Rasa cinta kepada Ahlulbait ialah wajib, seperti yang diarahkan di dalam Quran. Setiap Muslim bersetuju dengannya. Bagaimanapun, perselisihan yang timbul ialah berkaitan tentang siapa yang dimasukkan di dalam Ahlulbait Rasulullah, yang merupakan kerabat yang rapat dengan beliau. Waris Nabi terbahagi kepada 3 jenis, itu mereka yang mempunyai Hikmah(ketinggian ilmu pengetahuan), Ismah(maksum) dan Qutbiyat Batiniyah(kebersihan batin), mereka itulah Ahlulbait nabi. At-Tafhimatu l-Iahiyah Volume 2 page 14

Di dapati di sini, mengikut Shah Waliyullah, Ahlulbait Rasulullah sepatutnya mepunyai pengetahuan tinggi, kemaksuman dan kebersihan rohani. Dengan kata lain, Ahlulbait Rasul ialah orang yang paling rapat dengan Rasulullah(sawa) dan mempunyai kemuliaan yang sama dengan Nabi kita yang dirahmati. Seperti yang kita ketahui, kaum Muslimin telah diarahkan untuk menyayangi orang terdekat Rasulullah seperti yang kita bincangkan di dalam artikel Tawalla dan Tabarra. (Limpah kurnia yang besar) itulah yang Allah gembirakan (dengannya): hamba-hambaNya yang beriman dan beramal soleh.

Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah tentang ajaran Islam yang aku sampaikan itu, hanyalah kasih mesra terhadap keluarga ku.” Quran [42:23]

Dengan mengambil kira bahawa arahan ini ialah dari Allah swt, maka cinta ini haruslah cinta yang tidak bersyarat. Juga, dengan mengambil kira keadilan Allah swt, Dia tidak menyukai orang-orang yang menzalimi orang lain dan diri sendiri, oleh itu orang-orang yang disuruh kepada kita untuk dicintai juga haruslah terdiri daripada orang-orang yang adil, kerana jika mereka ialah orang-orang yang zalim, pelaku dosa, berniat jahat dan melanggar arahan Nabi(sawa) dan undang-undang Islam, rasa cinta kepada mereka akan menjadi tiada makna. Oleh itu dapatlah saya simpulkan bahawa kita sepatutnya mencintai orang yang dicintai Allah dan membenci mereka yang mendapat kemurkaan Allah dan rasulnya. Seperti yang kita ketahui Ayatul Tathir, telah diturunkan untuk Ahlulbait.

إِنَّمَا يُرِيدُ ٱللَّهُ لِيُذۡهِبَ عَنڪُمُ ٱلرِّجۡسَ أَهۡلَ ٱلۡبَيۡتِ وَيُطَهِّرَكُمۡ تَطۡهِيرً۬ا

Sesungguhnya Allah  hanyalah hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kalian – wahai “AhlulBait” dan hendak membersihkan kalian sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji).                                                                                                             Quran [33:33]

Mengikut ayat diatas, Allah swt telah menyatakan hasratnya untuk mengekalkan Ahlil Bait dalam keadaan suci dan tanpa dosa. (maksum). Dan apa sahaja yang Allah swt hasratkan, pasti menjadi kenyataan, seperti yang disebutkan didalam Al-Quran dalam Surah An-Nahl.

إِنَّمَا قَوۡلُنَا لِشَىۡءٍ إِذَآ أَرَدۡنَـٰهُ أَن نَّقُولَ لَهُ ۥ كُن فَيَكُونُ

“Hanya perkataan kami kepada sesuatu, apabila kami kehendaki, bahwa kami katakan kepadanya, Jadilah engkau,maka jadilah ia” (16:40)

Sesetengah orang berhujah bahawa Allah hanya mengkehendaki, dan masih belum melakukannya. Hujah ini jelas digunakan oleh orang yang merendahkan kuasa keinginan Allah swt dan membandingkan ia dengan keinginan manusia. Jelas dari Quran, bahawa apabila Allah swt menginginkan sesuatu, maka pasti akan terjadi, ini kerana kemampuanNya tiada batasan. Dan apabila kita samakan kemampuan Allah dengan kemampuan manusia, maka kecillah kuasa Allah pada pandangan kita. Jika saya mahu memiliki kereta mercedes, maka dengan kemampuan saya sekarang, saya tidak boleh memilikinya, kerana terdapat halangan dari segi kewangan.

