Apakah itu Tawassul?

Makna leksikal tawassul ialah ‘kedekatan’ atau satu ‘cara’ yang mana untuk mencapai tujuan tertentu (lihat Lisan al-‘Arab, Asas al-Balaghah dan Tartib al-Qamus al-Muhit untuk makna wasala). Misalnya, apabila berkata wa wassala ila Allah, ia bermakna untuk melaksanakan perilaku tertentu untuk mendapatkan kedekatan dengan Tuhan. Maka wasil disini bermaksud berperilaku ‘menginginkan Tuhan’. Menurut sarjana terkemuka Sunni, Sayyid Muhammad Alusi al-Baghdadi, wasilah ialah satu cara untuk memohon untuk mendapatkan kedekatan kepada Tuhan melalui amalan baik dan menjauhkan diri daripada dosa-dosa. Sebagai contoh apabila dikatakan “wasala ila kadha“, ia bermaksud sesuatu yang mana kedekatan diperolehi.

Perlu untuk diketahui bahawa perantaraan sama sekali tidak mengecilkan fakta bahawa semuanya adalah dibawah kedaulatan Allah. Apabila kami menggunakan ikhtiar untuk mendekatkan diri kepada Allah (swt), ianya tidak bermaksud kami menyembah ikhtiar tersebut, oleh itu tidak sama sekali ianya bertentangan dengan ayat “Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.” (1:4). Bagaimanapun Allah telah menciptakan sebab dan ikhtiar sekunder sebagaimana dalam al-Quran, Allah telah menggalakkan kita untuk menggunakan bantuan. Dalam Surah Al-Ma-Idah Allah (swt) berkata kepada mereka yang beriman:

ـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱتَّقُواْ ٱللَّهَ وَٱبۡتَغُوٓاْ إِلَيۡهِ ٱلۡوَسِيلَةَ وَجَـٰهِدُواْ فِى سَبِيلِهِۦ لَعَلَّڪُمۡ تُفۡلِحُونَ

“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan carilah jalan(wasilah) yang boleh menyampaikan kepadaNya, dan berjuanglah pada jalan Allah, supaya kamu beroleh kejayaan.” (5:35).

Jika kita menganalisa perkataan-perkataan dalam ayat ini secara dekat kita dapat lihat bahawa “bertaqwalah kepada Allah” adalah firman Allah untuk menjauhi dosa, sementara “carilah yang boleh menyampaikan kepadaNya” adalah suruhan untuk melakukan ibadah dan mentaati (lihat Ruh al-Ma’ani, vol. 6, p. 124-128). Ibn Abi’l-Hadid Mu’tazali, salah seorang daripada ulama Mutazzali yang dihormati, berkata dalam komentar Nahju’l Balagha nya, bahawa “Sayyida Fatima Zahra merujuk kepada maksud ayat ini di hadapan para Muhajirin dan Ansar, semasa menyampaikan ucapan berhubung dengan perampasan tanah Fadaknya, dalam ayat berikut:

“Aku memuji Allah yang mana Martabat dan Cahaya penduduk di langit dan di bumi mencari jalan untuk mendekatkan diri kepada-Nya. Di antara ciptaan-Nya kami lah jalan untuk mendekati.”
Ibn Abi’l-Hadid Mu’tazali, Sharhe Nahju’l Balagha, Jilid IV, m/s 79

Kata-kata ini datang daripada individu yang mana Allah (swt) telah katakan berkenaan beliau dan keluarga beliau dalam Surah al-Ahzab: “Sesungguhnya Allah hanya berkehendakan untuk menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu – wahai “AhlulBait” dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji).”
al-Quran, Surah 33, Al-Azhab, Ayat 33

Seseorang mungkin mengatakan bahawa ayat ini bukan lah berkenaan anak perempuan Nabi, maka untuk itu kami bawa sebuah hadis daripada Sahih Muslim, diriwayatkan oleh Aisyah:

“Aisyah melaporkan bahawa Rasul Allah (saw) keluar pada suatu pagi memakai jubah berjalur dari bulu unta yang hitam kemudian datang Hasan b. Ali. Baginda masukkan beliau di bawahnya, kemudian datang Husain dan baginda masukkan beliau di bawahnya bersama-sama dengan seorang lagi (Hasan). Kemudian datang Fatimah dan baginda masukkan beliau di bawahnya, kemudian datang Ali dan baginda masukkan beliau juga di bawahnya dan baginda berkata: Allah hanya berkehendakan untuk menghapuskan sebarang kekotoran dari kamu, wahai Ahlul bait, dan menyucikan kamu (sesuci sucinya).”
Sahih Muslim, Kitab 031, Nombor 5955

Point disini adalah, apabila kita berkata “…kepada Engkaulah kami momohon pertolongan” (1:4), mengikut ayat (5:35) pertolongan tersebut boleh juga melalui cara sekunder. Sama ada kita mendekati tanpa tawassul, atau melalui tawassul, kedua-dua cara adalah diterima dalam Islam. Syiah tidak menghukum bahawa memohon kepada Allah tanpa syafaat (perantaraan) membuatkan doa tersebut tidak diterima. Bukti melalui ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis Nabi, Syiah telah mempelajari bahawa memohon syafaat hanya mempercepatkan proses disebabkan oleh individu yang sangat dihormati yang kami ambil sebagai syafaat.

Penggunaan tawassul

Permintaan untuk perantaraan dari perantara, seperti meminta doa dari seorang Muslim yang alim, sama sekali tidak membabitkan individu yang meminta tersebut, percaya bahawa sebarang kebaikan dapat datang selain daripada Allah (swt). Sebenarnya dia meminta kepada Allah (swt), tetapi dia menggunakan cara yang telah Allah benarkan, termasuk perantaraan orang-orang yang mungkin lebih dekat daripada dirinya kepada Allah. Jika kamu mendengar orang Syiah berkata “Ya Mahdi!” atau “Ya Ali!” bukanlah bermakna orang Syiah percaya dua karakter ini boleh melakukan apa sahaja tanpa kehendak serta keinginan Allah (swt). Apabila kamu meminta alim ulama supaya berdoa untuk kamu, kamu tahu dalam hati kamu bahawa alim ulama tersebut tidak dapat melakukan apa-apa melainkan Allah (swt) berkehendakan untuk ianya berlaku, tetapi kamu percaya kerana dia adalah orang yang kuat beribadah dan meluangkan masanya lebih ke jalan Allah, doanya mungkin lebih cepat dikabulkan. Ideologi ini membawa kita kembali kepada cara sekunder. Seseorang itu mungkin berasa terlalu malu dengan tindakan jahatnya dan patut kembali kepada Allah (swt) untuk pengampunan. Untuk membuatkan proses pengampunan tersebut lebih pantas dia membawa bersamanya seseorang yang lebih Allah sayangi melalui tindakan dan niat individu tersebut. Berikut adalah contoh dari al-Quran:

