana di dalamnya panduan yang benar dan cahaya, jadi patuhilah ia. Yang kedua ialah Ahlul Bait ku, aku mengingatkan tanggungjawab kalian terhadap mereka.
Sahih Muslim Book 031, Number 5920

Berpakaian hitam pada Muharram tidak menjadikan kamu Syiah. Mencaci maki terhadap orang-orang seperti Aisyah dan Muawiyah, yang tak diragukan lagi ialah musuh kepada Ahlul Bait tidak menjadikan kamu Syiah. Saya akan menulis artikel tentang Tabarra dan kebenarannya insyAllah nanti.

masyarakat Syiah bencikan ketidakadilan

Syiah ialah satu keadaan pemikiran. Kamu ialah Syiah Muhammad dan Ali jika:

  • Jika kamu menganggap Ali sebagai maula, menganggap sahabat beliau sebagai sahabat kamu dan musuh beliau sebagai musuh kamu, apabila memikirkan namanya membawa senyuman dan memikirkan perjuangan beliau memberi inspirasi kepada kamu untuk berjihad.
  • Jika kamu merayakan hari kegembiraan Rasulullah dan keluarga beliau, dan mengingati hari kesedihan mereka.
  • Jika kamu menyuarakan penentangan terhadap ketidakadilan sosial terhadap Hussain bin Ali.
  • Jika kamu menyuarakan penentangan terhadap penindasan pemimpin kejam
  • Jika kamu membantu orang-orang fakir, memberi makan kepada yang lapar, pakaian kepada yang memerlukan dan berbuat baik kepada yatim piatu kerana Hussain Ibn Ali di syahidkan di dalam keadaan  lapar dan dahaga.
  • Jika kamu mempercayai Allah, RasulNya, malaikatNya, kitabNya, imamNya, keadilanNya dan hari pembalasan.
  • Jika kamu bersabar apabila menerima ujian dan bencana kerana tiada dugaan lebih besar dari apa yang dirasai oleh Hussain.
  • Jika kamu melayani yang kaya dan miskin dengan sama rata, dan bersikap adil kepada semua orang, kerana Ali Ibn Abu Thalib ialah pelaksana keadilan.
  • Jika kamu mendapati di dalam hati kamu rasa benci terhadap Abu Lahab, yang tangan laknatnya menampar wajah suci Nabi kita Muhammad(sawa). Semacam juga, jika di dalam hati kamu merasa marah dan benci kepada mereka yang menyakiti Ali, Fatimah, Hassan dan Hussain, serta Ahlul Bait yang lain.
  • Jika kamu menghormati wanita, dan berhenti melihat mereka dengan pandangan binatang buas, kerana cucunda Rasulullah, Zainab dibawa ke Istana Yazid tanpa hijab.
  • Jika kamu menjauhi arah,judi dan zina, kerana itu ialah amalan hidup Yazid(LA)
  • Jika kamu bersedekah di jalan Allah, menghormati hak orang lain dan hak awam, serta kekayaan tidak menarik minat kamu, kerana pengumpulan kekayaan dari sumber yang  bukan haknya adalah penyebab kepada terbunuhnya Usman dan korupsi ialah sebab kenapa Imam Ali bertekad menjatuhkan Muawiyah.
  • Jika kamu menyayangi Muhammad dan keluarga Muhammad lebih dari kamu menyayangi diri dan keluarga kamu.
  • Jika kata-kata dari Quran adalah kebih utama dari dendam, curiga buta, adat resam dan ajaran ibu bapa kamu.
  • Jika kamu sentiasa mengingati Allah, serta solawat kepada baginda dan keluarga baginda dianggap sebagai satu ibadat.
  • Jika setiap tindakan kamu dipenuhi dengan kebenaran dan kepercayaan, keberanian dan ilmu, agar ia memberitahu kepada orng lain bahawa kamu mengikuti Muhammas(sawa) dan keluarga baginda.
  • Jika kamu memberi baiah kepada Ali dan keturunannya.

Oleh itu menjadi seorang Syiah ialah satu tanggungjawab yang berat. Syiah Muhammad, atau Muslim adalah orang2 yang mengikuti jalan kebenaran berbanding Yahudi, Hindum Kristin dan Budha, yang mengikuti teks-teks mereka yang telah diseleweng. Sebagai Syiah Muhammad, telah menjadi tanggungjawab kita untuk mengikuti arahan baginda, oleh itu selepas kewafatan baginda sesetengah Muslim membuat keputusab untuk menjadi Syiah Ali.

Segala yang dituturkan dan dilakukan oleh Nabi ialah agama. Baginda tidak meninggalkan salinan pita video yeng menunjukkan kata-kat dan perbuatan baginda, yang mana dapat kit gunakan untuk mengambil syariat Islam darinya. Oleh itu, adakah agama ini mati dengan wafatnya Muhammad? Kerana Quran sahaja tidak mencukupi untuk kita. Mungkin juga Nabi ada meninggalkan salinan tindakan dan kata-kata baginda, gerbang ilmu, iaitu Imam Ali. Jadi, selepas kewafatan Nabi, mereka yang mengikut pendapat diri sendiri atau entiti-entiti yang tidak diberikan kebenaran oleh Allah swt, mungkin akan terlibat dengan penyimpangan dari jalan Muhammad (sawa). Tidak penting bagi kita, jika memang benar sesetengah Syiah Ali memberontak terhadap beliau, kerana menjadi seorang Syiah tidak semestinya menjadikan seseorang itu Syiah sebenar. Sama juga seperti seorang Muslim, yamg berkemampuan untuk minum arak, berzina, membunuh dan masih lagi kekal sebagai seorang Muslim, tidak menjadikan Islam bersetuju dengan perbuatan mereka. Untuk mengenali Syiah, maka kenalilah Imam-Imam Syiah, keturunan Rasulullah(sawa) yang suci.

Selepas peristiwa Karbala, saya menyanjungi Syiah, atau seseorang yang mendakwa diri mereka ialah Syiah, kerana merekalah yang mempertahankan kemaksuman nabi, merekalah yang menghidupkan nama dan pengorbanan Imam Hussain, merekalah yang mengajar kepada dunia apa yang terjadi di Karbala seolah-olah ia baru terjadi kelmarin, kerana peristiwa ini lah yang mengekalkan mesej Islam sehingga ke hari ini. orang-orang Syiah lah yang memperjuangkan maruah dan kehormatan bapa,nenek moyang Muhammad dan merekalah yang bergelut bagi memastikan doktrin Imamah terus hidup setelah 1400 tahu. Hanya Syiah yang terselamat dari pemalsuan dan penipuan dari mazhab-mazhab yang disebarkan oleh Nasibi.

Saya merayu kepada Syiah agar tidak lupa siapa diri mereka. Berhenti menyebarkan rasa benci dan keganasan. Berhentilah menggunakan perkataan-perkataan yang tidak elok bersama nama-nama seperti Aisyah dan sebagainya. Ini bukan lagi Tabarra, tapi kejahilan dan kebodohan, dan sampai ke satu tahap, boleh menjadi dosa. Sebarkanlah keamanan, cinta, sebarkanlah mesej Islam seperti yang dilakukan oleh para Imam kita. Janganlah menyebarkan kebencian seperti yang dilakukan oleh Muawiyah dan segolongan dengan beliau.

So next time, if you find a hungry stray dog on the streets and give food to him, or find a thirsty bird and give it water, know in your heart that you are a shia. Jadi, di lain masa, apabila kamu terserempak dengan kucing yang lapar, berilah ia makanan, atau berilah air kepada anjing yang dahaga, kerna ketahuilah di dalam hati, KAMU IALAH SYIAH.