Bagaimanapula dengan orang yang kaya, bilionaire, sudah tentu tiada halangan untuk beliau memilikinya apabila beliau berkehendak untuk membelinya. Apakah yang kamu fikirkan menghalang Allah dari mensucikan Ahlulbait apabila Dia mengkehendakinya? Mungkinkah kerana dosa yang bakal mereka lakukan? atau Allah mengubah fikirannya secara tiba-tiba? Nauzubillah, haram Allah dari sifat-sifat lemah seperti itu di dalam Asmanya. Dan oleh itu kita dapat lah simpulkan dari ayat di atas bahawa Ahlulbait di sucikan dari Al Rijs, dan merupakan bukti kemaksuman mereka. Kesimpulan yang dapat kita buat setakat ini ialah:

  • Ahlulbait berkongsi kemuliaan yang sama dengan Rasulullah(SA)
  • Ahlulbait tidak akan terlibat dengan ketidakadilan
  • Ahlulbait disayangi Allah, Rasulnya dan oleh itu, mereka sepatutnya disayangi kita.
  • Ahlulbait ialah orang-orang terdekat Rasulullah
  • Ahlulbait disucikan dari segala al-rijs, yang menjadi bukti kemaksuman mereka.

Yang menjadi perbezaan diantara mazhab yang berlainan di dalam Islam ialah siapakah yang sebenarnya tergolong di dalam kumpulan Ahlulbait ini. Ada yang mengatakan isteri-isteri Nabi ialah sebab utama ayat ini diturunkan, manakala mereka yang lain tergolong secara pengkhususan. Tetapi, jika isteri-isteri baginda tergolong sebagai Ahlulbait, maka, kerabat baginda akan menjadi lebih layak lagi untuk tergolong dalam kumpulan ini.

Ibn Jarir meriwayatkan Safiyyah bint Shaybah berkata: Aisyah(ra) berkata: “Nabi keluar pada satu hari memakai kain jubah dari kulit unta hitam. Al Hassan datang dan baginda menutupi beliau dengan kainnya. Kemudian Al Hussain datang, dan baginda menutupi beliau dengan kainnya. Kemudian Fatimah(as) datang dan baginda menutupi beliau dengan kainnya. Dan akhirnya Ali(as) datang dan baginda menutupi beliau juga dengan kainnya. Kemudian baginda berkata, “Allah hanya mahukan untuk menyucikan kamu dari Ar-Rijs wahai Ahlulbait, dan membersihkan kamu dengan sebersih-bersih penyucian.(Tafsir ibn Kathir, klik link ini untuk rujukan yang di scan, Tafsir Ibn Kathir, Tafsir of Surah 33, Verse 33) Juga diriwayatkan secara mutawattir dalam buku-buku hadis lain dan dikenali sebagai hadis Al Kisa.

Isu ini akan dibincangkan dengan lebih detail dalam artikel berkaitan ayat ini.  Oleh itu secara keseluruhannya, mengikut Sunni, Ahlulbait itu ialah:

  • Ali ibne Abu Talib
  • Fatima Zahra binte Muhammad (SAW)
  • Hassan ibne Ali Ibne Abu Talib
  • Hussain Ibne Ali Ibne Abu Talib
  • Kesemua 11(atau 9 mengikut sumber lain) isteri Nabi

Sekarang kita mempunyai 2 elemen yang  akan membantu kita mengenal pasti siapa Ahlulbait itu. Yang pertama  ialah kemuliaan Ahlulbait yang disebut di dalam Quran. Dan yang kedua ialah senarai calon yang disenarai pendek untuk kumpulan ini. Kita mengatakan bahawa Ahlulbait ialah orang yang adil dan disucikan dari segala Al Rijs. Dan, bersumberkan dari Quran, perkataan Ar Rijs disebutkan di dalam kes-kes berikut:

  • Tersalah arah ialah Al Rijs
  • Diseksa oleh Allah ialah Al Rijs
  • Terikut atau mengikut Syaitan ialah Ar Rijs
  • Di murkai Allah juga dikenali sebagai Ar Rijs
  • Melakukan dosa ialah Ar Rijs
  • Kejahatan Syaitan ialah Ar Rijs
  • mempunyai penyakit(munafiq) di dalam hati ialah Ar Rijs
  • Berasa ragu di dalam keimanan, kenabian,tauhid ialah Ar rijs
  • syirik ialah Ar Rijs
  • Memakan sesuatu yang haram ialah Ar Rijs
  • Mempunyai dalaman yang tidak suci dan tercemar ialah Rijs
  • Jahannam ialah tempat pembalasan untuk orang yang mempunyai Rijs di dalam hatinya
  • Kesesatan di dalam agama ialah Ar Rijs

Oleh itu Ahlulbait akan bersih dari sifat-sifat di atas.