Saudara-saudara Nabi Yusuf (as) meminta ayah mereka berdoa untuk keampunan mereka

Salah satu contoh mencari keampunan dapat dilihat dalam al-Quran, Surah Yusuf, dimana saudara-saudara Nabi Yusuf (as) malu dengan tindakan yang telah mereka lakukan, maka mereka pergi kepada ayah mereka dan berkata,

Wahai ayah kami! Mintalah ampun bagi kami akan dosa-dosa kami; sesungguhnya kami adalah orang-orang yang bersalah. Nabi Yaakub berkata: Aku akan meminta ampun bagi kamu dari Tuhanku; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (12:97-98).

Bukti tawassul dari al-Quran

Sebelum saya meneruskan dengan menyebut hadis-hadis berkenaan tawassul terhadap atau dari Nabi, adalah lebih baik untuk pertama sekali menyebut tentang ayat-ayat al-Quran yang mengesahkan tawassul.

Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya” (2:255); “Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menjadikan langit dan bumi dalam enam masa kemudian Ia bersemayam di atas Arasy mentadbirkan segala urusan. Tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi syafaat melainkan sesudah diizinkanNya.” (10:3)

Perhatikan perkataan “melainkan” dalam ayat-ayat diatas. Ayat-ayat ini tidak mengutuk kehadiran perantara; ianya cuma meletakkan syarat untuk perantaraan. Setakat ini kami telah menegakkan fakta bahawa perantaraan bukanlah sesuatu yang dikutuk dalam Islam, malah ianya sesuatu yang sangat dialu-alukan dalam Islam. Terdapat banyak lagi ayat-ayat dalam konteks yang sama yang menerangkan pengesahan tawassul.

  1. “Pada hari itu, tidak berfaedah syafaat (dari dan kepada sesiapapun) kecuali dari orang yang diizinkan oleh Allah yang melimpah-limpah rahmatNya, dan kepada orang yang diredai perkataannya” (20:109)
  2. “Dan tidak berfaedah syafaat di sisi Allah kecuali bagi orang yang telah diizinkan Allah” (34:23)
  3. “berapa banyak malaikat di langit, syafaat mereka tidak dapat mendatangkan sebarang faedah, kecuali sesudah Allah mengizinkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan diredhaiNya” (53:26)
  4. “…dan mereka tidak memohon syafaat melainkan bagi sesiapa yang diredhai Allah…” (21:28)
  5. “Dan segala yang mereka sembah yang lain dari Allah, tidak mempunyai sebarang kuasa untuk memberikan syafaat pertolongan, kecuali sesiapa yang memberi penerangan mengakui kebenaran dengan mentauhidkan Allah” (43:86)

Ayat-ayat di atas hanya menyentuh berkenaan kebenaran untuk bertawassul dalam Islam. Walau bagaimanapun sepotong ayat dalam Surah An-Nisaa, adalah lebih spesifik berkenaan perbuatan tawassal. Dalam surah An-Nisaa Allah menerangkan:

Dan Kami tidak mengutus seseorang Rasul pun melainkan supaya ia ditaati dengan izin Allah. Dan kalaulah mereka ketika menganiaya diri mereka sendiri datang kepadamu (wahai Muhammad) lalu memohon ampun kepada Allah, dan Rasulullah juga memohon ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani(4:64).

Disini sudah diperjelaskan bahawa kehadiran Nabi Allah (swt) telah menjadi satu jalan untuk manusia gunakan sebagai cara untuk mendekatkan diri dalam memohon keampunan.

Ayat-ayat yang tersebut diatas serta ayat lain dalam al-Quran menggalakkan perbuatan tawassul, tetapi hanya jika ianya terhadap individu yang benar dan individu yang terpilih oleh Allah (swt).

Jika meminta pertolongan untuk meringankan beban seseorang adalah sesuatu yang dikeji di mata sesetengah pihak maka kami mencadangkan kalian supaya meneliti point berikut:

Point Satu – Nabi Musa (as) dan Nabi Muhammad (saw) kedua-duanya berdoa untuk pembantu untuk meringankan beban mereka

Sejak awal misinya Musa (as) berdoa seperti berikut:

Dan jadikanlah bagiku, seorang pembantu dari keluargaku. Iaitu Harun saudaraku; kuatkanlah dengan sokongannya, pendirianku, dan jadikanlah dia turut campur bertanggungjawab dalam urusanku, supaya kami sentiasa beribadat dan memujiMu… Allah berfirman: Sesungguhnya telah diberikan kepadamu apa yang engkau pohonkan itu, wahai Musa!” (al-Quran 20:29-36)

Di sini Musa (as) meminta pertolongan bukan dari Allah (swt) sahaja, tetapi dari saudaranya juga. Dia TIDAK berpaling kepada Allah (swt) secara khusus untuk bantuan tetapi Nabi Musa juga meminta pertolongan dari manusia lain juga, adakah ini satu perlakuan syirik?

Menariknya Suyuti dalam ulasannya mengenai ayat di atas meletakkan riwayat berikut:

“Apabila ayat ini diturunkan, Nabi (saw) berada di atas sebuah pergunungan, sejurus selepas turunnya ayat tersebut, Nabi (saw) berdoa kepada Allah, Ya Allah! Melalui saudaraku Ali, ringankanlah beban di belakangku, dan Allah menerima doa tersebut”
Tafsir Durre Manthur, oleh Jaladin Suyuti, Vol 4 m/s 295

Mengapa Rasulullah (saw) tidak meminta pertolongan Allah (swt)? Malah disini Rasulullah (saw) meminta kepada Allah (swt) supaya Ali (as) dijadikan sebagai pembantunya. Jika ini adalah kesnya maka bukankah Sunnah untuk meminta pertolongan dari Imam Ali (as)?

