Dari blog saudara Nikkun, http://skrinlaptopku.blogspot.com

Bismillah, Allahumma Solli Ala Muhammad wa aali Muhammad

Pendekatan Pertama.

1. Berkenaan buku pertama, saya sendiri semasa  mengkaji buku2 ini merasakan bahawa dialog ini tidak pernah terjadi, bagaimanapun ia tidak dapat dibuktikan dengan jelas, kerana masing2 membawa hujah yang berlainna. Oleh itu sebagai pengkaji, saya lebih suka menumpukan kajian pada hujahnya, dari menumpukan kepada samaada dialog itu wujud atau tidak.

Berkenaan buku kedua, saya yakin dialog ini benar2 terjadi. Buktikan kenyataan seperti ahli keluarga salim bisri tidak mengetahui dan lain2 yang saudara bawakan itu. Jelas dari ulama-ulama al azhar sendiri menyaksikan dialog-dialog ini benar2 terjadi, sehingga menyebabkan tertubuhnya jabatan antara mazhab di Al Azhar, yang juga membawa kepada pengeluaran Fatwa oleh rektor Mahmud Shaltut, mengisytiharkan Mazhab Ahlul Bait benar untuk diikuti.

“Namun, hakikatnya, buku al-Muraja’at itu diterbitkan suku abad selepas kematian Salim al-Bisyri” adakah ini adalah hujah yang jelas untuk merendahkan kredibiliti sesuatu buku? jikalau begitu bersaksilah, bahawa Quran juga dibukukan secara lengkap pada masa Usman, 14 tahun selepas kewafatan nabi. Hadis juga dibukukan selepas hampir 200 tahun kewafatan Nabi. Jadi bolehkan kita mendhaifkan kredibiliti sesuatu buku, mengikut tarikh ia dibukukan dan dijual?

Oleh itu adalah lebih baik menumpukan kepada kandungannya, dari cuba menimbulkan syak dari segi luaran buku itu, kerana ramai juga  yang mengiktiraf kesahihannya, berbanding yang mengatakan ianya pembohongan dengan menimbulkan fakta-fakta yang diragui.(contohnya ahli keluarga Salim pun tak tahu ia berlaku dll, yang bestnya selepas 50 tahun penerbitan buku ini baru nak berbunyi itu dan ini, amat meragukan).

Dan saya pasti anda sendiri belum pernah membaca buku itu, dan hanya mendasarkan fakta dari hujah orang lain.

Pendekatan kedua

  1. Dengan menggunakan frasa “kisah benar” dalam ayat anda, seolah-olahnya ia seperti kami melakukan pembohongan. Sekali lagi saya pasti saudara mampu menggunakan akal anda untuk menilai sesuatu fakta dari menerima bulat-bulat hujah2 dari pihak lain.

Menyamakan buku “kenapa aku keluar syiah dengan buku kini aku bertemu kebenaran “ seolah-olahnya menyamakan permata dan kaca. Ini kerana buku “kenapa aku keluar dari syiah” mengemukan fakta palsu, watak imaginative serta segalanya berterabur dari segi watak-wataknya, manakala “kini aku bertemu kebenaran” pula ialah watak yang benar, serta mendasarkan dari fakta yang boleh dijadikan hujah. Contohnya tuduhan mengatakan Syiah menggalakkan homoseks, tidak boleh dibuktikan dari kitab-kitab kami yang sahih, tetapi hanya mendasarkan kepada cerita-cerita hikayat palsu, manakala tuduhan dan fakta kami seperti kisah para sahabat, ghadir, dan lain-lain, boleh dibuktikan dari buku2 kamu,sahih atau tidak masih boleh didebatkan, bagaimanapun, ia masih mampu dijadikan hujah yang boleh diterima akal.

Tentu sekali kamu tidak pernah mengenal Dr. Muhammad Tijani, seorang speaker dan aktivis Syiah terkenal, oleh itu, kamu tidak mengetahui tahap ilmunya. Kamu menyebut.. “Iaitu, sang penulis merupakan orang yang bijak pandai dalam agama, genius, pandai berhujah, diiktiraf, kemudian macam “bodoh” apabila berhujah dengan Syiah (merujuk kepada Muhammad al-Tijani). Seolah-olah watak dia dalam novel tersebut begitu pasif dalam berhujah sedangkan di awal pendahuluan bukan main berkata diiktiraf dan pandai berhujah.”