يَـٰنِسَآءَ ٱلنَّبِىِّ مَن يَأۡتِ مِنكُنَّ بِفَـٰحِشَةٍ۬ مُّبَيِّنَةٍ۬ يُضَـٰعَفۡ لَهَا ٱلۡعَذَابُ ضِعۡفَيۡنِ‌ۚ وَكَانَ ذَٲلِكَ عَلَى ٱللَّهِ يَسِيرً۬ا

وَمَن يَقۡنُتۡ مِنكُنَّ لِلَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَتَعۡمَلۡ صَـٰلِحً۬ا نُّؤۡتِهَآ أَجۡرَهَا مَرَّتَيۡنِ وَأَعۡتَدۡنَا لَهَا رِزۡقً۬ا ڪَرِيمً۬ا

Wahai isteri-isteri Nabi, sesiapa di antara kamu yang melakukan sesuatu perbuatan keji yang nyata, nescaya akan digandakan azab seksa baginya dua kali ganda. Dan (hukuman) yang demikian itu adalah mudah bagi Allah melaksanakannya. Dan sesiapa di antara kamu semua tetap taat kepada Allah dan RasulNya serta mengerjakan amal yang soleh, Kami akan beri kepadanya pahala amalnya itu dua kali ganda, dan Kami sediakan baginya limpah kurnia yang mulia. Quran [33:30-31]

Dapat kita lihat di sini, Allah menunjukkan kepada kita terdapat kemungkinan untuk para isteri nabi untuk melakukan dosa, di mana jika mereka melakukannya akan diazab 2 kali ganda. Kemungkinan melakukan dosa menidakkan mereka dari tergolong dari kumpulan yang disucikan dari Ar rijs. Maka, hujah mengatakan mereka termasuk di dalam kumpuln ini secara manual adalah tidak relevan.

إِن تَتُوبَآ إِلَى ٱللَّهِ فَقَدۡ صَغَتۡ قُلُوبُكُمَا‌ۖ وَإِن تَظَـٰهَرَا عَلَيۡهِ فَإِنَّ ٱللَّهَ هُوَ مَوۡلَٮٰهُ وَجِبۡرِيلُ وَصَـٰلِحُ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ‌ۖ وَٱلۡمَلَـٰٓٮِٕڪَةُ بَعۡدَ ذَٲلِكَ ظَهِيرٌ

Jika kamu berdua bertaubat kepada Allah (Aisyah dan Hafsah), maka itulah yang sewajibnya), kerana sesungguhnya hati kamu berdua telah cenderung (kepada perkara yang menyusahkan Nabi); dan jika kamu berdua saling membantu untuk (melakukan sesuatu yang) menyusahkannya, (maka yang demikian itu tidak akan berjaya) kerana sesungguhnya Allah adalah Pembelanya; dan selain dari itu Jibril serta orang-orang yang soleh dari kalangan orang-orang yang beriman dan malaikat-malaikat – juga menjadi penolongnya Quran [66:4]

Quran telah menunjukkan Allah swt telah memerintahkan isteri-isteri nabi yang telah melakukan kesalahan ke atas nabi untuk bertaubat, kerana hati mereka yang cenderung  ke arah perkara yang menyusahkan Nabi. Maka jelas di sini hati mereka tidak di sucikan dari Ar Rijs, secara tidak langsung mengeluarkan mereka dari kumpulan Ahlulbait. Jelas juga dari sejarah, lihatlah ijtihad-ijtihad yang salah dilakukan oleh Aisyah.

Beliau menentang Ali, menghasut pemberontakan terhadap Khalifah Usman dan melanggar perintah Quran untuk kekal di dalam rumah selepas kewafatan Nabi.

