Sheikh Besar Al Azhar, Ahmed Al Tayeb menolak permintaan Wahabi Ekstrimis untuk menarik balik pengiktirafan Al Azhar terhadap mazhab Ahlul Bait, atau Syiah Ithna Ashariah, dan berkata, tiada siapa yang boleh menerima kenyataan yang lemah ini, tambahan pula kedudukan Al-Azhar adalah sangat stabil untuk mencapai kesatuan antara Muslim.

Rangkaian berita online Saudi telah menyatakan seorang sarjana Wahabi, Ahmed bin Saad Al Ghamdi dari Universitu Umm Al Qura telah mengutuk para sarjana Al Azhar atas pengiktirafan mereka  terhadap Mazhab Syiah dan menganggap ia sama seperti mazhab lain di dalam umat Islam.

Di dalam kenyataan eksklusif kepada Akhbar Al Watan, Sheikh berkata, Sunni dan Syiah ialah 2 sayap utama di dalam umat Islam, dan merupakan sebahagian dari Islam selama 1400 tahun. Beliau turut mendakwa, apa yang terjadi di masa sekarang hanyalah satu plot untuk membawa kepada perselisihan antara mazhab.