Tanggal 4 Julai 2010, dunia telah dikejutkan dengan pemergian seorang pemimpin agama, tokoh spiritual Hizbullah, Sayyif Hussain Fadlallah. Beliau dilahirkan dari keluarga Lubnan di Najaf, Iraq, pada 16 November 1935. Menerima pendidikan agamanya di Hauzah Ilmiah di Najaf, sebelum berpindah ke Lubnan. Di Lubnan beliau menyumbangkan banyak jasa dengan memberi kuliah agama, serta menjadi rujukan dalam penyelesaian masalah syariah, menulis puluhan buku serta menubuhkan beberapa pusat pembelajaran Islam di sana. Beliau juga turut menjadi terkenal kerana menjadi “mentor spiritual” bagi pertubuhan bersenjata Islam terkenal, Hizbullah, yang menjadi duri dalam cita-cita Israel dan Amerika.

Beliau telah di masukkan ke hospital beberapa kali pada bulan kebelakangan ini akibat pendarahan dalaman sebelum kematian beliau. Akibat dari masalah kesihatan, beliau juga tidak dapat menyampaikan kutbah Jumaat pada minggu-minggu sebelumnya. Semoga Allah swt merahmati ruh beliau dan meletakkan beliau bersama pemimpin kita Rasulullah dan Ahlulbait baginda atas segala kebaikan yang pernah beliau lakukan. Allahumma Solli Ala Muhammad wa Aali Muhammad.

Masyarakat berkumpul untuk jenazah Sayyid Hussain Fadlullah

Jenazah Sayyid Hussain Fadlallah diarak

Masyarakat Syiah sangat menghormati Ulama,lihatlah sendiri

Innalillah wa inna ilaihi Rajiun

Majlis Mengenang Ayatollah Hussain Fadlullah

Pemergian yang tidak berganti

Mengenang kehilangan kepada umat

Sayyid Hassan Nasrallah di hadapan jenazah

Sheikh Naim Qasim, Setiausaha Agung Hizbullah

Para pegawai Tinggi Hizbullah

Kesedihan Masyarakat Syiah