Mari kita lihat pula ayat ini:

عَسَىٰ رَبُّهُ ۥۤ إِن طَلَّقَكُنَّ أَن يُبۡدِلَهُ ۥۤ أَزۡوَٲجًا خَيۡرً۬ا مِّنكُنَّ مُسۡلِمَـٰتٍ۬ مُّؤۡمِنَـٰتٍ۬ قَـٰنِتَـٰتٍ۬ تَـٰٓٮِٕبَـٰتٍ عَـٰبِدَٲتٍ۬ سَـٰٓٮِٕحَـٰتٍ۬ ثَيِّبَـٰتٍ۬ وَأَبۡكَارً۬ا

Boleh jadi, jika Nabi menceraikan kamu, Tuhannya akan menggantikan baginya isteri-isteri yang lebih baik daripada kamu, – yang menurut perintah, yang ikhlas imannya, yang taat, yang bertaubat, yang tetap beribadat, yang berpuasa, – (meliputi) yang janda dan yang anak dara. Al Quran(66:5)

Lihatlah, Allah swt sendiri telah memberikan keizinan kepada Nabi untuk menceraikan isteri-isterinya, kerana sering membuat Nabi berasa terganggu dan tidak senang, lalu menggantikan mereka dengan wanita yang lebih baik dari mereka. Ini bermakna, walaupun seseorang itu telah bergelar Ummul Mukminin, masih terdapat ramai lagi wanita yang lebih baih dari mereka. Tindakan mereka ini membuktikan hati mereka yang masih terdapat Ar Rijs di dalamnya.

Ayat Tathir adalah sumber asas keutamaanAhlulbait, kerana di dalamnya terkandung kemuliaan dan perhatian khusus Allah terhadap mereka. Ini kerana jelas ayat itu dimulai dengan perkataan إِنَّمَا, Innama(hanyalah semata-mata) yang faedahnya sebagai keterbatasan dan pengkhususan kehendak Allah terhadap mereka bagi menghilangkan Ar Rijs iaitu dosa, nista atau syak yang wajib aman dari mereka. Bahkan mensucikan mereka dari seluruh akhlak moral dan keji.  As Sawa’iqul Muhriqah: Hal 223, Ibnu Hajar Al Haithami

Bagi mereka yang menyatakan ayat ini turun khas untuk isteri-isteri Nabi, kita dapati ayat Quran ini juga tidak menyokong hujah tersebut. Jika kita lihat ayat ini :

إِنَّمَا يُرِيدُ ٱللَّهُ لِيُذۡهِبَ عَنڪُمُ ٱلرِّجۡسَ أَهۡلَ ٱلۡبَيۡتِ وَيُطَهِّرَكُمۡ تَطۡهِيرً۬ا, perkataan (عَنڪُمُ) ‘ankum digunakan, iaitu kata ganti bagi lelaki. Di mana jika ayat ini hanya khas untuk ister Nabi, perkataan ‘ankunn akan di gunakan iaitu kata ganti untuk wanita.

Satu lagi kualiti Ahlulbait yang saya sebutkan ialah mereka disayangi oleh Nabi. Tidak dapat dinafikan Rasulullah juga menyayangi isteri-isteri baginda, tetapi terdapat segolongan dari calon-calon Ahlulbait yang disayangi dengan cara yang istimewa oleh Nabi.

Diriwayatkan dari Sahl b. Saad, ketika perang Khaibar, Rasulullah bersabda: Aku akan berikan panji ini kepada orang yang tangannya Allah akan berikan kejayaan, dan beliau menyayangi Allah dan Rasulnya, serta Allah dan rasulnya juga menyayangi beliau. Orang ramai berfikir semalaman siapakah orang itu, dan apabila siang menjelma, mereka bergegas mendapatkan Nabi dengan harapan menjadi orang itu. Rasulullah bertanya: Di manakah Ali? Mereka menjawab bahawa Ali sedang menghidap sakit mata.  Rasulullah menyapu air liurnya pada mata Ali serta mendoakannya, lalu terus sembuh. Baginda seterusnya memberikan Ali panji itu. Sahih Muslim, Book 31, Hadith 5918

Al-Bara’ b. Azib melaporkan: Aku melihat Hassan bin Ali di bahu Rasulullah dan mendengar beliau bersabda: Ya Allah, aku sayang dia, maka sayangilah dia. Sahih Muslim, Book 31, Hadith 5953

Dan banyak lagi hadis-hadis keutamaan Ahlulbait yang melibatkan Ali, Fatimah, Hassan dan Hussain. Contohnya peristiwa Mubahila, yang menunjukkan mereka ialah zul Qurba(kerabat terdekat) Rasulullah(sa) Kemudian sesiapa yang membantahmu (wahai Muhammad) mengenainya, sesudah engkau beroleh pengetahuan yang benar, maka katakanlah kepada mereka: “Marilah kita menyeru anak-anak kami serta anak-anak kamu, dan perempuan-perempuan kami serta perempuan-perempuan kamu, dan diri kami serta diri kamu, kemudian kita memohon kepada Allah dengan bersungguh-sungguh, serta kita meminta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang berdusta”.Quran [3:61]

Peristiwa ini membuktikan siapa kerabat terdekat Rasulullah yang sebenarnya, yang di catatkan di dalam setiap buku sirah, hadith dan tafsir. Rasulullah telah menghantar jemputan ke arah agama kebenaran ke serata pelusuk tanah arab. Salah satunya dihantar ke orang Nasrani Najran, Yaman pada tahun 9 Hijrah.Rombongan seramai 60 orang sarjana telah dihantar untuk membincangkan perkar ini dengan Rasulullah. Apabila perbincangan ini tidak membawa hasil, ayat ini diturunkan untuk mengenakan sumpaahan Allah kepada orang ynag menipu. Pada pagi 24 Zulhijjah, Rasulullah menghantar Salman ke tempat yang dijanjikan untuk membina tempat perteduhan untuk baginda dan orang yang akan baginda bawa sebagai anak-anak, perempuan-perempuan dan dirinya sendiri. Pada waktu yang dijanjikan, orang ramai menyaksikan bahawa Rasulullah datang bersama Ali, Fatimah, Hassan dan Hussain. Hadis ini diriwayatkan oleh Shu’ba dengan rangkaian perawi yang sama.

Amir ibn Saad ibn Abi Waqas melaporkan dari bapanya: “Muawiyah ibn Abu Sufyan melantik Saad sebagai gabenor dan berkata: Apa yang menghalang kamu dari mencaci Abu Turab(Imam Ali), di mana beliau menjawab: “Ia kerana 3 perkara yang aku ingati Rasulullah(sawa) sebutkan mengenai beliau, yang membuatkan aku tidak akan mencaci beliau dan jika satu dari sift itu aku miliki, maka ia adalah lebih berharga bagi ku dari unta merah. Aku mendengar Rasulullah (sawa)  berkata kepada Ali semasa baginda meninggalkan beliau untuk perang Tabuk. Ali berkata kepada baginda: “Ya Rasulullah, kamu meninggalkan aku bersama wanita dan kanak-kanak.” Rasulullah(sawa) bersabda: “Tidakkah kamu berpuas hati dengan kedudukan mu pada ku ialah seperti kedudukan Harun kepada Musa dengan pengecualian tiada lagi Nabi selepas ku.” Dan aku juga mendengar baginda bersabda di Hari Khaibar: Aku akan memberi panji ini kepada seorang yang menyintai Allah dan RasulNya serta Allah dan RasulNya turut menyayangi beliau. Dia(perawi) berkata: Kami menunggu dengan penuh debaran, sehingga Rasulullah bersabda: “Panggilkan Ali.” Beliau di panggil, sedangkan ketika itu beliau mengidap sakit mata. Baginda menyapukan air liur baginda pada mata beliau, dan memberi panji itu pada beliau, dan Allah memberi beliau kejayaan. Yang ketiga ialah ketika ayat ini diturunkan “Marilah kita menyeru anak-anak kami serta anak-anak kamu”(Ayat Mubahalah [3:61]), baginda memanggil Ali, Fatimah, Hassan dan Hussain dan berkata : Ya Allah, mereka ialah keluarga ku.” Sahih Muslim, Kitab 31, Hadith 5915

Patut diperhatikan bahawa perkataan wanita-wanita kami dan diri kami merujuk kepada Fatimah dan Ali, kerana tiada orang lain yang lebih layak untuk peristiwa ini, di mana laknat Allah akan ditimpakan ke atas orang yang berbohong. Dan hanya mereka sahaja yang suci untuk di bawa ke periwtiwa ini.;

Betapa seriusnya peristiwa ini memerlukan kesucian yang mutlak, secara fizikal dan juga spiritual. Kerabat terdekat Rasululla(yang mana Allah swt telah sucikan mereka dari segala jenis kekotoran, sifat-sifat keji dan munkar dan yang tidak sepatutnya ada pada seorang Mukmin) mestilah secara logiknya berada di dalam kelas yang sama seperti baginda, samada dalam bentuk kesucian dan tawdhuknya. Hanya makhluk Allah yang terbaik(Ahlulbait) telah dipilih oleh Rasulullah di bawah petunjuk Allah swt. Oleh itu, tanpa ragu lagi, perkara ini menjelaskan kesucian, kebenaran dan ketinggian Ahlulbait.

Di dalam ayat ini, Allah memerintakan Rasulullah membawa bersama baginda “anak-anak”, “wanita-wanita”, dan “diri”. Oleh itu hanya terdapat satu sahaja “wanita” dan “diri” yang layak untuk dipilih untuk peraduan ini, kerana kita mendapati, dari para sahabat(termasuk 3 khalifah pertama) dan isteri-isteri baginda, Rasulullah hanya membawa Fatimah dan Ali bersama anak-anak mereka.

Perkataan Anfus(وَأَنفُسَنَا) ialah kata ganda(plural) untuk nafs yang bermaksud roh atau diri sendiri. Apabila di gunakan kepada individu, ia bermaksud seseorang yang mempunyai identiti sama dalam segala hal. Dengan kata lain, seseorang itu menyerupai yang lain dalam hal-hal pemikiran, perbuatan dan status, sehingga ke tahap salah seorang dari mereka boleh menggantikan yang lain di masa ketiadaannya. Telah jelas apabila kita lihat dari ayat Quran dan peristiwa ini, bahawa Hasan dan Husain ialah abna-ana, Fatimah ialah Annisa-ana dan Ali ialah Anfusana, sebahagian dari Nabi, malah kesemua mereka ialah sebahagian dari nabi. Dan jelas dari hadis Sahih Muslim di atas dimana, apabila Rasulullah keluar bersama mereka Rasulullah bersabda, “Ya Allah, mereka ialah keluarga ku.” Dan mereka lah Ahlulbait yang telah disucikan Allah, yang telah jatuh kewajipan untuk menyayangi mereka ke atas kita.

Yazid b. hayyan melaporkan, Aku bersama Husain b. Sabra dan Umar b. Muslim menemui Zaid b. Arqam. Husain meminta Zaid meriwayatkan sesuatu yang beliau dengari dari Rasulullah. Zaid berkata: Pada suatu hari Rasulullah berdiri dan memberi khutbah di Ghadir Khum, di mana Rasulullah bersabda meninggalkan kepada kita Tsaqalain iaitu Al Quran dan Ahlulbait. Hussain berkata kepada Zaid: Siapakah Ahlulbait? Bukankah isteri baginda ialah Ahlulbait? Zaid menjawab: Isteri baginda memang ialah sebahagian dari keluarganya, tetapi  keluarga yang disebutkan di sini ialah mereka yang diharamkan bagi mereka zakat, iaitu Ali dan keturunan Ali, Aqil dan keturunan Aqil, keturunan Ja’far dan keturunan Abbas.” Sahih Muslim Book 031, Number 5920

Di dalam riwayat yang lain, Husain bertanya kepada Zaid: Bukankah isteri baginda sebahagian dari Ahlulbait? Di mana Zaid menjawab: Tidak, demi Allah, seorang wanita tinggal bersama suaminya untuk suatu jangka masa untuk satu jangka masa, dan apabila diceraikan, wanita iut akan kembali kepada keluarga dan kaumnya.  Ahlulbait disini ialah diri baginda sendiri dan kerabat baginda(yang terhubung melalui darah) dan diharamkan zakat kepada mereka. Sahih muslim Book 031, Number 5923

InsyaAllah di masa lain saya akan gabungkan lebih banyak dalil-dalil hadis berkaitan hal ini, bagaimanapun buat masa sekarang cukuplah dengan artikel ini.

Ahlulbait mungkin boleh disertakan di dalam Ahlulbait jika kita mengguna pakai maksud Ahlulbait dari segi bahasa.  Bagaimanpun Ahlulbait yang disebutkan dalam Quran di sucikan dari Ar Rijs, yang dipanggil untuk Mubahilah dan diwajibkan ke atas kita untuk menyayangi mereka. Isteri-isteri nabi berpakat ke atas nabi, ini adalah akibat dari dari Ari Rijs yang wujud dari hati mereka. Kerana jika mereka suci, pasti mereka tidak akan berpakat menentang Nabi, mereka pasti tidak akan melanggar perintah Quran untuk melancarkan perang ke atas Khalifah yang sah. Mereka tidak dibawa ke peristiwa Mubahilah, yang mana kriterian di dalam Quran menyebut perempuan Nabi. mereka juga terkecuali dari Solawat kita. Ahlulbait Nabi ialah Amirul Mukminin Ali, yang mana ialah sebahagian dari Nabi, Fatimah, Penghulu wanita di Syurga dan Hassan dan Hussain, penghulu pemuda di syurga. Mereka berlima disucikan oleh Allah, dimana menyayangi mereka adalah tanda kita menyayangi Allah dan membenci mereka bermakna melancarkan perang dengan Allah swt.