Bagaimana kamu boleh menjadi pandai berhujah apabila diberi fakta-fakta yang kukuh. Penulis sebelum mengenali syiah, contohnya menganggap Syiah membenci jibril kerana silap menghantar wahyu kepada Muhammad. Dan apabila beliau bertanya kepada orang syiah, orang syiah menafikannya, jadi masih bolehkah beliau meneruskan hujahnya?

Setiap orang mempunyai tahap keterbukaan hati yang berbeza, menerima hidayah dengan cara berbeza. Ada sesetengah orang amat susah untuk menerima hidayah Islam, dan berdebat selama puluhan tahun baru terbuka hati, manakala ada sesetengah yang lainnya, begitu mudah mendapat hidayah, kerana sesuatu ideologi itu kena dengan otak pemikirannya.

Penulis bertanya dan ulama menjawab. Penulis bertanya kenapa Syiah memukul badan, ulama menjawab ia bukan ajaran kami, dan orang yang melakukannya mungkin jahil dan mengikut emosi. Itu sudah cukup bagi orang2 yang berfikir, buat apa menegakkan benang yang basah.

Muhammad Tijani ialah seorang yang sangat terkenal di dunia arab dan dihormati lawan dan kawan. Saya pasti kejahilan kamu ini hanyalah kerana masih tidak mengenali beliau dan mengikut buta dakyah musuh2 Islam yang hanya mahu menjatuhkan lawan dengan dalil-dalil lemah. Dan saya juga pasti kamu masih tidak membaca buku-buku beliau yang lain, yang melengkapi buku pertama seperti Bertanya Kepada Yang Tahu, Bersama Orang-Orang Yang Benar dan Syiah Ialah Ahlul Sunnah Yang Sebenar.

Para ilmuan kami sentiasa mengajak kepada dialog secara aman dari dulu lagi, malangnya ia sentiasa jatuh kepada telinga yang pekak, Ayatollah Sistani umpamanya amat menggalakkan diolog ilmiah diadakan antara Sunni dan Syiah, saya sendiri juga melakukannya, malangnya, jarang sekali disambut positif, saya tidak mahu mengatakan mereka pengecut, mungkin mereka busy.

Para musuh Islam amat gelisah kerana begitu ramai gerombolan Ilmuan Sunni yang menerima Syiah sedangkan amat sedikit sekali(pada saya tiada langsung yang saya tahu) ilmuan Syiah yang menerima Sunnah. Ini ialah fakta.

Berkenaan buku satu lagi yang kamu sebutkan, maaf saya tidak pernah membacanya.

Pendekatan ketiga

Saudara berkata:

Memaparkan kisah sedih berbaur marah akibat perbuatan majoriti para sahabat selepas kewafatan Rasulullah SAW. Contohnya, kerakusan sahabat merebut jawatan Khalifah sehingga mengabaikan jenazah Rasulullah, kekecohan pelantikan Abu Bakar, tanah fadak, pelantikan Umar dan Usman, perang Jamal dan Siffin sehinggalah kes pembunuhan Ali bin Abi Talib dan anaknya Hasan dan Husin. Dan banyak lagi. Ekoran tindakan sahabat yang dinyatakan tadi, Syiah berkata tindakan sahabat tadi itulah yang membentuk mazhab Ahl Sunnah (dalam keadaan menentang nas kekhalifahan) maka Ahl Sunnah adalah salah dan mereka yang benar.

Ini ialah fakta, jadi bagaimana kamu menjawab tindakan mereka ini berdasarkan undang-undang Islam? Kamu mengambil sunnah dari mereka, jadi bagaimana?

Ahlul Sunnah juga mengatakan mereka benar dan kami salah, tetapi kami tidak pula sampai menuduh macam2 kepada saudara kami, racun la, anasir jahat la, kafir la. Nauzubillah

Pendekatan keempat.

