Ana

Bermazhab Shiah Imamiah atau Mazhab Ahlul Bait. Bertuhankan Allah, yang tiada sekutu baginya, berasulkan Muhammad Saaw, rahmat seluruh alam, berwalikan 12 Imam dari Ahlil Bait Rasul, bermula dari Imam Ali hingga Imam Mahdi. Mempercayai bahawa solat 5 waktu sehari adalah wajib, puasa di bulan ramadhan adalah wajib, zakat dan haji juga wajib. Kiblat ku ialah Baitullah. Bandar tersuciku ialah Makkah dan diikuti Madinah. Matlamatku ialah keredhaan Allah swt,dan aku ialah seorang MUSLIM biar apa pun yang dituduh kepadaku!!! Bersaksilah Ya Allah, Kau adalah tuhan yang Satu, dan Muhammad adalah Rasul mu,dan Ahlul Bayt Rasul adalah Imam ku. Allahumma Solli ‘ala Muhammad wa Aali Muhammad

11 Comments (+add yours?)

  1. si-tanah
    Jun 21, 2010 @ 07:16:06

    salaam bro, bro dah tak minat dgn thread bro kat i luv islam ? munkin banyak perkara kite boleh bincang kat sana tentang perpaduan ni. saya dah meluat dgn perbalahan sunni syiah ni. terimakasih kerana bro berani ketengahkan isu ni.

    salaam.

    Reply

    • al-farhani
      Jun 21, 2010 @ 08:20:01

      Salam bro muqri. Saya masih berminat, tetapi untuk masuk forum dekat iluvislam ni, ibarat masuk ke medan perang. risiko untuk meletus perang tinggi. Saya perlukan persediaan lengkap dengan artikel, sumber rujukan, video dan lain-lain. senang saya nak referkan para forumer. Tak dilupakan juga saya perlukan penyokong yang berfikiran terbuka, yang sudi bersama-sama saya menjernihkan suasana, bukan membantu mengeruhkan lagi keadaan.

      InsyaAllah, saya akan start semula, dan kalau bro nak, bro pun boleh start. saya selalu bukak ILI tiap ari kot2 ada forum yang berkaitan, yang mungkin saya boleh join.

      blog saya ni banyak info berguna samada dari artikel di sini, atau link ke blog2 lain. bro baca la. then komen, mungkin ada improvement yang boleh saya buat. Tq salam

      Reply

  2. si-tanah
    Jun 21, 2010 @ 14:09:49

    salaam bro, artikel2 dlm blog ni bagus, cuma bro kena jaga ejaan utk menampakkan komitmen. bila ejaan silap, org ingat bro buat kerja cincai/kelamkabut. tentang 10 sahabat dijanji syurga, ini kali pertama saya baca. yg lain tu saya pernah baca sebelum ni.
    bro, di samping berhujah tentang tidak sesatnya syiah, bro cuba luaskan skop munkin pasal isu semasa, politik, ape sajelah yg menyentuh kehidupan kita sebagai org Islam khusus di Malaysia ni dari pandangan bro dan rakan2 lain sebagai pengikut ahlul bait. biar blog ini sama2 diraikan baik org syiah atau sunni.
    yg saya ni mandai2 je suruh bro itu ini, saya sendiri tak buat ape2, maaf ye bro.

    salaam.

    Reply

    • al-farhani
      Jun 29, 2010 @ 06:24:31

      tq atas komen, sori atas masalah ejaan. saya akan perbetul balik semua, maklum la dah tua, rabun plak, hehe. salam alaik

      Reply

  3. Al-Hafiz
    Jun 29, 2010 @ 06:04:14

    bersetuju tentang hal ejaan. slalu nampak. double check. or triple check.

    Reply

    • abdulloh m
      Jun 30, 2010 @ 13:59:47

      ana nasihatkan antum akhi, antum kan muslim yang taat, namun pemahamaan yang mencampuri sehinga merusak semuanya, antum belum mendlami syia’h yang sebenernya yang i’tiqodnya pada 12 imam tersebut, k12 imam tersebut tdak pernah diangkat oleh siapapun, dan mereka juga berlepas diri dari klaim orang yang mengatakan bahwa mereka para imam, jika merek k12 imam tersebut hidup, sungguh mereka akan memerangi orang yang memiliki klaim tersebut,
      nasihatnya antum baca baik-baik buku2 yang menjadi sandaran syia’h tu sndiri, nanti akan tau sendiri kebohongan yang berada didalamnya
      jika anda memang mau berpikir, anda akan mempertimbangkan hal ini
      waffaqakumulloh

      Reply

      • Abal Fazl Farhan Al Farlisi
        Jun 30, 2010 @ 16:30:07

        saya belum mendalami syiah? ini sngat kelakar, sunguh kelakar? masakan saya boleh yakin dengan jalan ini jika tidak berkeyakinan. kamu wahai saudarakau, ialah orang yang patut mendalami, dan berikan dalil, bukan cakap kosong, disebabkan blog ini untuk menggalakkan kesatuan, yang telah terbina banyak(kecuali dengan orang2 seperti kamu), maka saya tidak akan tolerate lagi kata2 kosong berbau fitnah, tanpa dalil hujah.

        kalau setakat mau mengata sebegini, makcik saya pun boleh melakukannya. semoga Allah membuka hati saudara ke arah kesatuan

  4. salman_5432
    Jul 20, 2010 @ 14:09:49

    Salam. Ini ym saya salman_5432 Sila add saya. Mungkin kita boleh berbincang bersama🙂

    Reply

  5. si-tanah
    Aug 12, 2010 @ 01:48:23

    salaam semua.

