Terlalu banyak fitnah yang telah disebar terhadap ajaran mazhab Ahlulbait dan pengikutnya, bagi merendahkan, menjatuhkan dan memalukan manusia yang memilih jalan ini sebagai tujuan hidupnya. Ini membuktikan bahawa tangan-tangan syaitan sememangnya wujud dalam usaha ini. Suatu masa dahulu, syaitan laknatullah telah bersumpah di hadapan tuhannya untuk menghalang manusia dari berada di Siratal Mustaqim, dan ini adalah buktinya.

Musuh-musuh Islam mengunakan berbagai-bagai cara untuk menjatuhkan Syiah dari sebodoh-bodoh hujah yang menggelikan hati, sehinggalah memutarbelitkan fakta-fakta ilmiah yang haq. Apa sahaja cara mereka sanggup gunakan demi mempertahankan apa yang mereka rasa benar, tanpa menggunakan Iman dan akal mereka.

Di sini saya ingin membetulkan sedikit secara ringkas dari ribuan fitnah terhadap Syiah, dimana point-pointnya boleh menjawab ribuan lagi.

1. Syiah mempercayai Quran yang berbeza. Ini adalah satu fitnah besar, di mana musuh-musuh Islam kerap mengambil hadis-hadis dhaif Syiah yang mengatakan Quran telah diubah, ayat Quran hilang dan lain-lain. Perlu juga saya nyatakan bahawa hadis tentang tahrf Al Quran juga terdapat dari sumber hadis Ahlul Sunnah, tetapi kami tidak pernah menggunakannya untuk mengkafirkan saudara kami dari Ahlul Sunnah? Cara senang untuk membuktikan perkara ini ialah pergi saja ke tempat-tempat masyarakat syiah dan pinjam Al Quran mereka. Habis cerita. Hujah ini lawak.

2. Syiah mempercayai wahyu tersilap turun kepada Muhammad, yang mana sepatutnya ia turun kepada Ali. Juga melibatkan Syiah membenci jibril kerana kesilapan ini. Wow, semasa Nabi menerima wahyu, umur Imam Ali baru mahu mencecah remaja. Ini adalah satu hujah yang menentang akal dan kebudak-budakan. Ini juga seolah-oleh merendahkan kekuasaan Tuhan dan pembawa wahyunya, Jibril, kerana boleh tersilap cam penerima wahyu. Adakah Allah swt tidak mampu menarik balik wahyu yang tersilap hantar? Bagaimana pula dengan ribuan ayat Quran yang menunjukkan Muhammad itu Rasulullah? Dalam azan dan syahadah kami juga menyebut perkara serupa. jadi apakah dasar untuk hujah ini? Tiada. Maka saya mengredkan hujah ini kepada lawak.

3. Golongan musuh-musuh Islam ini kerap kali menggunakan hadis-hadis dhaif Syiah sebagai hujah ke atas Syiah. Mereka melakukan perkara ini bagi memperdaya orang-orang kebanyakan yang jahil untuk mempercayai bahawa yang dhaif itu ialah sebahagian dari kepercayaan dan ajaran mazhab syiah. Jarang sekali penulis-penulis mereka ingin menyelidiki terlebih dahulu gred hadis itu, kerana suka dan berniat jahat ke atas Mazhab ini. Selain menggunakan hadis dhaif Syiah sebagai hujah, mereka juga kerap meriwayatkannya luar dari konteks yang sudah jelas bagi memutar belit fakta. Tindakan mereka ini jahil.

4. Golongan ini juga kerap memusing fakta dan nas yang jelas kerana takut untuk menghadapi kenyataan dan kebenaran hujah Syiah. Sehingga kita mendapati banyak hujah-hujah mereka tidak logik dan menyimpan serta kebudak-budakan. Contohnya Hadis Tsaqalain, telah jelas bahawa melalui hadis yang mutawattir ini bahawa Rasulullah meninggal 2 benda berat untuk kita pegang, yang mana kita tidak akan sesat selagi kita mengikuti keduanya. Dalil ini jelas dan simple serta tidak perlu ditakwilkan lagi. Ambil secara direct sahaja sudah cukup. Bagaimanapun golongan ini, yang fanatik mazhab dan pengecut terhadap kebenaran, tidak mahu menerimanya, maka terpaksalah mereka menakwilkan hadis yang simple ini ke makna yang lain, seperti rasulullah mahu kita menjaga keluarganya la, dhaif la dan lain-lain. Cara mereka yang terdesak ini, bukan sahaja bercanggah dengan pendapat ulama-ulama silam, malah, sedih.

5. Syiah mengkafirkan semua sahabat. Atau hujah lain, Syiah mengkafirkan Abu Bakr, Umar, Usman dan lain-lain. Ini adalah satu hujah yang salah untuk meng”diskreditkan” Syiah.

6. Syiah menganggap saudara Sunnah kafir, atau tidak berada di jalan yang benar, atau ibadah mereka tidak diterima oleh Allah swt.

7. Syiah membenarkan homoseksual. Nauzubillah.

Dan senarai ini tak pernah habis, tetapi ini antara yang paling major antara tuduhan-tuduhan mereka. Semoga Allah membuka hati orang yang jahil dan mengazab orang yang berniat jahat jika tidak bertaubat, Salam ke atas semua.