Saudara salah apabila mengatakan kami mendiamkan hadis2 yang dinyatakan oleh saudara. Para ilmuan kami lebih mengenali selok belok buku Saudara Sunnah dari saudara Sunnah sendiri(pendapat peribadi). Malah kami sering membincangkannya, contohnya Fadail Abu Bakr, ya, tidak dapat dinafikan mereka ada berjasa kepada Islam, tapi tidak seperti saudara Sunnah kami membincangkan secara menyeluruh. Jika ada kebaikan tentang Abu Bakr, kami juga membincangkan fakta sejarah tentang ijtihad-ijtihad beliau yang salah.

Harus diingat, bahawa pendapat kami tentang hadis ialah, sebarang hadis yang elok sanadnya, tidak bercanggah dengan Quran, fakta pengetahuan Umum dan akal logik akan diterima. Kami membincangkan secara ilmiah perkara2 sedemikian, tentunya saudara masih belum pernah mengenali system masyarakat kami lagi.

Saudara berkata:

Syiah bijak dalam menghadirkan dalil-dalil Al-Quran dan Hadis. Sekali pandang kelihatan dalil tersebut amat tepat dan benar, namun disebaliknya adalah racun.

Memanglah apabila kami berhujah, kami menggunakan Quran dan hadis, kami ialah Islam. Apakah saudara expect kami akan bawa hadis dari bible? Tidak, yang menjadi racun apabila hujah kami tidak mahu diterima dan dibincang atau gagal dijawab secara memuaskan hati. Perpecahan dalam Islam memang adalah disebabkan pandangan yang berbeza tentang dalil-dalil Naqli. Jadi sekarang kamu mengatakan kami membawa racun dengan membawa pandangan kami yang berbeza? Walaupun masih kami bawa dari Quran dan Hadis?

Jika semua umat Islam itu mempunyai pandangan yang sama ttg dalil2 dari Quran dan hadis, maka tidak wujudlah Syafie, maliki, hanbali, hanafi, wahabi, sufi dan ayah pin.

Dan ingin juga saya ingatkan, penggunaan perkataan racun membawa bau permusuhan, kerana kami tidak pernah menggunakan perkataan sebegini kepada saudara Ahlul Sunnah.

Saudara juga menulis:

Jika seseorang itu merujuk kepada guru yang betul (guru Ahl Sunnah), maka tidaklah dia terpengaruh dengan sebarang dakyah.

Adakah kamu menyangka kami yang menerima syiah ini tidak pernah merujuk? Satu pernyataan yang tidak berlandaskan fakta dan akal. Dalam kes saya, ratusan telah saya rujuk, malah kami pernah dipanggil oleh jabatan agama Islam. Kami juga membuat permohonan untuk berdialog dengan Mufti, tetapi sudah tentu ditolak. Tidak ada satu hujah yang boleh meyakinkan saya sebaliknya. JIka ada, maka silalah berikan kepada saya, dan betulkan saya dari jalan yang salah kerana ini ialah tugas kamu sebagai saudara saya dalam Islam, jika tidak, kamu akan dipertanggungjawabkan dihadapan Allah swt.

Alhamdulillah, kerana saya merujuk kepada guru yang “betul”, saya kini syiah.

Saudara kata ingin menulis tentang

  • Ayat al-Tath-hir
  • Ayat al-Wilayah
  • Ayat al-Mawaddah
  • Ayat al-Tabligh
  • Ayat al-Mubahalah
  • Ayat al-Selawat

Saya tidak sabar menunggu hujah yang akan diberikan saudara, walaupun InsyaAllah, saya sudah pun mengetahuinya, kerana saya sudah merujuk hampir semua laman anti syiah. Maka bolehlah kita meneruskan diskusi, itupun jika saudara tidak keberatan dan masih menganggap saya        sebagai saudara. Saya tunggu kerana saudara sudah berjanji hari tu.

Akhir kata, suka saya akhiri dengan firman Allah:

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.(49:12)

Saya mohon maaf atas segala kekasaran bahasa. Salam alaika ya akhi