Imam Al Khoie

Telah berlalu 40 hari setelah beliau melakukan rutin beliau, iaitu solat khas untuk memperbaiki keadaan kesihatan beliau, dan akhirnya, pelajar muda itu tersungkur keletihan dan tertidur. Di dalam tidurnya, beliau bermimpi, nama beliau di panggil dari arah makam Imam Ali. Nama beliau diikuti oleh berbagai-bagai sebutan gelaran istimewa dan indah. Apabila pelajar itu terjaga, beliau merasa bersyukur kerana mendapati keadaan kesihatan beliau sudah semakin baik. Oleh kerana berasa ingin tahu dan takjub tentang mimpi yang baru beliau alami tadi, beliau kembali kepada gurunya yang menyarankan agar beliau solat sunat tadi dan bertanya tentang mimpi itu. Guru beliau memandang  dengan penuh kehairanan dan akhirnya berkata, “Ini ialah tanda bahawa satu hari nanti kamu akan menjadi seorang sarjana yang agung dan pemimpin dalam komuniti Syiah. Bagamanapun, saya menyarankan agar kamu tidak memberitahu sesiapun tentang gelaran-gelaraan yaang kamu dengar di dalam mimpi tu.” Masa berlalu, dan puluhan tahun selepas itu, ketika di tanya mengapa beliau tidak menceritakan tentang mimpi beliau, jawapannya ialah, “Jika aku melakukannya, masyarakat pasti akan menuduh ku membanggakan diri atau masyarakat akan terlampau membanggakan ku, yang mana keduanya tidak aku sukai.”

Beliau dilahirkan dengan nama Sayyid Abul Qasim ibn Sayyid Ali Akbar di sebuah pekan kecil di Khoei, Iran, 1317 Hijrah. Bapa beliau ialah seorang ulama besar, dan setelah menerima didikan awal dari bapa beliau, Sayyid Abul Qasim berhijrah ke bandar suci Najaf ketika masih berumur 13 tahun untuk melanjutkan pendidikan beliau. Di Najaf, beliau menuntut ilmu di bawah sarjana-sarjana agung seperti Sayyid Muhammad Hussain Isfehani, Shaikh Muhammad Hussain Naini, Shaikh Diauddin al-Iraqi dan Sayyid Mohsin al-Hakim.

Setelah kematian Sayyid Mohsin Al Hakim, Sayyid Al Khoei telah diiktiraf sebagai marja’ yang paling kredibel pada zamannya. Imam Al Khoei sering dituduh menyenyapkan diri dari politik dan gagal menunjukkan tentangan terhadap kekejaman Parti Ba’ath di Iraq. Namun, apa yang terjadi berbeza dengan cakap-cakap orang. Malah, hampir kesemua pengasas Parti Dakwah Islami adalah pelajar Imam Al Khoei. Begitu juga ramai pemimpin Revolusi Islam Iran juga ialah murid beliau. Tambahan pula, Imam Al Khoei mempunyai tanggungjawab yang berat dalam menguruskan Hauzah dan pelajarnya. Jika beliau menunjukkan tentangan secara terbuka terhadap kerajaan, maka beliau akan memberikan kerajaan diktator itu alasan yang kukuh untuk memusnahkan Hauzah Islam di situ. Oleh itu, beliau membiarkan guru-guru lain bertanggungjawab dalam bidang politik sementara beliau menumpukan perhatian kepada tugasnya, iaitu melahirkan generasi ilmuan Syiah yang seterusnya.

Beliau memberi kuliah dalam bidang fiqah tahap tinggi(Dars al Kharij) untuk selama lebih 50 tahun di Hauzah Najaf. Perbincangan yang terperinci tentang sumbangan Imam Al Khoei terhadap bidang Fiqh Syiah akan menjadi panjang dan terkeluar dari skop artikel ini. Bagaimanapun, di bawah kepimpinan beliau, hauzah ilmiah itu melahirkan sarjana-sarjana teragung dalam generasi kita. Tidaklah keterlaluan jika dikatakan, majoriti Marja Taqlid hari ini ialah pelajar Imam Al Khoei. Antaranya ialah Sayyid Muhammad Baqir al-Sadr, Sayyid Ali Hussaini Sistani, Sayyid Ali Khamenei, Sayyid Sadiq Rouhani, Sayyid Sa’eed al-Hakim, Shaikh Taqi Behjat Foumani, Shaikh Bashir Hussain Najafi, Shaikh Ishaq Fayyadh, Shaikh Nasir Makarem Shirazi dan Shaikh Hussain Waheed Khorasani. Beliau juga turu menjadi penulis untuk beberapa buah buku ternama, antaranya, Al-Bayan Fi Tafsir al-Qur’an, Fiqh al-Qur’an alal Madhahib al-Khamsa dan Mu’jam Rijal al-Hadith. Buku yang terakhir ini adalah yang paling tiada tandingannya, iaitu Ensiklopedia 22 Jilid yang mengandungi biografi perawi hadis.

Imam Al Khoei bersama pelajarnya, Ayatollaj Sistani

Walaupun mempunyai kedudukan yang tinggi, Imam Al Khoei menjalani kehidupan yang sangat sederhana. Beliau memakai jubah buruk yang koyak, makanan harian beliau datang dari rumah anak perempuannya, dan seorang ahli perniagaan luar negara yang telah mengambil tanggungjawab untuk belanja isi rumah harian. Beliau juga sangat mengambil berat tentang urusan kaum Muslimin seluruh dunia. Pelajar beliau menceritakan beberapa kali, mereka melihat beliau di waktu pagi dengan kesan-kesan hitam di sekeliling mata beliau. Selepas ditanya, mereka mendapat tahu bahawa beliau menonton berita pada malam sebelumnya, dan kerana risaukan keadaan umat Islam, maka beliau tidak dapat tidur.

Di samping menghantar ilmuan agama untuk memenuhi keperluan masyarakat Islam di seluruh dunia Islam, beliau juga menubuhkan pusat pengajian di beberapa bahagaian dunia, antaranya Afghanistan, Pakistan, dan Britain. Yayasan Pemurah Imam Al Khoei telah menerbitkan ratusan buku di dalam bahasa Inggeris, Urdu dan Gujrati, di samping membina sekolah, hospital, pusat anak yatim dan masjid di dalam dunia Syiah. Beliau merupakan Marja Taqlid pertama yang wakil-wakil beliau ke negara Asia Tenggara seperti Thailand dan Malaysia, serta negara barat seperti Amerika dan negara-negara Eropah.

Setelah pemberontakan Syiah yang gagal terhadap Ba’athist pada 1412H, Imam Al Khoei telah di tahan dan dipaksa untuk membuat penampilan television bersama Saddam Hussain. Tekanan dari pihak awam membuatkan beliau di bebaskan dan diletakkan dibawah tahanan rumah. Walaupun diperlakukan dengan kejam yang dilakukan terhadap beliau, keluarga beliau dan pelajar beliau, Imam Al Khoei tetap enggan mengeluarkan kenyataan menyokong Parti Ba’ath atau Saddam.

Akibat dari keadaan kesihatan beliau yang semakin teruk, Imam Al Khoei meninggal dunia pada 1413H. Walaupun dengan pelbagai sekatan kerajaan, keluarga beliau telah diarahkan untuk menguruskan jenazah dengan secepat yang mungkin, dan berjaya diselesaikan keesokkan harinya. Solat jenazah beliau diketuai oleh Ayatollah Sayyid Ali Sistani, dan disemadikan berdekatan makam Imam Ali di Najaf.

Advertisements