    Boleh bro jelaskan sikit ttg hadis akan datangnya dajjal dari Isfahan, Iran. Ramai yg mendakwa syiah Iran skrg ini adalah dajjal yg disebut2. Hal ini sangat jelas diperkatakan dlm blog tenteradajjal. Harap bro sudi respon.
    Salaam.

    Reply

    • Abal Fazl Farhan Al Farlisi
      Aug 16, 2010 @ 07:16:40

      salam. maaf kerana lambat reply pasal x perasan ada comment ini. Berkenaan dengan persoalan yang saudara tanya, biasa la, memang hujah ni selalu digunakan untuk mendiskreditkan Syiah. Mereka tidak menceritakan tentang hadis panji hitam yang akaan membantu Imam Mahdi yng akan keluar dari Khurasan, atau pujian Rasulullah kepada bangsa Parsi yang akan menjadi penjaga kepada agama Islam yang sahih disebutkan dalam kitab-kitab sunni. Contohnya diriwayatkan dari Sahih Bukhari dimana Rasulullah bersabda kepada Salman al Farisi, dengan mengatakan bangsa Parsi(iran), wlaupun agama ini hilang di bintang-bintang yang jauh, pasti mereka akan menjumpainya semula.
      Ini adalah satu contoh, di mana Rasulullah memuji bangsa Iran, mengapa mereka tidak mahu menerima hadis ini dan menerima hadis lain yang umum dan sepatutnya di takwilkan?

      Berkenaan dengan hadis yang bro tanya, disebutkan dajjal akan keluar dari isfahan bersama 70,000 orang YAHUDI pengikutnya, atau lebih kurang macam tu la. untuk mendakwa semua orang Iran akan menjadi pengikut dajjal adalah satu benda yang x berasas. Malah ia secara tidak langsung seolah-olah membuatkan seperti penulis blog itu imun dari fitnah dajjal pada akhir zaman nanti. saya nak tanya bro, bro boleh confirm ke bila dajjal keluar nanti, dan bro berjumpa dengan dajjal, bro boleh kekal sebagai orang yang beriman. Tiada siapa boleh confirmkan.

      Rasul bersabda
      “Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka. Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka, iaitu panas. Sesiapa di antara kamu yang disiksanya dengan nerakanya, hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah dan hendaklah dia membaca pangkal surah al-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk.

      Ingat Rasulullah bersabda, tiada tempat yang tidak dilawati dajjal kecuali makkah dan madinah, maka secar logiknya, pengikut dajjal terdiri dari pelbagai bangsa dan kaum, termasuk bangsa melayu.

      “Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi Dajjal, kecuali Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi oleh Dajjal kerana dikawal oleh Malaikat. Dia hanya berani menginjak pinggiran Makkah dan Madinah. Namun demikian ketika Dajjal datang ke pergunungan di luar kota Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi. Ketika itu orang-orang munafik kepanasan seperti cacing dan tidak tahan lagi tinggal di Madinah. Mereka keluar dan pergi bergabung dengan orang-orang yang sudah menjadi pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan hari pembersihan kota Madinah.”

      maka, bolehkah saya mengatakan semua orang melayu akan menjadi pengikut dajjal, maka malaysia ialah negara Dajjal?

      Ingatlah, saya x kata orang iran imun dari fitnah dajjal, tetapi mereka juga sering diingatkan ttg fitnah dajjal dan bahayanya. Suasana di Iran lebih spiritual dari mana-mana negara di dunia, di mana masyarakatnya lebih beragama, taat kepada ajarannya. berbanding malaysia, saya berani mengatakan mereka lebih selamat.

      sudah menjadi tabiat musuh islam menakwilkan hadis untuk kepentingan mereka, ini bukan yang pertama. Bagaimanapun, suka juga saya mahu menyebutkan di akhir kata, hadis yang mereka sebutkan bercannggah dengan satu lagi hadis:

      “Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Iraq. Dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahai manusia, tetaplah kamu. Di sini akan saya terangkan kepada kamu ciri-ciri Dajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya…dan seterunya Rasulullah menerangkan ciri-ciri dajjal

      Al Qurthubi mengatakan,”Terkadang disebutkan bahwa dia (dajjal) keluar dari Khurasan, dan dari Isfahan. Untuk menggabungkannya bahwa tempat pertama keluarnya adalah dari Khurasan di sebuah tempat Isfahan kemudian dia keluar menuju Hijaz antara Irak dengan Syam. (Hasyiayatus Sindiy ala Ibni Majah juz VII hal 437)

      jadi ada macam-macam versi, nyata musuh islam hanya mengambil hadis yang menguntungkan mereka, serta jahil dalam menakwilkan hadis itu kepada seluruh masyarakat Iran, yang jelas bertentangan dengan dalil-dalil lain.

      p/s: cuba bro pk, kalau Rasulullah bersabda: Dajjal akan keluar dari kuala lumpur dengan 70 000 orang kafir, apa yang akan kita buat? sudah tentu, kita akan BERSEDIA, harap bro boleh gunakan akal yang tuhan beri dengan semaksima mungkin, kerana hadis ini langsung tak menyatakan apa yang musuh Islam mahu ia nyatakan. wallahualam

      Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: