dari artikel saudara Syiah Ali

Sayang sekali mereka selalu mengkritik Syiah sujud di atas tanah .

Fiqh Syiah ini dianggap syirik. Namun menarik perhatian kita, sebahagian cendiakawan terkenal mereka mengatakan dibolehkan sujud di atas najis.

Thahawi Hanafi dalam kitab Mukhtasar Ikhtilaf al-Ulama menukilkan daripada Abu Hanifah:

في النجاسة موضع القدمين أو السجود

بشر بن الوليد عن أبي يوسف عن أبي حنيفة إذا كان في موضع قدميه بول أكثر من قدر الدرهم فصلاته فاسدة ولا تفسد عليه في موضع السجود .
الطحاوي الحنفي، ابوجعفر أحمد بن محمد بن سلامة (متوفاي321هـ)/ الجصاص، مختصر اختلاف العلماء، ج1، ص261، تحقيق: د. عبد الله نذير أحمد، ناشر: دار البشائر الإسلامية – بيروت، الطبعة: الثانية، 1417هـ

Tentang najis pada tempat dua kaki dan sujud:
Busyr bin Walid, daripada Abu Yusuf, daripada Abu Hanifah: Jikalau di tempat kakinya ada air kencing lebih banyak dari satu dirham, maka shalatnya batal. Namun najis begitu tidak membatalkan shalat jika ia berada di tempat sujud. – Al-Thahawi al-Hanafi, Mukhtasar Ikhtilaf al-Ulama, jil 1 hal 261

Di tempat yang lain beberapa kali Abu Hanifah mengatakan tiada masalah jika ada najis di tempat sujud. Selain itu mana-mana tempat shalat yang terdapat sedikit najis juga tidak membatalkan shalat.

Kepada mereka yang selalu mengejek Fiqh Syiah ini, saya ingin bertanya sujud yang manakah lebih baik? Di atas tanah Sayidu Syuhada (tanah ) atau sujud di atas najis?