Point Dua – Bani Israil berpaling kepada Nabi Musa (as) untuk bantuan

Dalam Surah al-A’raf kita baca seperti berikut:

Dan kami membahagikan mereka (Bani Israil) menjadi dua belas suku, sebagai golongan-golongan besar, dan Kami wahyukan kepada Nabi Musa, ketika kaumnya meminta air kepadanya: Pukul lah batu itu dengan tongkatmu. Maka terpancarlah daripadanya dua belas mata air. Tiap-tiap golongan (di antara mereka) mengetahui tempat masing-masing. Dan Kami naungi mereka dengan awan, dan Kami turunkan kepada mereka Mann dan Salwa. (Lalu Kami berfirman): “Makanlah dari baik-baik yang kami telah kurniakan kepada kamu. Dan tidaklah mereka menganiaya Kami (dengan kekufuran mereka), tetapi mereka adalah menganiaya diri mereka sendiri. (al-Quran 7:160)“.

Di sini kita dapati kaum Bani Israel yang dahaga, daripada meminta Allah (swt) untuk makanan mereka berpaling kepada Hadhrat Musa (as) untuk menjawab doa mereka. Jika meminta bantuan daripada individu lain adalah syirik maka pastinya Musa (as) akan mencela mereka dan menyuruh mereka untuk berdoa kepada Allah (swt), tetapi tidak. Di sini ‘tongkat’ dijadikan sebagai Wasila, Allah (swt) boleh sahaja menurunkan hujan dari langit, namun tetapi Allah (swt) menyuruh Musa (as) untuk memukul tongkat tersebut kepada batu. Bani Israel berpaling kepada Musa (as) dan melaluinya (as) lah Allah (swt) menjawab doa mereka.

Point Tiga – Nabi Sulaiman (as) meminta bantuan dari manusia bukan Allah (swt)

Dan terdapat ayat-ayat ini dalam surah an-Naml:

38. Nabi Sulaiman berkata pula (kepada golongan bijak pandainya): Wahai pegawai-pegawaiku, siapakah di antara kamu yang dapat membawa kepadaku singgahsananya sebelum mereka datang mengadapku dalam keadaan berserah diri memeluk Islam?

39. Berkatalah Ifrit dari golongan jin: Aku akan membawakannya kepadamu sebelum engkau bangun dari tempat dudukmu, dan sesungguhnya aku amatlah kuat gagah untuk membawanya, lagi amanah.

40. Berkata pula seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan dari Kitab Allah: Aku akan membawakannya kepadamu dalam sekelip mata! Setelah Nabi Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di sisinya, berkatalah ia: Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberianNya. Dan (sebenarnya) sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah.

Jadi disini kita dapati:

1. Nabi Sulaiman (as) meminta supaya singgahsana Balqis dibawa kepadanya

2. Sulaiman (as) tidak berdoa kepada Allah (swt), dia meminta pertolongan dari pengikutnya

3. Seorang hamba dengan sebahagian pengetahuan mengenai Kitab mampu untuk membawa singgahsana tersebut dalam sekelip mata.

Secara jelasnya seorang Nabi (as) mempunyai kuasa lebih daripada seorang manusia biasa namun tetapi Sulaiman (as) meminta pertolongan dari salah seorang temannya, jika meminta pertolongan selain daripada Allah adalah syirik, maka kenapa Nabi Sulaiman (as) meminta pertolongan dari subjek yang lemah statusnya? Tidakkah logik kalian menganggap perbuatan tersebut sebagai syirik?

Jika seorang Nabi (as) boleh meminta bantuan daripada seorang individu dengan sebahagian daripada ilmu Kitab mengapa saya tidak boleh meminta pertolongan daripada Rasulullah (saw) yang mana adalah al-Quran yang berkata-kata, atau Maula Ali (as) yang mengisytiharkan bahawa dia mempunyai pengetahuan penuh berkenaan Kitab? Berkenaan hal ini kami mempunyai kesaksian daripada sahabat Ibn Mas’ud berkata:

“Al-Quran mempunyai maksud luaran dan dalaman, dan Ali Ibn Talib mempunyai pengetahuan berkenaan kedua-duanya.”
Hilyatul Awliyaa, oleh Abu Nu’aym, v1, m/s65

Selain merenung kata-kata Imam Ali (as):

“Tanyalah aku mengenai Kitab Allah, kerana tiada ayat pun melainkan aku tahu sama ada ianya diturunkan di waktu malam atau siang, di kawasan mendatar atau di pergunungan”
History of the Khailfa’s who took the right way oleh Jalaladeen Suyuti, terjemahan Inggeris oleh Abdassamad Clarke, m/s 194

Tawassul dalam pandangan Ahl’ul Sunnah

Sering juga kelihatan di blog-blog atau laman internet lain yang kebanyakan adalah laman anti-syiah akan memperkatakan isu berkenaan tawassul lalu lantang menyuarakan pandangan mereka (dengan berselindung dengan mengatakan bahawa pandangan Ahlul Sunnah) dengan mengatakan Ahlul Sunnah mencela perbuatan ini dan hanya meminta terus kepada Allah (swt). Well, if you find anything like that, you might wanna think twice!

Point 1. Terdapat ijma dikalangan Ulama Ahl’ul Sunnah berkenaan sahnya bertawassul

Semua pakar hukum termasuk Imam Shafi’I, Maliki dan ulama-ulama terkemudian Hanafi dan juga yang lain seperti Hanbali bersetuju terhadap sahnya cara berdoa sebegini sama ada ianya semasa hayat Baginda (saw) atau selepas wafatnya baginda.
1. Sharh al-Mawahib’ vol. 8′ m/s 304;
2. al-Majmu” vol. 8′ m/s 274;
3. Ibn ‘Abidin’ vol. 5′ m/s 254;
4. al-Fatawa al-Hindiyyah’ vol. 1′ m/s 266 dan vol. 5′ 318;
5. Fath al-Qadir’ vol. 8′ m/s 297′ 298
6. al-Futuhat al-Rabbaniyyah ‘ala al-Azkar al-Nabawiyyah’ vol. 5′ m/s 36

Point 2. Imam Malik mendesak seorang Khalifah Abbasiyah untuk bertawassul kepada Rasulullah (saw)

Khalifah Abbasiyah, Mansur al-Dawaniqi’ pernah bertanya kepada Imam Malik ibn Anas sama ada beliau patut beralih ke arah makam Nabi (saw) atau menghadap kiblat untuk berdoa? Malik menjawab:

Mengapa kamu ingin beralih arah dari Nabi (saw) sedangkan baginda (Nabi Muhammad (saw)) adalah wasilah (perantara) untuk kamu dan untuk ayah kamu Adam (as) terhadap Allah pada hari kiamat. Mengahadap lah ke arahnya (Nabi (saw)) dan mintalah perantaraannya (syafaat).
[Diambil dari Al-Mughni ma’ al-Sharh’ vol. 3′ m/s 588; al-Sharh al-Kabir ma’ al-Mughni’ vol. 3′ m/s 494; al-Qadi ‘Iyad in al-Shifa (2:92-93)

Point 3. Imam Ahmad ibn Hanbal menganjurkan membuat tawassul melalui Rasulullah (saw)

Imam Ahl’ul Sunnah ‘Ala’ al-Din al-Mardawi berkata dalam bukunya al-Insaf fi ma’rifat al-rajih min al-khilaf ‘ala madhhab al-Imam al-mubajjal Ahmad ibn Hanbal (3:456):

“Kedudukan sebenar mazhab ini [Hanbali] ialah adalah dibenarkan dalam doa seseorang untuk menggunakan perantara dari orang yang beriman dan dikatakan bahawa ianya digalakkan (mustahab). Imam Ahmad berkata kepada Abu Bakar al-Marwazi: yatawassalu bi al-nabi fi du’a’ih — “Biarkan dia menggunakan Nabi sebagai perantara dalam doanya kepada Allah”.

Point 4. Imam Shafii membuat tawassul melalui Ahlul Bayt (as)

Imam Ahlul Sunnah Ibn Hajr Haytami telah mengulanginya di banyak tempat dalam bukunya al-Sawa’iq al-muhriqa li ahl al-dalal wa al-zandaqa (eg: m/s 180) dan al-Khayrat al-hisan (m/s 69):

“Imam Shafi’I membuat tawassul melalui keluarga Nabi (Ahlul Bayt) apabila beliau berkata:

Al al-nabi dhari’ati wa hum ilayhi wasilati
arju bihim u’ta ghadan bi yadi al-yamini sahifati

Keluarga Nabi adalah cara ku dan perantara kepada-Nya. Melalui mereka aku berharap agar diberikan rekodku dengan tangan kanan nanti”.

1. Ibn Hajr Haytami’ dalam Al-Sawa’iq al-muhriqa li ahl al-dalal wa al-zandaqa (eg: m/s 180)
2. al-Khayrat al-hisan (m/s 69) Ini juga ditemui dalam Diwan al-Shafi’i seperti yang disunting oleh ‘Umar Faruq al-Dabbagh (Beirut: Dar al-arqam’ n.d.) m/s 50.

Point 5. Doa tawassul Allamah Nawawi di makam Rasulullah (saw)

Jemaah haji patut menghadap makam Rasulullah (saw) jadikan baginda perantara (tawassul) dalam menghampiri Tuhan dan mencari wasilahnya sebagai perantaraan (syafaat) dalam cara yang sama seperti Badwi yang menziarah makam Nabi dan berdiri di sebelahnya lalu berkata: ‘Salam ke atas kamu wahai Rasul Allah’ Aku pernah mendengar Allah berfirman:

…Dan kalaulah mereka ketika menganiaya diri mereka sendiri datang kepadamu (wahai Muhammad) lalu memohon ampun kepada Allah, dan Rasulullah juga memohon ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. (al-Quran 4: 64)

Oleh itu aku telah datang kepadamu untuk pengampunan dosa-dosa ku dan mencari perantaraanmu dengan Allah.
Al-Majmu” vol. 8′ m/s 274; Fayd al-Qadir’ vol. 2′ m/s 134; I’anah al-Talibiyyin’ m/s 315.

Point 6. Doa tawassul Ibn Qudamah Hanbali di makam Rasulullah (saw)

Ibn Qudamah Hanbali, dalam mendefinasikan adab ziarah ke makam Nabi (saw) menulis dalam bukunya al-Mughni

Berdiri di sebelah makam Nabi (saw) dan katakan: Aku telah datang kepadamu untuk pengampunan dosa-dosa ku dan mencari perantaraanmu dengan Allah.
1. Al-Mughni ma’ al-Sharh’ vol. 3′ m/s 588;
2. al-Sharh al-Kabir ma’ al-Mughni’ vol. 3′ m/s 494

Point 7. Doa tawassul Imam Ghazzali al Shaafii di makam Rasulullah (saw) dan Ahlul bait (as)

Imam Ahlul Sunnah Abdul Hamid Ghazzali walaupun kecenderungannya ke arah Nasibi (lihat artikel mengenai Imam Husayn di http://www.answering-ansar.org) membahagikan satu bahagian istimewa dalam bukunya Ihya’ ‘Ulum al-Din berkenaan adab jemaah haji ke makam Nabi (saw) untuk bertaubat dan meminta keampunan dari Allah. Dia menyatakan:

Nabi Muhammad sepatutnya dijadikan perantara (wasilah) dan perantaraan (syafaat) dan dengan muka menghadap ke arah makam baginda penziarah patut meminta kepada Allah demi Nabi dan posisinya dengan ucapan: “Ya Allah sesungguhnya Engkau telah berfiman, dan kalaulah mereka ketika menganiaya diri mereka sendiri datang kepadamu (wahai Muhammad) lalu memohon ampun kepada Allah, dan Rasulullah juga memohon ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. (al-Quran 4:64);

Ya Allah sesungguhnya kami telah mendengar kata-kata Mu dan kami patuhi suruhan Mu, dengan mendatangi RasulMu untuk mencari perantaraannya dengan Mu untuk dosa-dosa kami; betapa membebankan dan beratnya (dosa) di belakang kami! Kami menyesali kelalaian kami, kami mengakui kesilapan dan kesalahan kami, terimalah taubat kami demi Baginda, jadikanlah NabiMu perantara kepada kami, dan luhurkanlah kami demi posisinya dan haknya denganMu.”

Al-Ghazzali juga menambah:

Adalah disarankan para jemaah untuk pergi setiap hari ke perkuburan Baqi’ dan selepas memberi salam kepada Nabi (saw), membuat ziarah ke makam (Imam) Hasan ibn ‘Ali, (Imam) ‘Ali ibn al-Husayn, (Imam) Muhammad ibn ‘Ali dan (Imam) Ja’far ibn Muhammad (semoga Allah senang dengan mereka) dan juga lakukan solat di Masjid Fatimah (semoga Allah senang dengannya).
Ihya’ ‘Ulum al-Din’ vol. 1′ m/s 258-261

Suara tunggal yang membantah berkenaan perbuatan tawassul di kalangan Imam Fiqah Sunni adalah Imam Abu Hanifa. Pengikut-pengikutnya yang terkemudian walau bagaimanapun bertentangan pendapat dengan Imam mereka berkenaan point ini dan mereka menganjurkan penggunaan tawassul.

Point 8. Kajian seorang ulama Hanafi mengesahkan kebolehan bertawassul

Ulama Hanafi terkemuka dari India, Shaykh Khalil Ahmad Saharanpuri dalam bukunya al-Muhannad ‘ala al-Mufannid telah mengumpul fatwa atau pendapat menurut hukum dari 75 ulama Sunni unggul dari bahagian berbeza dalam dunia Islam berkenaan kebolehan bertawassul di makam Nabi Muhammad (saw). Beliau menulis:

Pada pendapat kami dan guru-guru kami, ziarah ke makam Penghulu segala Rasul (semoga jiwaku dikorbankan deminya) adalah kedekatan yang paling dimuliakan, rahmat yang paling penting dan perantaraan (wasilah) yang paling hebat untuk mencapai kedudukan yang tinggi. Boleh dikatakan ianya adalah satu suruhan hampir kepada tahap diwajibkan, walaupun ianya memerlukan perjalanan yang bermasalah untuk melakukannya dan tidak terdapat pilihan lain melainkan berusaha dengan hidup dan kekayaan. Tawassul kepada nabi-nabi, wali-wali Allah, orang-orang alim, mereka yang syahid dan mereka yang benar semasa berdoa, sama ada semasa hayat mereka atau selepas pemergian mereka, adalah dibolehkan dengan cara berikut:

Allahumma inni atawassalu ilayka bi-fulan an tujiba da’wati wa taqdia hajati.

(Ya Allah! Aku memohon kepada Mu melalui perantaraan si fulan dan si fulan, terimalah doaku dan kabulkanlah hajatku)
‘Aqa’id Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah fi radd al-Wahhabiyyah wa al-Bid’ah’ diterjemahkan kepada bahasa Parsi oleh ‘Abd al-Rahman Sarbazi’ m/s 86

Point 9. Doa Ulama Deobandi – mencari ilmu melalui Imam ‘Ali (as)

Sekarang kami akan menyebut berkenaan doa yang digunakan Hanafi/Deobandi dari benua kecil India

Doa ini boleh didapati dalam teks-teks berikut oleh ulama-ulama unggul Hanafi:

  1. Ashraf Ali Thanvi dalam bukunya Sharh Ahfaq “Taleem al Deen” m/s 171 (Dar al Ishat Publishers, Karachi.
  2. Maulana Haji Imdadallah Muhajr Makki dalam “Irshad Murshid m/s 13 dicetak oleh Ashrafeeya Deobandia Publishers).
  3. Maulana Husayn Ahmad Madani dalam “Silasil Tayibba” m/s 14 (Dicetak oleh Dar al Islameeya, Anarkali, Lahore)

Kesemua tiga ulama tersebut telah menganggap bahawa adalah dibolehkan untuk memohon pertolongan melalui Imam ‘Ali disebabkan kedudukannya sebagai Hadi (pembimbing), sehingga ketiga-tiga mereka telah merekodkan doa berikut dalam buku-buku mereka:

“Oh buanglah kebodohan dari kami, dan cerahkan kami dengan realiti dan ilmu, melalui ‘Ali, Pembimbing Ilmu Mu yang benar”.

Point 10. Doa seorang ulama Hanafi untuk mendapatkan Wilayath (penguasaan) dengan bantuan Imam ‘Ali (as)

Qadhi Thana’ullah Panee Pathee adalah seorang ulama Hanafi klasik, yang menulis dalam bidang yang luas termasuklah Fiqah, falsafah dan tawassaf. Hasil kerjanya yang paling dikenali adalah Tafseer Mazhari. Dalam ulasannya berkenaan Surah Al-Imran Jilid 2 m/s 140, beliau merekodkan doa berikut:

“Hati dan pusat petunjuk terhadap keajaiban adalah Hadhrath ‘Ali (semoga Allah menjelaskan mukanya). Di kalangan Ummah, sama ada dahulu atau sekarang tiada siapa yang dapat mencapai kedudukan Wilayath tanpa bantuan jiwa ‘Ali, kedudukan ini hanya boleh dituntut oleh para Imam, keturunan ‘Ali sehingalah kepada Hasan al Askari”
Tafseer Mazhari Surah Aal-e-Imran, Jilid 2 m/s 140).

Sekarang soalan kami senang sahaja adakah Imam Malik, Ghazzali, Nawawi, Thanvi, Thana’ullua, bukan Sunni Muslim? Tanpa ragu-ragu mereka adalah Sunni Muslim, mereka adalah Sunni Muslim yang unggul malahan Imam dalam Fiqah yang mengesahkan perbuatan tawassul. Jika begitu halnya maka bagaimana pula mereka yang mengatakan memohon pertolongan selain daripada Allah (swt) adalah haram dan bukanlah perbuatan Sunni Muslim?

Amalan Syiah dalam bertawassul

Point 1.

Dari sudut pandangan Syiah, tugas pertama, dan yang paling penting bagi Nabi (saw) dan para Imam (as) adalah untuk menjadi hamba Allah yang sebenar dan menyembah-Nya. Syiah tidak mempercayai bahawa Nabi dan para Imam diciptakan semata-mata untuk membantu atau melayan kami, tetapi mereka diciptakan untuk berkhidmat untuk Allah sebagai hamba yang taat. Hampir dalam semua doa Syiah merujuk Nabi dan para Imam sebagai “abdullah” – abdi Allah – dan mengaku bahawa mereka mengabdikan diri mereka kepada Allah serta keinginan-Nya pada setiap masa. Juga, menyembah Allah boleh dicapai dengan membantu yang lain, dan juga memberi Nabi dan para Imam kedudukan yang istimewa berkenaan hal ini seperti “maqaam al-mahmoud” (hampir semua pengulas al-Quran Sunni merujuknya sebagai posisi Syafa’at, lihat ulasan seperti Aalusi, untuk ayat (48/baqarah)).

Syiah mengetahui dengan jelasnya, bahawa jika mereka menggunakan Nabi dan keturunannya sebagai “tawassul”, Allah (swt) jualah yang menentukan sama ada untuk memakbulkannya atau tidak. Akan tetapi, kehadiran Wasilah dapat mempercepatkan proses tersebut. Dalam Surah Al-Anfal dalam al-Quran, apabila Nabi (saw) bersemuka dengan tuduhan dari golongan Kuffar berkenaan al-Quran, Allah berfirman:

“Dan Allah tidak sekali-kali akan menyeksa mereka, sedang engkau (wahai Muhammad) ada di antara mereka; dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedang mereka beristighfar (meminta ampun).” (8:33)

Ibn Hajar al-Makki berkata dalam Sawa-iq al Muhriqah nya bahawa ayat ini merujuk kepada kepujian dan keistimewaan Ahlul Bayt.

Ibn Hajar, Sawa-iq al Muhriqah, jilid 11, dalam ulasan ayat 33 Surah 8

Secara dasarnya adalah difahami bahawa golongan Kuffar patut menerima hukuman, tetapi hukuman mereka ditangguhkan disebabkan kehadiran Nabi Muhammad. Kehadiran Nabi Muhammad (saw) di kalangan manusia adalah satu rahmat dari Allah untuk hamba-Nya, sama ada mereka Muslim, atau tidak. Seperti yang telah difirmankan oleh Allah (swt) dalam al-Quran mengenai Nabi Muhammad, “Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.” (21:107)

Point 2. Hadhrath Adam (as) melakukan tawassul melalui Ahlul bayt (as)

Teks dari Ahlul Sunnah juga mengesahkan bahawa Nabi Adam membuat tawassul dengan memanggil Ahlul Bayt (as). Mereka mengesahkan hal ini dalam ulasannya berkenaan ayat berikut:

“Kemudian Nabi Adam menerima dari Tuhannya beberapa kalimah (kata-kata pengakuan taubat yang diamalkannya), lalu Allah menerima taubatnya; sesungguhnya Allah, Dia lah yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani.” (Surah Baqarah ayat 37)

Berkenaan hal ini kami akan menyebut dua riwayat dari Tafseer Durre Manthur, oleh Imam Ahlul Sunnah al Hafidh Jaladeen Suyuti:

“Hadhrath ‘Ali meriwayatkan bahawa beliau bertanya kepada Rasulullah, ‘Kata-kata apakah yang Allah (swt) ajarkan kepada Adam. Baginda (saw) menjawab ‘Ya Allah aku memohon keampunan melalui Muhammad dan keluarganya”.

“Ibn al Najjar meriwayatkan bahawa Ibn Abbas bertanya kepada Rasulullah (saw) berkaitan dengan hal di atas, dan Rasulullah (saw) berkata, Adam menyampaikan “Melalui Muhammad, ‘Ali, Fatima, Hasan dan Husain, terimalah taubatku. Allah (swt) kemudiannya menerima taubat baginda”.
Tafseer Durre Manthur Jilid 1 m/s 60-61 oleh Imam Ahlul Sunnah al Hafidh Jaladeen Suyuti

Imam Ahlul Sunnah Mahmud Abdul Rauf juga merekodkan ini di atas autoriti Ibn Abbas dalam bukunya:
Sayyadtun Nisa il’ Jana m/s 87

…dan juga Ibn Maghazli dalam:
Manaqib Ameer’ul Momineen m/s 59

Ulama Hanafi moden Allamah Saim Chisti dalam hasil kerjanya yang ulung berkenaan riwayat hidup Imam ‘Ali (as) dipanggil Mushkil Kashah – Jilid 2 m/s 310-317 juga bersetuju bahawa Nabi Adam (as) mencari keselamatan melalui personaliti-personaliti ini dan sebagai bukti beliau menyebut beberapa sumber Sunni seperti Tafseer Durre Manthur, Manaqib oleh Ibn Maghazli, Jazhb al Kulub m/s 338 oleh ulama hadis terkenal dari India Shah Abdul Haqq Dehlavi, Ya Nabi al mawaddah Jilid 1 m/s 97, dan Nazathul Majalis oleh Abdul Rahman Safree Jilid 2 m/s 228.

Bukti Tawassul/perantaraan melalui Sunnah Nabi

Ianya telah diriwayatkan oleh Ahmad dalam Musnadnya, Abu Dawud dalam Sunannya, dan al-Nasa’I dalam Sunan mereka, Nabi berkata kepada al-Firasi, berkenaan meminta daripada orang:
“Jika kamu benar-benar perlu meminta daripada orang, maka mintalah dari mereka yang benar”.

dalam kunta la budda sa’ilan fas’al al-salihin.

Diriwayatkan oleh Ahmad dalam Musnad, Abu Dawud, dan al-Nasa’i dalam Sunan mereka. al-Dhahabi berkata: “Rantaiannya adalah bagus” (isnaduhu salih).
Lihat Dhahabi, Mu`jam al-shuyukh (Ta’if: maktabat al-siddiq, 1408/1988) 2:420 (#1028).

Riwayat autentik ini menjelaskan dengan ringkas kebolehan untuk bertawassul. Nabi bukan sahaja tidak mencela tawassul, malah memberi tunjuk arah kepada siapa individu tersebut perlu membuat tawassul.

Perantaraan kepada Nabi Muhammad sebelum ciptaan fizikal Baginda:

Ianya telah dicatat dalam Mustadrak al Hakim, diriwayatkan oleh Umar ibn al khattab bahawa: “Apabila Nabi Adam (as) membuat kesilapan dan menjadi (tarkal owla) baginda menghadap ke arah langit dan berkata: Ya Allah aku bersumpah kepada Muhammad (saw) supaya kamu mengampunkan aku. Allah memberitahunya: Bagaimana kamu mengetahui Muhammad (saw) sebelum aku menciptanya? Adam (as) berkata: Ya Allah! Apabila kamu menciptakanku dengan tanganMu dan berikan kepadaku roh istimewaMu dalam badanku, aku mengangkat kepalaku dan ternampak pada dasar langit telah tertulis “la ilaha illallah, Muhammad rasulullah” Tiada tuhan selain Allah dan Muhammad adalah pesuruh Allah. Dan aku tahu bahawa Engkau tidak menemani namaMu dengan yang lain, melainkan Engkau menyayanginya lebih dari sesiapa pun. Allah (swt) berkata, “(Sesungguhnya) kamu telah mengatakan kebenaran! Aku menyayanginya lebih dari semua ciptaanku. Dan sekarang (bahawa) kamu telah bersumpah kepadanya, Aku ampunkan engkau. Kerana jika tidak ada Muhammad, Aku tidak akan menciptakan kamu.”

1. Mustadrak al Hakim, Book of History, End of the Book of Al-Ba3ath, Vol. 2, p. 615;
2. Majma al-Zawa’ed, vol. 8, p. 253;
3. Dan diriwayatkan dari Tabarani dalam Al-Nosra muraghi p. 113-114

Perantaraan kepada Nabi semasa hayat Baginda:

HADIS MENGENAI SEORANG LELAKI BUTA

Bukhari, Tirmidhi, dan ramai yang lain mengaitkan, melalui rantaian periwayat mereka dari ‘Uthman ibn Hunayf, bahawa seorang lelaki buta mendatangi Rasulullah (saw) dan berkata, “Aku telah menderita mengenai penglihatanku, maka tolonglah doakan kepada Allah untuk ku.” Rasulullah (saw) berkata: “Pergilah ambil wuduk, lakukan solat dua rakaat, dan kemudian katakan:

“Ya Allah, Aku memohon kepadaMu dan berserah kepadaMu melalui Nabi Muhammad ku, Nabi yang dirahmati; Ya Muhammad, aku mencari perantaraanmu dengan Tuhanku untuk mengembalikan penglihatanku [dan dalam versi yang lain: “untuk keperluanku, semoga ianya dapat dimakbulkan. Ya Allah, izinkanlah baginda pengantaraan untukku”].” Rasulullah (saw) menambah, “Dan jika terdapat sebarang keperluan, lakukan yang serupa.”

Hadis ini telah direkodkan oleh Bukhari dalam “al-Tarikh al-kabir” nya , Ahmad (4:138 #17246-17247), Tirmidhi (hasan sahih gharib — Da`awat Ch. 119), Nasa’i (`Amal al-yawm wa al-laylat p. 417-418 #658-660), al-Hakim (1:313, 1:526), Tabarani dalam al-Kabir, dan dengan rapi mengesahkan sebagai sahih oleh hampir lima belas pakar hadis termasuk Ibn Hajar, Dhahabi, Shawkani, dan Ibn Taymiyya.] oleh Ibn Majah Sunannya (Buku Iqamat al-salat wa al-sunnat, Ch. pada Salat al-hajat #1385), dimana beliau berkata ianya dengan rapi disahkan (SAHIH), oleh Nasa’i dalam “Amal al-yawm wa al-layla”, oleh Abu Nu’aym dalam “Ma’rifa al-Sahaba”, oleh Baihaqi dalam “Dala’il al-nubuwwa”, oleh Mundhiri dalam “al-Targhib wa al-tahrib”, oleh Haythami dalam “Majma’ al zawa’id wa manba’ al-fawa’id”, oleh Tabarani dalam “al-Mu’jam al-kabir”, oleh Ibn Khuzayma dalam “Sahih” nya, dan oleh yang lain. Hampir 15 pakar hadis telah mengesahkan bahawa hadis ini Sahih.

Riwayat autentik (Sahih) ini membuktikan sahnya “tawassul” melalui individu yang hidup.

Jika tawassul adalah syirik, atau jika terdapat sebarang kecurigaan mengenai syirik didalamnya, Nabi (saw) tidak akan mengajarnya kepada lelaki buta tersebut apabila dia meminta baginda untuk berdoa kepada Allah untuknya, namun kebenarannya baginda mengajar lelaki tersebut untuk membuat “tawassul” kepada Allah melalui baginda. Setakat ini kami telah tunjukkan tawassul kepada Nabi Muhammad (saw) sebelum baginda diciptakan dan semasa hayatnya.

Imam Ahl’ul Sunnah Alusi al-Baghdadi memetik kata-kata Ibn ‘Abd al-Salam bahawa “adalah dibolehkan untuk berdoa kepada Allah atas sebab Nabi (saw), kerana Nabi Muhammad (saw) adalah pemimpin kepada anak-anak Adam”. Alusi menyimpulkan bahawa tawassul adalah dibolehkan dan untuk menyokong kenyataannya beliau memetik kata-kata di atas dan berkata:

“Tiada halangan dalam membuat tawassul kepada Tuhan dengan menggunakan kemuliaan (jah) dan pangkat ketinggian Nabi (saw), sama ada semasa hayatnya atau selepas kewafatannya, kerana kemuliaan disini merujuk kepada sifat yang mana adalah salah satu daripada sifat Allah Maha Besar…tawassul melalui kemuliaan seseorang individu selain Nabi (saw) juga adalah dibolehkan, asalkan individu yang dianggap sebagai wasilah tersebut mempunyai ketinggian dan tempat kemuliaan disisi Allah.”
(Tafsir Ruh al-Ma’ani, vol. 6, m/s 128)

Khalifah kedua akan berpaling kepada Abbas sebagai wasila supaya hujan

Ianya telah diriwayatkan dalam Sahih al Bukhari oleh Anas, “Setiap kali kemarau mengancam mereka, ‘Umar bin Al-Khattab, pernah meminta Al-Abbas bin ‘Abdul Muttalib untuk berdoa kepada Allah supaya hujan. Beliau pernah berkata,

“Ya Allah! Kami biasa meminta Nabi untuk berdoa kepada-Mu supaya hujan, dan Engkau akan berkati kami dengan hujan, dan sekarang kami meminta bapa saudara baginda untuk berdoa kepada-Mu supaya hujan. Ya Allah! Berkatilah kami dengan hujan.” Dan oleh itu hujan akan turun.
Sahih al Bukhari Jilid 2, Buku 17, Nombor 123 Tajuk “Istisqaa”, Diriwayatkan oleh Anas.

ULASAN:

Mengapa khifah kedua berpaling kepada Abbas sebagai Wasila? Mengapa beliau tidak meminta kepada Allah (swt) secara terus supaya hujan? Mengapa beliau meletakkan tanggungjawab ini terhadap Abbas? Umar juga mengaku bahawa para Sahabat akan meminta Rasulullah (saw) untuk berdoa supaya hujan “Kami biasa meminta Nabi untuk berdoa kepada-Mu supaya hujan” – mengapa mereka tidak memohon kepada Allah sendiri? Adakah Rasulullah (saw) menegur mereka dan menyuruh mereka untuk berdoa SECARA TERUS kepada Allah (swt)?

Tawassul kepada Nabi selepas kewafatannya

Sekarang kami akan menyebut berkenaan bukti tawassul terhadap Nabi selepas kewafatannya. Apa yang dibuktikan oleh perbezaan situasi masa adalah, jika Nabi dan ahlul bayt-nya dapat memberi perantaraan kepada seseorang, ianya hanyalah kerana Allah (swt) telah mengizinkannya serta menyuruh hamba-Nya untuk melakukannya. Tawassul dalam bentuk dimana Allah telah menyuruhnya, sesungguhnya adalah satu lagi ujian buat hamba-Nya, di mana sesetengah menolaknya dan sesetengah lagi mempercayainya.

HADIS LELAKI YANG MEMERLUKAN

Tambahan pula, Tabarani, dalam “al-Mu’jam al saghir” nya, melaporkan sebuah hadis dari ‘Uthman ibn Hunayf bahawa:

seorang lelaki berulang kali mengunjungi ‘Uthman ibn ‘Affan (RA) berkenaan sesuatu yang diperlukannya, tetapi ‘Uthman tidak memberi perhatian terhadap individu tersebut atau keperluannya. Lelaki tersebut berjumpa dengan Ibn Hunayf dan mengadu kepadanya mengenai hal tersebut – ini berlaku selepas wafatnya (wisal) Nabi Muhammad (saw) dan selepas zaman khalifah Abu Bakar dan Umar – maka ‘Uthman ibn Hunayf, salah seorang daripada para sahabat yang mengumpul hadis dan menuntut ilmu dalam agama Allah berkata: “Pergi ke tempat berwuduk dan ambil wuduk, kemudian pergi ke masjid, laksanakan solat dua rakaat, dan katakan:

“Ya Allah, Aku memohon kepadaMu dan berserah kepadaMu melalui Nabi Muhammad kami, Nabi yang dirahmati; Ya Muhammad, aku berserah melalui mu kepada Tuhanku, semoga Allah memakbulkan hajatku,’

“dan katakan hajat kamu. Kemudian datang kepadaku supaya aku dapat pergi bersama kamu [kepada Khalifah ‘Uthman].”

Maka lelaki tersebut beransur pergi dan melakukan seperti mana yang disuruh, kemudian pergi ke pintu ‘Uthman ibn ‘Affan (RA), dan penjaga pintu mendatanginya, menyambutnya dengan tangan, membawanya kepada ‘Uthman ibn ‘Affan dan mendudukkan lelaki tersebut di sebelah ‘Uthman di atas sebuah kusyen. ‘Uthman bertanya, “Apa yang kamu perlukan?” dan lelaki tersebut memberitahu apa yang dia inginkan, dan ‘Uthman menyempurnakannya untuk lelaki tersebut dan kemudian dia berkata, “Aku tidak ingat tentang keperluanmu sehinggalah baru sebentar tadi,” menambah, “Apabila kamu perlukan sesuatu, katakan sahaja.” Kemudian lelaki tersebut beransur pergi, berjumpa dengan ‘Uthman ibn Hunayf dan berkata kepadanya, “Semoga Allah membalas jasa kamu! Dia tidak nampak mengenai keperluanku atau memberi perhatian kepadaku sehinggalah kamu bercakap dengannya.” ‘Uthman ibn Hunayf menjawab, “Demi Allah, aku tidak bercakap dengannya, tetapi aku pernah melihat seorang lelaki buta mendatangi Rasul Allah (saw) dan mengeluh kepada baginda mengenai penglihatannya yang hilang. Nabi (saw) berkata, ‘Apakah kamu tidak mampu menahannya?’ dan lelaki tersebut menjawab, ‘Wahai Rasul Allah, aku tidak mempunyai sesiapa untuk membawa ku ke mana-mana, dan ianya adalah sesuatu yang sukar buatku.’ Nabi (saw) berkata kepadanya, ‘Pergi ke tempat berwuduk dan ambil wuduk, kemudian solat dua rakaat dan lakukan doa ini.’ ” Ibn Hunafy menyambung, “Demi Allah, kami tidak berpisah atau bercakap panjang sebelum lelaki tersebut kembali kepada kami seperti tiada apa yang tidak kena dengannya.”
Tabarani, dalam “al-Mu’jam al saghir” nya,

Ini adalah teks yang jelas, nyata dari seorang Sahabat Rasulullah membuktikan kebolehan untuk bertawassul melalui yang telah meninggal. Ianya telah diklasifikasikan sebagai autentik (SAHIH) oleh Baihaqi, Mundhiri, and Haythami.

al-Hafiz Ibn al-Jawzi mengaitkan dalam Kitab al-Wafa, (al-hafiz)
Abu Bakr al-Minqari berkata: Aku bersama dengan (al-hafiz) al-Tabarani dan (al-hafiz) Abu al-Shaykh dalam Masjid Nabi, dalam sedikit kesusahan. Kami menjadi sangat lapar. Pada hari tersebut dan hari esoknya kami tidak makan. Apabila masanya untuk isyak, aku mendatangi Makam Rasulullah dan aku berkata: “Wahai Pesuruh Allah, kami lapar, kami lapar” (ya rasullallah al-ju` al-ju`)! Kemudian aku pergi. Abu al-Shaykh berkata kepada aku: Duduk. Sama ada akan terdapat makanan untuk kita, atau mati. Aku tidur dan Abu al-Shaykh tidur. Al-Tabarani berjaga, mencari sesuatu. Kemudian seorang `Alawi (seseorang dari keturunan Ali) datang mengetuk pintu bersama dua orang budak lelaki, setiap seorang membawa bakul daun palma berisi dengan makanan. Kami duduk dan makan. Kami menyangka bahawa kanak-kanak tersebut akan mengambil kembali baki tetapi mereka meninggalkan semua dia belakang. Apabila kami selesai, `Alawi tersebut berkata: Wahai manusia, adakah kamu merungut kepada Nabi? Aku Nampak baginda dalam tidurku dan baginda menyuruhku untuk membawa sesuatu kepada kamu.

Al-Hafiz Ibn Jawzi, Kitab al Wafa, m/s 818, #1536

Maka kami menyimpulkan bahawa perantaraan terhadap Nabi dan ahlul bayt nya sama sekali tidak membawa kepada politeisme, kerana ianya adalah suruhan daripada Allah melalui al-Quran untuk “mencari jalan untuk mendekati”. Sepanjang perjalanan penyangkalan ini, sudah diperjelaskan bahawa bukan sahaja perantaraan diterima dalam Islam, tetapi juga ianya adalah perbuatan yang pernah dilakukan oleh ramai nabi dan ulama.

Article taken from http://www.answering-ansar.org
Edited and translated for easier understanding.