Peraturan

Sejak saya memulakan blog ini, berbagai jenis ragam manusia telah saya temui. Ada yang neutral, ada yang menyokong dan ada yang membangkang. Di pihak mana sekalipun anda semua berada, cara anda membawa pendapat diri sendiri itu sangat penting dalam mencerminkan peribadi anda. Untuk memastikan proses dialog berjalan lancar, ini ialah beberapa peraturan dari pihak saya kepada para pelawat sekalian.

  1. Sila gunakan bahasa yang elok dan sopan sahaja. Tidak dibenarkan menggunakan kata-kata kurang ajar, tidak beradab dan kasar. Jika ada yang menggunakan kata-kata kasar dalam berdialog, maka dia telah keluar dari tatacara dialog dalam Islam yang telah di ajar oleh Rasulullah(sawa), dan oleh itu, peratusan untuk respon dari saya akan berkurang. Contoh kategori perkataan yang mencapai tahap kasar: “Kalian ini binatang, gila dll.”
  2. Sebarang tuduhan yang dibuat, hendaklah disertakan dengan dalil dan hujah yang sahih sebagai rujukan. Tuduhan yang dilontar kan tanpa bukti bukan sahaja tidak akan dilayan oleh saya, malah bertentangan dengan syariat Islam(untuk Muslim) dan nilai moral(for non Muslim). Contoh tuduhan kosong: “Syiah telah menyimpang dari ajaran Ahlul Bait”???- Hujah kosong dan ditolak.
  3. Tuduhan berbeza dengan pertanyaan. Tuduhan berbunyi begini: “Syiah membenarkan homoseks.” Manakala pertanyaan berbunyi begini: “Betul ke Syiah membenarkan homoseks?”
  4. Adalah sangat-sangat tidak di galakkan apabila berdialog, anda mengemukakan kepada saya link kepada website Anti Syiah yang lain. Ini kerana, InsyaAllah, hampir semuanya saya telah lawati dan hujah mereka telah saya dengari(nauzubillah, sama sekali tiada perasaan riak di sini, cuma ingin menyatakan). Adalah lebih mudah, jika anda bawa sahaja hujah itu kepada saya, agar saya boleh menjawab dengan direct dan pantas, tanpa perlu saya mengulang baca artikel-artikel itu.
  5. Jika mahu berdialog dengan cara yang lebih direct, seperti YM, call atau face to face, sila leave comment.

Harap maklum. salam dan solawat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: